Yang Sayang Aku

Sunday, July 25, 2010

Berbaloikah Kehilangan Penjara Pudu?

semalam tengok Majalah 3 di TV3
tentang Penjara Pudu yang telah dirobohkan
untuk tujuan pembangunan.


dulu setiap hari,
bila aku tengok penjara itu,
hanya nampak tembok.
sekarang setiap hari,
aku tengok bangunan yang usang itu.

mula-mula tengok,
seram sebab banyak cerita hitam tentang penjara itu.

persoalan yang timbul dalam benak fikiran aku,
kenapa tak kekalkan saja bangunan ni sebagai warisan?

dengar-dengar khabar,
nak membangunkan sebuah kompleks membeli belah.
tak cukup lagi ke dengan kompleks beli belah yang sedia ada di Bukit Bintang ni?
aku rasa nak jalan kaki pun tak larat!

apa kata bina satu bangunan untuk rumah anak yatim.
aku tengok berita hari tu,
penghuni Rumah Titian Kasih terpaksa berpindah.
sekarang, aku tak tahu di mana mereka menginap.

kenapalah dikejarkan sangat pembangunan ni?
bina kompleks beli belah ni secara tak langsung,
meningkatkan kegiatan tak berfaedah macam lepak dan berpeleseran.

kadang-kadang,
aku malas nak jalan-jalan di Bukit Bintang.
bukan saja sesak dengan orang ramai,
boleh nampak macam-macam fesyen merapu dari budak-budak yang baru nak up!
bukan shopping pun,
memekik melalak saja!
kononnya nak grab attention.
rimas!

fikir-fikirkan lah wahai UDA Holdings!
kalau benar pembangunan yang bakal dibina ni berbaloi dengan
hilangnya Penjara Pudu ni sebagai warisan negara,
binalah sebuah pembangunan yang dapat membawa kepada kebaikan.
bukan saja kepada kamu,
malahan untuk semua rakyat 1Malaysia.



masih menatapi setiap inci bangunan ini setiap hari!




tak sempat tonton Majalah 3 semalam?
klik SINI.








Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

7 comments:

Anonymous said...

Aish. Saya percaya ramai yg x setuju dgn tindakan merobohkan pudu jail neh. Mungkin hanya berbaloi kepada mereka yg berkepentingan.

'AQILAH said...

pintu gerbang ade lagi kan?

enuLwanie said...

anonymous : mmg x setuju pun! terlalu mengejar pembangunan!!
*emosi.hahaaha

aqilah : ntah la.wanie x lalu kt hang tuah.cuma selalu tggu bas kat jln pudu.

~C.h.E.n.T.a..L.y.a.A~ said...

erkk nak wat mall lg
abes la haunted mall tu nanti..

rmh titian kasih mane tu?

Farid MOFASAD said...

KEH KEH KEH


rakus rakus



>>______<<

enuLwanie said...

c.h.e.n.t.a.l.y.a.a : tu la..member2 pun ckp cmtu. xlogik la nak wt mall atas tanah 'keras' cmtu?

farid : farid gelak cmtu ek? keh keh keh!!!

my said...

jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv .ESPN,STAR SPOTS ,EUROSPORTS dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah