Yang Sayang Aku

Saturday, January 29, 2011

Afiq, Jangan Buat Cik Ani Rindu Lagi.

dengar saja suara rengekan dia pagi tadi,
terus aku terjaga dari tidur.

rindunya aku dengan tubuh montel dia.
rindunya aku pada senyuman dia.
rindunya aku pada pipi comel dia.

sebenarnya sudah beberapa hari Afiq di sini.
sebelum ni, dia dijaga oleh atuk dan neneknya selama sebulan lebih di Dungun.
ada masalah dengan pengasuhnya di sini.
*memang bermasalah!*

hari ni baru dapat peluk dia.
tapi tak dapat cium dia lagi sebab aku tak mandi.

yang seronoknya,
bila aku nak masuk bilik,
dia cepat-cepat ikut dari belakang dengan walkernya.

rindu la tu kat Cik Ani dia!

geram tengok Afiq ni!

 semua benda nak dimasuk dalam mulut.
lepas tu buat muka nak termuntah.
bila bawa lari mainan tu, menangis!

bila menangis, dah pandai lompat-lompat.
lagi aku suka bagi dia menangis.



welcome back to my life, dear..
i really miss u.





p/s : bila la nak ada anak sendiri....



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, January 28, 2011

Aku Diet Lagi.

sudah seminggu operasi diet bermula.
mula-mula ambil nasi pinggan separuh.
lauk pun tempe dan sayur.
beberapa hari kemudian tak makan nasi.
dan semalam tak menjamah sebarang makanan.

tu bukan diet.
sebab 'no money, no talk'.

harap-harap dapat turun beberapa kilogram.

silap diet?
tak apa. belajar untuk berlapar.
kalau perut selalu dimanjakan dengan makanan,
nanti jadi pemalas!




p/s : sempat update.
dah lambat nak pergi kerja!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, January 25, 2011

List-To-Do Untuk Februari 2011.

list-to-do in February :

~ buat lesen kenderaan.
~ beli motor/kereta. *masih dalam pertimbangan*
~ kuruskan badan.
~ aktif berbisnes.
~ masuk kelas make-up.
~ kurangkan shopping.

kalau tak sempat buat semua ni,
sekurang-kurangnya ada satu perkara yang aku sempat buat.

dengar khabar completion bonus RM500 akan dapat bulan ni.
harap-harap lah!


rindu zaman kolej!
agak-agak mereka rindukan aku tak??







umur sebaya aku pada zaman Umi dah ada 2 orang anak.
aku masih belum ada suami.
bahkan, untuk dijadikan calon pun belum ada.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, January 24, 2011

Abah Seorang Yang Cermat. Siapa Berani Naik Kereta Dengan Beliau?

sebelah kiri tu kereta Abah.
ye, kereta Honda City tu!

Abah seorang yang cermat.
cermat maksud aku, sayang dan sangat menjaga harta benda beliau terutama kereta.
sifat cermat beliau mungkin sukar ditemui dalam diri lelaki lain.

fakta tentang sifat cermat Abah dalam isu kereta :

# mula-mula masuk kereta, bila kamu dah letak punggung kamu di tempat duduk,
sebelum kamu angkat kaki masuk ke dalam kereta,
sila pastikan kaki kamu dihentak-hentak antara satu sama lain
untuk mengelakkan kotoran yang ada di tapak kasut masuk dalam kereta.

# bila tutup pintu, sila tutup pintu dengan hanya kadar pendengaran di frekuensi telinga kamu saja.
faham maksud aku?
tutup perlahan-lahan saja. tak perlu hempas!

# pantang larang utama.
tak boleh makan dan minum minuman manis.
dikhuatiri semut akan membuat penempatan dalam kereta.

# pantang larang kedua.
tak boleh letak kaki atas kusyen kereta.
maknanya, tak boleh bersila atau berlunjur kaki!

# tak boleh pasang muzik dalam kereta.
yang dibenarkan bacaan al-Quran, zikir dan nasyid.

# kamu akan jarang nampak kesan calar-balar di kereta Abah.
sebab beliau akan tutup dengan seberapa banyak kain untuk
elak sebarang kemungkinan untuk mendapat calar terutama dari kucing!

