Yang Sayang Aku

Saturday, May 28, 2011

Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran!

hari Rabu : 

ada panggilan masuk sebelum aku memulakan kerja.
"boleh bercakap dengan Cik Ainul Syazwani?"
"ye, saya."
"saya dari Sime Darby. Cik ada interview dengan kami Jumaat ni
untuk position Customer Relation Officer. pukul 3.30 petang ye."
"kat mana tempat interview ni?"
"office kami dekat dengan Federal Highway. Cik kenal tak Jalan Templer?"
"boleh tak Cik bagi details kat email saya? Cik ada tak email saya?"
"enulwanie@gmail.com kan?"
"iye. terima kasih ye."
"jumpa Jumaat ni ye."

hati aku sudah berbelah bagi.
mahu terus bekerja di Astro ni atau mencari peluang kerja baru.
tapi bagus juga kalau dapat kerja baru.
kalau dapat kerja office hour dan bukan kerja shift, bagus juga.
kalau dapat kerja tetap dan bukan kerja kontrak, lagi bagus!



hari Jumaat : 

aku ambil EL untuk pergi interview.
nasib baik manager aku baik hati.
kalau dia tahu aku sudah banyak EL bulan ni,
mesti dia tak bagi aku EL lagi!

seperti tipikal aku pergi interview,
sepasang baju kurung pink terang berkain batik dan berfail pink.
memilih mood pink sebagai warna ong!

tapi kenapa aku seperti tak ada feel untuk pergi interview.
ke mana rasa cuak?
ke mana rasa gugup?
ke mana rasa nervous?
agaknya sebab dah selalu sangat pergi interview,
semua rasa itu hilang!

sebelum pergi interview, sempat singgah cyber cafe kerana 
broadband DiGi kena potong.
research dulu tentang details company Sime Darby.

selepas menaiki bas dari Taman Midah ke Pasar Seni dan
menaiki LRT ke Asia Jaya,
aku menaiki teksi seperti yang dinyatakan oleh 'Cik' tempoh hari.
"uncle, Sime Darby ye. kat Jalan Templer."
uncle teksi tu seperti blur tapi dia diamkan saja.

setibanya di Jalan Templer,
uncle itu tanyakan aku.
"setahu saya Sime Darby tak ada kat sini dik."

kesilapan aku yang pertama 
adalah lupa ambil alamat company di Jalan Templer.
kesilapan kedua adalah bila
nombor telefon yang 'Cik' tu call pun aku terdelete.
bila aku call nombor telefon headquarter company,
masuk line operator.
sampai sudah tak dijawab!

kelam kabut aku call Nizam, colleague aku.
nasib baik Nizam tahu mana bangunan tu.
terima kasih banyak-banyak Nizam
sebab bagi direction bangunan company tu.


setiba aku di bangunan ni,
guard pula kata tak ada makluman tentang interview hari tu.
kesilapan aku yang ketiga, aku terlupa tanya nama 'Cik' tu.
memang berair mata aku masa tu!
aku balik dengan hampa.
RM50 EL aku burn begitu saja!
kepenatan dan kepanasan pun aku dapat!



aku dapat panggilan hangit ke?
pelik juga waktu 'Cik' tu call aku pada hari Rabu,
ada ketikanya waktu dia bercakap dengan aku,
dia gelak-gelak kecil.
macam main-main!





kalau aku dapat 'Cik' celaka tu,
memang aku sula habis-habis!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, May 24, 2011

Afiq Sudah Pulang Ke Rumah.

alhamdulillah, Afiq dah discharge dari hospital petang tadi.
aku baru siap-siap nak melawat untuk kedua kalinya,
Kak Fifie call beritahu Afiq dah boleh pulang ke rumah.

doktor dah pun sahkan Afiq sembuh dari sakit.
walaupun bukan sepenuhnya lagi, tapi lebih baik duduk di rumah.
bimbang si montel ni terkena kuman dari pesakit lain.

si montel ni tidur nyenyak masa aku sampai di wad.
sampaikan Ibu dia nak kejutkan untuk tukar lampin,
dia boleh guling-guling tak mahu bangun!
memang nyenyak sangat la ni dia tidur.
Ibu dia tak sampai hati nak kejutkan dia tapi terpaksa juga.
sebab nak tukar lampin dan check out cepat-cepat.

 walaupun HUKM ni belakang rumah saja,
tapi Kak Fifie pilih untuk balik dengan teksi sebab
bimbangkan kesihatan Afiq yang belum pulih sepenuhnya.

