Yang Sayang Aku

Saturday, July 24, 2010

Ingatkan Pening Kepala, Rupanya Betul-Betul Bergoyang!

suatu pagi yang hening di officeku,
(takde la hening sangat. officemates asyik memekak je!)
tengah asyik buat kerja sambil menatap skrin monitor.

tiba-tiba aku rasa macam kepala aku bergoyang.
aku pening ke?
kenapa rasa macam bergoyang semacam ni?

seorang officemate aku tanya,
"eh, korang rasa tak goyang-goyang?"
ha, tak syak lagi!
aku tak pening.
bangunan Sun Complex ni nak runtuh ke?
risau pula.
maklumlah, bangunan pun dah uzur!

aku interkom teman aku di department lain.
"HR ada tanya aku. rasa ke tak? tapi aku tak rasa apa-apa la..."
sibuk sangat kot dia ni sampai goyang pun tak rasa!

aku tengok manager dan team leader yang tengah meeting dengan bos,
tiada seorang pun yang keluar.
selagi tak runtuh bangunan, duit lagi penting gamaknya!

aku call Abang Yo.
tapi dia tengah drive.
memang confirm tak rasa apa-apa.

balik kerja,
terus belek-belek paper online.
rupa-rupanya,
ada gempa bumi di utara Sumatera.
6.1 skala Ritcher.
tapi tiada amaran tsunami dikeluarkan.

nak tahu detail?
klik SINI la.



p/s : bengang dengan officemate yang mulut cabul!
dengan gelak-gelak setannya,
nak sangat bangunan ni runtuh.
baik kamu pergi terjun tingkat 7 la!
rasa macam dah banyak amalan la tu!!
menyampah.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

Farid MOFASAD said...

rasa gak ko yer

enuLwanie said...

rasanya yg duk area bukit bintang rs kot!

ain fathihah said...

penah rasa bergoyang macam tu bila negara jiran kita ada gempa bumi.....takut!

enuLwanie said...

tp syukur alhamdulillah sbb kite xpenah ditimpa bencana seteruk negara jiran kita...
kan??