# kamu akan jarang nampak kotoran seperti habuk di kereta Abah.
even selepas hujan, beliau akan 'mandikan' kereta beliau.




p/s : wah, saya rindu naik kereta Abah!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Dilema Antara Kereta Dan Motor.

sekarang aku betul-betul dalam dilema.
aku tak tahu kenderaan apa yang patut aku miliki sekarang.

tolong aku buat pilihan.

sama ada kereta.

ataupun motor.
*gambar ni masa aku agak kurus.rindu!*

okay, mari kita listkan kelebihan dan keburukan antara kedua-duanya.

KERETA

kelebihan : 
- berteduh dari hujan dan panas
- boleh bawa ramai orang sekaligus

keburukan :
- minyak petrol
(dari rumah ke tempat kerja tak ada plaza tol, so jimat!)
-terpaksa keluar awal untuk tempuh jam dari Taman Midah ke Masjid Jamek.
-susah nak cari parking

MOTOR

kelebihan :
-cepat sampai ke destinasi
-jimat duit minyak

keburukan :
-menghadapi kemungkinan badan akan terkena sunburn.
-kalau hujan, lencun!
-senang kena curi kalau pencuri motor tahu itu motor perempuan.


pening! pening!!
kalau ada cadangan dari pembaca blog ni, silakan!
aku dah buat survey dari ramai orang.
jawapan masing-masing sama rata.

ada yang suruh beli kereta terus saja.
tak sesuai perempuan naik motor katanya!



p/s : masih belum mampu untuk menunaikan impian untuk
membelikan Umi kereta Toyota Camry.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, January 23, 2011

Suka Persembahan Abang Otai Di Downtown Cheras.

semalam berkesempatan ke Downtown Cheras bersama Mr BFF.

walaupun downtown tu cuma sekangkang kera dengan rumah aku,
kalau tak ada orang ajak, entah bila aku akan pergi.


aku memang suka dengar abang-abang otai ni buat persembahan.
tapi sebelum ni, tak pernah berhenti dan dengar betul-betul mereka menyanyi.

aku suka layan petikan gitar dan alunan muzik mereka mainkan.
simple but nice!

masa aku lalu di situ,
abang tu menyanyi lagu 'Kamelia' yang dipopularkan oleh Ramli Sarip.
sebagai peminat Ramli Sarip dan rock otai,
terus aku stop dan mendengar persembahan mereka.

mahu saja aku request lagu.
mahu mereka menyanyi lagu 'Teratai' dan 'Cinta Kristal'.


abang berbaju putih la yang menyanyi lagu 'Kamelia'.
abang yang bertopi tu menyanyi lagu blues dan country.

aku mengimpikan dapat mengundang mereka ke majlis perkahwinan aku.
tu pun tak tahu bila.
kena cari calon cepat-cepat la ni!


sempat juga makan yong tau foo.
nasib baik ambil 5 cucuk saja.
tak larat nak makan dah.

tambahan pula, Mr BFF mula masuk gym.
nak toughkan badan katanya.
nak 6 pack!
risau juga mamat ni terlalu tough sebab dia bukannya tinggi sangat.
kalau Jehan Miskin dan Ben Ashaari  tough nampak ok 
sebab badan mereka tinggi.

dia yang ajak aku diet.
bersungguh-sungguh nampaknya!
tapi maaflah,
ikan bakar lebih pandai menggoda dari Mr BFF.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, January 21, 2011

JOM GEGAR BLOG.



dah beberapa hari dah Ben Ashaari promote entri JOM GEGAR BLOG.
mula-mula macam malas nak join.

ye la, aku ni memang malas nak join contest, tag atau
apa-apa yang berkaitan dengan blog ni.

tapi tengok pada kesungguhan Ben Ashaari
membuatkan aku nak join dia buat entri JOM GEGAR BLOG.

saja-saja lah.
boleh juga promote blog aku.
*best ke orang nak baca blog kau?*

kalau ada yang singgah dari blog Ben Ashaari,
terima kasih atas kunjungan kalian.



nak join sekali?