 sampai di rumah, Afiq banyak diam.
tak seaktif masa sihatnya.
lalu kami buka semua hadiah mainan yang dia dapat untuk kembalikan keaktifannya.
*padahal aku yang lebih excited!
seronok sebab hadiah yang dia dapat semua mahal-mahal.
siap dengan plastik kedai Toys 'R' Us lagi.
setahu aku, mainan kat situ stok mahal-mahal saja!
beruntung Afiq.
aku mana pernah dapat hadiah mahal-mahal.

yang paling aku suka mainan ni.
siap dengan terowong!
seronok tengok keretapi tu pusing-pusing.
masa kecil-kecil, mana pernah dapat mainan macam ni!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, May 23, 2011

Melawat Afiq Di Wad Pediatrik HUKM.

 semalam Afiq dimasukkan ke wad pediatrik HUKM
setelah beberapa hari demam panas tak kebah-kebah.

masa birthday party Afiq 2 hari lepas pun dia muntah-muntah.
tekaknya bengkak macam kena tonsil.
ulser banyak di kawasan tekak dia.
bayangkan kalau kita yang kena satu ulser di mulut pun boleh rasa sakit sangat,
apatah lagi si kecil ni.
banyak pula tu!

tengok la si montel ni.
pucat saja muka dia!
keadaan dia dah semakin sembuh.
tapi Afiq masih perlukan rawatan doktor.

tak dapat bayangkan macam mana dia menghadapi kesakitan ini.
nak menangis tengok dia menangis tadi!
air mata dia yang turun laju terus buat aku makin sebak.
apatah lagi Ibunya yang menjaga dia siang dan malam.
tak tenteram hati si Ibu!


 doktor nasihatkan Afiq makan aiskrim vanilla
untuk surutkan bengkak tu.
*teringat pula masa aku yang kena sakit tonsil sebulan.
seronok hari-hari makan aiskrim vanilla!

bagi makan bubur nasi, dia makan 2-3 suap saja.
tak lalu!
tapi bagi makan aiskrim vanilla, seronok nampak bila disuapkan.
lega hati kami tengok dia masih ada selera makan.

tapi belum habis makan aiskrim vanilla,
Afiq muntah-muntah lagi!
habis selimut dan cadar penuh dengan muntah Afiq.


 ni hadiah birthday Afiq yang dia tak sempat main lagi.
aku akan bawakan 2-3 mainan untuk hilangkan kebosanan dia.
tapi mana satu nak bawa ni ye?
semua hadiah besar-besar.
jeles pula Cik Ani tengok!
Cik Ani pun tak pernah dapat hadiah banyak-banyak dan besar-besar macam ni.


moga kamu cepat sembuh ye, sayang.
Cik Ani tahu kamu kuat!
Cik Ani sayang kamu.
cepat sihat ye!


Afiq ni pantang tengok awek.
tak kisah la awek kecil ke awek besar ke,
mesti cergas dan tunjuk macho.
senyum sampai nampak gigi!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, May 22, 2011

Derita Aku Menyayangi Dia.

SEGALANYA AKU TERIMA - ILUSI


Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu

Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita

Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada

Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara

Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu

Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri

Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta

Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah...






aku benar-benar tertarik dengan bait-bait lagu ini.
aku tahu sebenarnya aku sendiri yang mencari masalah ini.
dan aku tahu aku boleh lari dari masalah ini tapi aku tak boleh.

bukan tak pernah aku cuba melupakan dia.
tapi makin aku cuba,
makin kuat rasa cinta, sayang dan rindu ini.
aku pernah buang nombor telefon dia.
tapi aku masih gagal melupakan setiap nombor itu.

setiap kali terjadi perselisihan faham antara kami,
ianya takkan bertahan lama.
dia akan datang mencari aku semula.
memujuk aku kembali.
merayu agar tidak diputuskan hubungan ini.
jadi, macam mana aku nak hilangkan rasa ini pada dia?

aku terlalu sayangkan dia.
dari saat aku mengenali dia,
aku sudah tahu pengakhiran yang baik bukanlah untuk kami.
dia kini bakal mengikat perhubungan yang sah selepas raya ini.
tapi bukan dengan aku!
tapi bayangkan bagaimana aku nak tempuh hidup seorang diri
selepas banyak yang telah aku tempuhi bersama dia bertahun-tahun lamanya!

