Yang Sayang Aku

Monday, July 19, 2010

Paling Tak Suka Naik Bas Bila...

Situasi Bila Anda Berdiri :
-orang di sebelah kamu adalah warga asing.
maklum je la bau yang semerbak dari badan mereka!

-bas yang kamu naik suka brek tiba-tiba.
akibatnya, kamu 'tergolek' ke hadapan.

-driver bas suruh masuk ke dalam lagi untuk bagi penumpang lain masuk.
kalau dah tak boleh masuk,
nak masuk celah mana lagi?


Situasi Bila Kamu Duduk :
-orang di sebelah kamu tidur.
apa salahnya dia tidur?
memang tak salah.
yang salahnya bila kepalanya tiba-tiba tersadai di bahu kamu.

-orang di sebelah kamu membaca dengan nada yang kamu boleh dengar.
paling tak suka,
yang dibacanya itu adalah kitab Bible!
dalam bahasa Melayu pula tu.
nasib baik aku kuat iman.


aku cerewet pilih bas.
nak naik bas RapidKL je.
tak suka naik bas Metro atau sama dengannya.

sebab tak suka bila bas sampai,
konduktor sibuk cakap,
"HAAA..PUDURAYA..KOTARAYA!!!!"
rimas aku dengar.

bila dia pergi je,
dia 'hadiahkan' asap berkepul-kepul.
sakit hidung aku tahan sebab tak nak sedut asap tu!

kalau naik bas RapidKL pula,
tak nak naik bas yang seat macam bas ekspres tu.
sebab loceng berada kat atas.
aku kan tak cukup inci.
mana sampai nak tekan!

yang paling aku sakit hati kalau naik bas,
takde satu pun loceng yang berbunyi dalam bas tu!
jenuh la nak pergi depan.
minta driver tu stop.

kalau sesiapa yang selalu atau pernah naik bas ke Bukit Bintang,
aku paling tak suka bila polis trafik jaga dekat traffic light kat Times Square.
tak fair and square langsung!
orang yang dari jalan lain kejap je bagi laluan.
yang paling lama, orang dari Jalan Hang Tuah.

memanglah jalan tu selalu jammed.
tapi, orang dari jalan lain pun nak cepat pergi kerja juga.
kadang-kadang 15 minit masa aku dihabiskan kat traffic light tu je!
tak pasal-pasal aku sumpah seranah kat orang pagi-pagi buta.


apa pun,
pagi tadi aku bersemangat berjalan kaki ke bus stop
yang jauhnya 15 minit perjalanan dari rumah.
ada mamat hensem jalan depan aku.
dia jalan laju.
aku pun kejar dia dari belakang.
tak sangka, dalam 10 minit dah sampai bus stop!

harap-harap esok jumpa dia lagi!









Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

2 comments:

fndrocka said...

Kau dah pernah alami ke semua hamjadah ni...gila mencabar kenangan kau dgn bas

enuLwanie said...

hahaha...tp best gak bile naik bas dgn mamat hensem..