1. Letak header Ben Ashaari Blog.

2. Tajuk : JOM GEGAR BLOG dan linkkan ke entri ini.

3. Tinggalkan link di ruangan komen entri ini.
(diingatkan hanya sekali komen sahaja!)

tarikh tutup : 23 Januari 2011 (Ahad)




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, January 20, 2011

Antara Persahabatan Dan Duit.

bila kita dah biasa hidup susah,
kita akan faham kehidupan susah orang lain.

masa study kat kolej dulu
especially masa semester akhir,
duit dalam tangan tak sampai RM10 untuk tempoh seminggu.
ditambah pula dengan kertas projek yang memerlukan duit yang banyak
lagilah membuatkan aku ikat perut.

sekarang apabila aku dah berkerja dan sudah punya wang sendiri,
aku faham kalau ada yang memerlukan sedikit sokongan kewangan.

tapi aku bimbang jika kebaikan aku disalahgunakan.
pernah aku bagi pinjamkan wang kepada
insan yang aku rasa dialah tempat aku bermanja
setelah kakak aku tiada dekat dengan aku,
tapi akhirnya dia tinggalkan aku setelah kesenangan yang dia dapat.

 sekarang teman aku dalam kesusahan.
cukup aku gelarkan dia, C.
mahu sokongan kewangan yang agak banyak.
dia mendesak aku buat loan dengan bank.
sebab nama C dah diblack listkan dari pinjaman bank.

aku keliru!
antara persahabatan dan masa depan aku.
aku tak suka tengok teman aku dalam kesusahan.
aku rasa aku sendiri yang mengalami situasi itu.
tapi aku bimbang dalam tempoh pembayaran balik loan tu,
dia lari dari hutangnya!

aku bertanyakan teman yang lain.
mereka minta aku buat surat hitam putih dengan Suruhanjaya Sumpah.
kalau aku ceritakan pada C,
mesti dia ingat aku tak percayakan dia.

aku bimbang jika dia gagal bayar,
nama aku akan diblack listkan sebab loan itu atas nama aku.
bermakna aku seolah-olah menggali kubur sendiri!

walau bagaimanapun, aku agak lega bila loan itu direject.
aku dengar cerita beberapa hari sebelum tu,
sudah ada insan yang sudi membantu C menyelesaikan kewangan dia
tapi C sendiri menyalahgunakan wang itu.
dan sekarang C berkawan dengan insan tu semata-mata duit!


kepada C,
maaflah.
aku tak mahu gara-gara kamu,
masa depan aku hancur.
tak mustahil kamu akan jadikan aku mangsa seterusnya!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, January 17, 2011

First Time Minum Cool Blog.

semalam aku ke Bukit Bintang menemani Miss BFF
*sila rujuk gambar di sidebar*
untuk shopping.
sementara aku menunggu Miss BFF cucuk duit di tingkat bawah Low Yat,
aku menyandar di dinding kedai Guardian.

aku pelik!
sejak bila ada kedai baru depan Guardian?
yang aku tahu hanya kedai makanan Cina kalau tak silap.

aku tertarik dengan nama kedai tu.

Cool Blog.
aku rasa kedai ni dah lama ada kat Malaysia.
mungkin aku tak perasan kewujudannya.
maklumlah aku mana la minum air selain air yang aku pesan di kedai makan.

aku tengok dan usha.
ada perisa yang aku suka.
bertambahlah dahaga dibuatnya!

aku sebagai pencinta Oreo dan coklat,
haruslah mencuba perisa ini.
dia ada letak biji-biji kat bawah.
aku tak tahu tu apa.

nak kata cendol, bukan!
kalau kalian tahu, sila beritahu kepada gadis yang konservatif ini.

sedap sangat!




lepas tu, baru ke Sungei Wang untuk shopping.

 nilah Miss BFF aku.
kami tengah tunggu seorang lagi teman untuk pulang.

 haruslah mengambil gambar bersama.
dah lama tak men'snap' gambar dengan budak senget ni.



aku tertengok Youtube Milimilo tadi,
ada vlog pasal dia dan Cool Blog.

kebetulan!







Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, January 16, 2011

Pengalaman Mandi Di Swimming Pool Rumah Aku.

yeayyyyyy!!!!

dah lama teringin nak mandi di swimming pool.
tapi dulu tak boleh mandi sebab guard tak bagi kalau tak pakai baju mandi.
siap tiup wisel lagi suruh naik!

kebetulan, hari ini Abang Yo pun tak kerja dan
Kak Fifie balik kerja pukul 2 petang tadi,
terus ajak mereka sekali!

 tak sabar untuk direnangi!

 Abang Yo seorang saja yang pandai berenang.

 best rendam badan dalam air!

 senyum. =)

padahal masa ni baru lepas lemas.
takut gila masa lemas tadi.
sempat panggil nama Abang Yo.
*kenapa la tak sebut Allah je? kalau tak, mati dalam iman. =)*

sebenarnya, aku nak rendam kepala tapi kaki tiba-tiba licin.
badan aku terus masuk dalam air.
terkapai-kapai aku!
masa tu aku ingat aku dah nak mati.
tapi nasib baik kaki sempat pijak dan aku boleh bangun balik.
masa tu Abang Yo betul-betul depan aku.
tak sempat nak bagi bantuan.

Kak Fifie dan Abang Yo ingat aku nak tunjuk skill berenang aku.
aku mana la pernah mandi kolam.
macam mana nak pandai berenang!

cuak cuak!!


trauma kejap saja!
lepas tu, sambung balik mandi.





p/s : tangan dah hitam. aduiii...

p/ss : kepada teman-teman yang ajak ke Cosmo World di Times Square,
maaf lah.
tak dapat join kalian bergumbira di sana!
next time maybe.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, January 15, 2011

Astro First - Dari Pawagam Terus Ke Rumah Anda.


seronok jawab call 2 hari ni.
"cik, saya nak tanya tentang Astro First."
"cik,Astro First tu apa?"
"cik, saya tengok ada channel baru. saya nak langgan dia macam mana ye?"

ok.
mari aku terangkan apa itu Astro First.

saluran Astro First menayangkan filem-filem yang baru release dari pawagam ( as soon as 2 weeks).
ia bukan satu pakej yang perlu anda langgani secara bulanan dan
anda tak perlu menelefon customer service untuk membuat perubahan pakej.
tapi jika berminat untuk menonton, senang saja caranya.

cuma ada 6 langkah.
*bila orang tanya pun, aku dah boleh jawab dengan pejamkan mata saja!*

1. sila ke saluran 480.
(kalau tak dapat saluran 480, alternatif lain adalah 482-485)

2. tekan BLUE BUTTON untuk pilih mana-mana filem yang digemari.

3. tekan BLUE BUTTON sekali lagi untuk confirm order.

4. kombinasi BUY/BELI + 13-digit code akan diberikan kepada anda dan akan tertera di skrin TV.
sila SMSkan kod tersebut ke 32999.

5. anda akan mendapat SMS reply ke handphone anda.

6. anda sudah dapat menonton filem pilihan dengan hanya menekan YELLOW BUTTON.

maklumat lanjut, sila ke sini.

hanya dengan RM15 per movie!!

berbaloi-baloi.
kalau anda menonton di pawagam,
RM15 hanya boleh ditonton oleh 2 orang.
tapi Astro First memberikan kemudahan untuk anda
menonton bersama seisi keluarga dengan hanya RM15.
RM15 ini akan dimasukkan dalam bil bulan berikutnya.

peringatan : 
anda ada tempoh sehingga 48 jam dari tarikh anda mula menonton!
filem akan diulang tayang sehingga tamat tempoh.
selepas tempoh 48 jam, siaran untuk filem akan tamat secara automatik.