aku masih mengharapkan kasih sayang dia.
aku tahu tak sepatutnya aku mengejar cinta yang tak pasti ini.
tapi hati mana yang tak tersentuh jika
selalu dibelai dengan penuh kasih sayang.
selalu dimanjai tanpa rasa jemu.

untuk mencari seorang insan seperti dia,
satu dalam sejuta pun belum tentu ada!
sifat-sifat lahiriah dan didikan orang tuanya
cukup mencairkan hati ini.

tapi sampai bila aku sanggup derita menyayangi dia?
dialah kebahagiaan bagi aku.
dan dia jugalah derita bagi aku.

bukan tidak ada yang menyayangi aku.
tapi mereka itu tiada seperti dia.
sama sekali tak!

mungkin kalian akan cakap,
"dah tahu jadi macam ni, kenapa masih mahukan dia?"
"cari saja orang lain."
"ada lagi orang yang lebih baik. cuma kena bersabar."

yang merasakan pahit manis ini adalah aku.
yang menempuhi laluan ini adalah aku.
semuanya aku!

aku kecundang pada cinta dia!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, May 21, 2011

Selamat Hari Lahir #1, Jejaka Jawa Terakhir!

maaf atas kualiti gambar.


Selamat Hari Lahir Pertama, Afiq!
semoga hidup kamu sentiasa dirahmati Allah dan
semoga kamu sentiasa dilimpahkan rezeki sepanjang hidupmu.
kamu adalah kekuatan ibubapa kamu.
kamu adalah kesayangan kedua-dua keluarga ibubapa kamu.

Cik Ani sayang kamu.
jika sehari Cik Ani tak melihat tubuh montel kamu
dan mendengar suara comel kamu,
rasa rindu itu sangat menebal.
Cik Ani bangga melihat kamu membesar di depan mata.
dari saat kamu tak pandai meniarap
sehunggalah kamu sudah pandai berlari dengan walker kamu.
sayang benar Cik Ani pada kamu, sayang!

kamu pun sudah pandai makan banyak.
apa yang ibu atau Cik Ani makan,
pasti itu juga yang kamu mahu makan.
tak padan dengan bergigi dua!

Cik Ani suka melihat kamu tersenyum, sayang.
walaupun Cik Ani terpaksa sakit untuk melihat kamu senyum.
tak mengapa, Cik Ani tak kisah!
Cik Ani suka mendengar tawamu, sayang.
ia adalah kebahagiaan buat diri ini.
walaupun aku bukan ibumu
tapi Cik Ani sayang kamu lebih dari segala-galanya!

Kamulah Jejaka Jawa Terakhir!!!
*ibunya berketurunan Jawa.



esok ada majlis kecil untuk sambut birthday si montel ini.
ibunya dah bertungkus lumus menyiapkan semuanya keseorangan
disebabkan abahnya dah ditukarkan ke Hospital Kuala Krai, Kelantan.
kagum dengan kecekalan Kak Fifie!

terima kasih Kak Fifie kerana memberikan permata buat kami!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, May 17, 2011

Kelantan Ke Final Piala FA 2011.



Kelantan akhirnya layak ke final Piala FA 2011
setelah menang agregat 6 - 2 dengan Selangor tadi.

dalam perlawanan akhir ni,
Kelantan akan bertembung dengan Terengganu pada 11 Jun depan.
lokasi perlawanan dikatakan di Stadium Shah Alam
memandangkan Stadium Bukit Jalil masih dalam renovation.


kali ini Insyallah akan aku join
Ultras Kelantan - The Red Mania berchanting.
wah, jadi ultranita gituuuu!




sebenarnya dalam dilema mana yang patut aku sokong,
antara negeri kelahiranku, Terengganu atau tempat aku dibesarkan, Kelantan?
antara negeri kelahiran Umi, Terengganu atau Abah, Kelantan?






seronok dan penat tadi walaupun tengok bola depan TV!
mata nak tengok bola.
badan nak kena main bola dengan anak buah, Afiq Al-Fyrdhaus.
letih Cik Ani hambat bola.
bagi bola kat dia, baling tempat lain!
nasib baik sampai tamat separuh masa pertama, Afiq dah tertidur kepenatan!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, May 14, 2011

Sekitar Separuh Akhir Pertama Piala FA Di Stadium Shah Alam.

aku pulang sejam awal dari biasa
semata-mata untuk ke stadium semalam.

sangat teruja sebab ini kali pertama aku melangkah masuk
untuk menyaksikan secara LIVE perlawanan antara Selangor dan Kelantan.
dari dulu lagi, teringin nak tengok LIVE macam ni
tapi selalu tidak berkesempatan.