peringatan lagi :
ada tambahan 6% Government Tax.
bukan pihak Astro sesuka hati mengenakan cukai ini.
tapi ini atas arahan kerajaan kita dan
ia bermula pada bil bulan Januari 2011.



jom kita serang saluran 480 sekarang!!!!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, January 11, 2011

Selesai Sudah Sesi Mengemas Bilik.

 cuti hari ni dimanfaatkan sebaik mungkin.
sejak bilik ni berpindah milik kepada aku,
tak pernah aku ubah kedudukannya.

hari ni pun tak terjangka nak ubah kedudukan perabot dalam bilik aku.
niat hanya nak mengemaskan saja bilik yang
macam tongkang pecah ni,
tapi elok juga membuat aktiviti yang berfaedah di samping
membakar kalori yang sedia ada.

silalah tengok bilik seorang gadis yang tak patut dicontohi.


SEBELUM.
bersepah!
ni sebab aku buang semua barangan dalam handbag
akibat lencun dalam hujan semalam.

 baju-baju yang baru diangkat untuk dilipat.

'meja solek' aku.
bersepah dengan barangan yang tak diperlukan.

 tu dia!!!
aku tak tidur atas katil.
katil dijadikan tempat baju-baju berlonggok.
aku suka tidur atas toto.
boleh tidur selepas main Facebook dan blog.



selepas sesi kemas mengemas,
tolak menolak perabot,
susun menyusun dan hias menghias.
inilah rupa bilik aku.

yang nilah bilik seorang gadis yang perlu dicontohi.


SELEPAS.
 katil ni berubah kedudukan.
aku letak kat tepi tingkap.
kalau rasa nak tidur atas katil,
boleh hirup udara malam yang nyaman.

 bantal tu hiasan semata.
kejap lagi, lesap la!

'meja solek' tak banyak berubah.
cuma kedudukan cermin saja yang berubah.
lebih dekat dengan lampu.
nampak sikit muka aku yang malap ni!


penat mengemas, baru teringat satu benda penting yang aku kena buat!
basuh motor kakak aku.
alamak, weekend ni je la basuh.
sorry, Along!







sekarang sesi memasak pula!
beli ayam dan ikan selar.
masak apa yang best ye???


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, January 10, 2011

Kalau Dulu Benci, Sekarang Addicted.

orang kata kita tak boleh benci seseorang atau sesuatu secara berlebih-lebihan.
nanti kita akan suka atau sayang dia berlebih-lebihan pula.
macam tu la jadi pada aku.

1. persahabatan
biasalah setiap orang ada first impression pada orang lain.
sebelum aku jadi kawan kepada seseorang,
mesti aku pernah kutuk atau tak suka perangai dia sebelum tu.
lepas tu, bila dah kawan,
barulah tahu perangai sebenar dia.

contohnya, A ni nampak tergedik sana tergedik sini.
tapi bila dah A ni tegur aku, barulah aku tahu sebenarnya A ni bukanlah gedik sangat.

pendek kata,
kita kena mengenali seseorang sebelum menilai perangai dia.

2. tempe
ni yang aku tak pernah terlintas nak makan.
bagi aku, tak sedap langsung!
terima kasihlah pada Kak Fifie, kakak ipar aku sebab kerana
masakan dialah aku addict dengan tempe.
kalau tak ada tempe, tak sedaplah makanan aku!

3. strawberry
ni pun sama.
tak pernah suka air strawberry.
tapi aku pun lupa sejak bila aku makin suka minum air strawberry.
mungkin sebab air yogurt Bliss kot!

4. botak
dulu aku bayangkan lelaki botak ni ganas dan jahat.
aku tak suka lelaki botak.
lain pula bila aku jumpa seorang lelaki botak ni,
dialah lelaki paling romantik dan penuh budi pekerti yang tinggi!



5. skuter
dulu mana la aku suka skuter.
aku lebih suka motor bergear.
nampak ganas sikit!
tapi lepas Abang Yo tunjuk pamplet tentang Yamaha Ego Lc,
aku rasa makin berminat nak ada skuter.
harap-harap boleh angkat satu!



kalian pernah jadi tak benda macam aku?
dulu tak suka,
sekarang suka sangat!!




p/s : dah lama tak mandi hujan.
tadi on the way berjalan kaki ke rumah,
hujan turun lebat.
tak ada tempat untuk berhenti.
terus lencun!
nasib baik aku pakai baju kurung warna hitam.
tak adalah seksi sangat!





Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, January 8, 2011

Selamat Ulang Tahun Sahabat Terbaik!

semalam aku dan Mr BFF ataupun nama penuhnya
Kamarul Ariffin Mohd Rashidi
menyambut ulangtahun pertama persahabatan kami.

mengapa aku sambut ulangtahun ni dengan dia?
selama ni aku tak pernah ada teman ke?
jawapannya, tak.
bukan tak pernah ada.
tapi persahabatan aku dengan dia, aku rasa berlainan.
bukan niat untuk memuji atau memuja.
cukup sekadar menghargai.

dia seorang yang tak pernah menghampakan aku
bila aku nak kongsi masalah dengan teman-teman.
aku susah macam mana pun dia akan tolong selagi dia mampu.

mula-mula kenal dia masa semester 1, semua orang tak suka dia.
dia dianggap mat poyo!
aku sendiri menyampah dengan perangai dia.

semester 3 aku digandingkan dengan dia dan Sethu
untuk mini projek untuk subjek Database.
itulah satu-satunya projek yang aku bekerjasama dengan dia.

jasa dia yang paling aku ingat,
masa semester 3.
aku betul-betul perlukan wang RM300 untuk bayar duit pengajian.
PTPTN aku tak mencukupi untuk menampung keperluan aku.
aku dah puas meminta dari orang lain.
sampai aku rasa mahu menangis semahu-mahunya.
dia perasan mimik muka aku yang sedih masa tu dan dia satu-satunya
orang yang sudi menghulurkan bantuan.
bila aku mula bekerja, baru aku dapat bayar duit dia balik!
dia tak pernah meminta duit yang dipinjamkan,
apatah lagi tak pernah mengungkit!

aku mula betul-betul rapat dengan dia masa semester akhir.
kami kena siapkan coding untuk website kami.
masa tu,banyak betul kenangan tercipta.
*rindu betul zaman kolej*

kalau nak cerita, banyak sangat.
tapi mungkin kalian rasa aku terlalu 'mendewakan' dia.

kita layankan saja detik kami semalam.

exchange gift.

aku bagi dia wallet sebab dia selalu kehilangan duit.
bukan amaun sedikit.
kadang-kadang RM50 sebab letak merata-rata dan lupa letak.

dan aku dapat keychain teddy bear yang comel.
tak kisah aku dapat hadiah apa pun.
yang penting, dia terima aku apa adanya.

terus letak kat handbag kesayangan aku.

 'candle light dinner' kami di HR Steak House gagal dilaksanakan.
penuh umat semalam!
begitu juga di Suraya Tomyam & Seafood.
last-last, ke medan selera saja.

aku baru buka mulut menyanyi lagu 'Cinta Kristal',
*pengaruh 'Hantu Kak Limah Balik Rumah'*
terus diajaknya karaoke!
apalagi, tekak aku ni memang tunggu untuk diserakkan.


bergambar dulu sementara tunggu bilik kosong.






layan lagu lama-lama.
macam biasa.
aku jarang menyanyi lagu perempuan.
aku layan lagu lama saja.
lagu dia, aku boleh layan menyanyi.
lagu aku, dia banyak diam.
suka! suka!! suka!!!
tak ada orang kacau aku menyanyi.

thanks alot dear...
thanks for everything and for every single you have done to me...


uppss..hari ni kita start diet kan?
diet I bertahan pagi saja.
bersemangat beli roti sosej High 5 dan air Bliss Strawberry.
tapi bila sampai tengahari saja, I jadi tak tahan la.
terbayang-bayang ikan bakar dan air asam.
cuba esok pula ye!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.