aku dan 'dia' sudah plan sejak 2 bulan lepas untuk sama-sama menonton match ini.
'dia' adalah die-hard-fan Selangor.
dan 'dia' tahu aku memang penyokong kuat Kelantan.



 penyokong The Red Giants.

 penyokong The Red Warriors.
penyokong terlalu ramai yang datang.
lebih kurang 20,000 orang.
2 kali ganda dari penyokong tuan rumah!

 aku berada di antara ribuan fans Selangor.
teringin berada di lautan Merah Putih
tapi disebabkan aku datang dengan 'dia', terpaksa duduk di sini.
kalau aku dapat berada di tempat Kelantan,
pasti aku akan join geng Ultras berchanting selama 90 minit!
pasti keseronokan bersorak beramai-ramai lebih meriah
dari bersorak seorang diri bagai nak rak di rumah.



aku takkan berhenti menyatakan
aku betul-betul berpuas hati dan bangga
dapat tengok secara dekat 3 gol pertama Kelantan dijaringkan.

rasa nak saja bangun bersorak!
tapi kena cover sebab berada di kawasan pihak lawan.
setakat tepuk tangan sikit dan pegang mafla kuat-kuat pun jadilah!


cuak juga dalam hati.
bimbang juga dalam dada.
kot-kot ada bekas minuman sesat yang akan dibaling ke arah aku.
tapi, alhamdulillah semua terkawal!

cuma sedikit terganggu dengan balingan bekas minuman dan kerusi oleh
segelintir penyokong yang tak berpuas hati ketika
pemain Selangor diberikan kad kuning sebab bangkang keputusan pengadil.

ada juga kekecohan berlaku di kawasan Ultrasel.
pelik juga, takkan dengan saudara sendiri nak bergaduh.

"Amat dikesali apabila ada penyokong-penyokong yang baru menyertai ultraSel dan mereka yang lalu di tengah-tengah kami dari tempat lain membaling bekas air ke tepi padang. Tindakan mereka mencacatkan nama baik ultraSel yang tekad memberi sokongan tidak kira menang atau kalah dengan cara yang positif. Mereka bernasib baik kerana tidak diapa-apakan oleh komrad-komrad yang berdarah panas kerana sempat dileraikan oleh kami yang tidak mahu adik-beradik satu negeri kami sendiri mendapat kecelekaan dari mana-mana pihak pun. " - dipetik dari Blog Ultrasel.



 
ni masa tamat separuh masa pertama.
gambar masa tamat perlawanan lupa nak ambil.

wajah 'dia' tatkala kali kelima gawang Selangor dibolosi.


alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada Kelantan.
tapi pemain Kelantan masih tak boleh menarik nafas lega lagi.
aku harap kalian buat yang terbaik lagi untuk separuh akhir kedua
di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu 16 Mei ini.

bagi aku peluang bersorak di Stadium Bukit Jalil pula!



 apa-apa pun, saya tetap sayang Abe Jawo saya.







sebelum pergi stadium semalam,
pagi tu pergi kerja pun dengan semangat Merah Putih!





Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, May 12, 2011

Malam 13 Mei 2011.

aku tak mahu bercakap tentang
perlawanan Negeri Sembilan dengan Kelantan di Paroi tempoh hari.
sedih. bengang. hampa.
kecewa dengan apa yang tak sepatutnya terjadi!


aku sebenarnya tak sabar untuk menunggu malam esok!

ini kali pertama aku bakal menyaksikan sendiri secara LIVE,
favourite team aku, The Red Warriors menentang The Red Giants
 di Stadium Shah Alam.
dari bulan lepas lagi aku dimaklumkan
Kelantan bakal berebut tempat di final Piala FA
dengan Selangor pada 13Mei ni.

apa yang menariknya dengan tarikh 13 Mei?
kalau kamu masih ingat pada sejarah 13 Mei 1969 di mana
rusuhan kaum di Malaysia berlaku pada tarikh ni.
banyak pertumpahan darah dan banyak juga yang kehilangan harta benda!
(lebih lanjut, tekan sini.)

tapi tarikh 13 Mei 2011 ni,
aku tak mahu kejadian yang sama terjadi.
aku mengharapkan sokongan secara sihat berlaku
antara penyokong-penyokong dua negeri ini.
tak perlu nak provoke sangatlah!
sokonglah secara matang.
sokonglah secara dewasa.

aku teringin nak join Ultras Kelantan - The Red Mania
berchanting menyokong penuh semangat kepada pahlawan-pahlawan kami.
rasa semangat tu lebih!

aku sebenarnya suka kedua-dua team 'The Reds' ni.
sejak dulu lagi!
punya kelebihan tersendiri.
punya kekuatan tersendiri.

tapi bila dua teams ni masuk padang yang sama,
kena sokong lebih lagi la kepada The Red Warriors!






aku bakal pergi dengan orang yang merupakan die hard fan of The Red Giants.
masing-masing bersemangat menyokong team pilihan.
aku nak tengok apa pandangan orang terhadap kami di sana.



happy 23rd birthday, Farid Sadri.
terima kasih kerana kamu
secara tak langsung memperkenalkan aku dengan dunia ultras.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, May 7, 2011

Vlog #1 Aku.


apa itu vlog?
vlog stands for video blog.

kalau blog, kita menaip untuk dijadikan entri.
tapi vlog ni, kita hanya perlu buat video saja sebagai entri.

sebelum ni,
aku pernah view vlog blogger famous seperti Cik Epal, NurAizuddin dan Maria Elena.
tapi tak sangka lepas join gathering dengan Abang Ben Ashaari minggu lepas,
aku boleh jadi minat dengan vlog.

minat dah ada.
tapi pandai ke aku nak olah entri tu jadi vlog?
apa-apa pun, tunggu je la vlog kedua aku nanti.
(tu pun kalau jadi. muahahaha!)
Canon 500D dah ada untuk jadi perantaraan.





eh, sebelum tu layan vlog pertama aku ni kejap!



credit : 1tube.my

nervous nak arwah masa ni!
bercampur aduk dengan perasaan yang tak tenteram masa tu.






terima kasih daun keladi ye, 1tube.my!
ada masa shoot video saya lagi ye?


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, May 4, 2011

Mood Pink Malam Ini.

malam ni datang mood kerajinan aku.

bilik dah bersepah dengan baju yang belum dilipat.
baju yang belum dibasuh pun banyak lagi.
terus masuk mesin basuh!

lepas tu, terfikirlah nak berubah angin.
cadar biru dah bertukar menjadi cadar pink.
 ni cadar masa kat hostel dulu.
tukar sementara cadar lama dibasuh.

 ni baru beli di Jaya Jusco Maluri tadi.
bau Ambi Pur Rose semerbak dalam bilik ni.
rasa segar saja nak tidur malam ni!

 mandi dulu selepas berpeluh mengemas bilik.
ubat gigi Safi dan berus gigi pun nak warna pink!

 bau Lux Magic Spell ni pun sangat wangi.
rasa tak mahu keluar bilik air bila terbau shower cream ni.
rasa nak mandi lama-lama!

tuala baru pun nak warna pink juga!


mari tidur.
ups, baju tidur pun warna pink.
rasa nak tidur awal.
semangat tengok warna pink!!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, May 3, 2011

Gathering Bloggers Dan Vlogging Bersama 1tube.my

mungkin cerita ini agak lapuk bagi yang sudah mengetahuinya,
tapi aku tetap mahu menceritakannya.

minggu lepas aku mengikuti Bro Framestone dan Iera Kan
ke gathering blogger.
tapi ini lebih istimewa kerana pada masa yang sama
kami berpeluang membuat vlog bersama 1tube.my.

Bro Framestone mencuba GPS melalui HTC Desire.
canggih beb!

 kami berjumpa blogger-blogger lain di Restoran Ali Bistro
sementara menunggu admin 1tube.my datang.
rata-rata yang datang adalah blogger yang
pernah datang gathering di Alamanda tempoh hari.

 
selepas itu,
kami menunaikan solat fardhu di Masjid Putrajaya.
serius aku suka gambar yang aku tangkap ni.
boleh buat kad raya!


 Ben Ashaari dan Mas Ahmad Safwan bergambar selepas solat.


 selepas solat, baru kami ke Tasik Sri Empangan.
cantik sungguh pemandangan di sini.
tapi, aku tak sangka pula semua orang wajib buat vlog.
aku dah lah tak bersedia langsung.
aku ingatkan hanya nak tengok Ben Ashaari dan Bro Framestone buat vlog.
memang nervous gila la!
kalah nak masuk dewan exam kolej.


dah lah ditambah dengan fikiran yang berkecamuk
dengan masalah yang timbul.
memang terus moody aku petang tu.
maafkan aku wahai teman-teman.
rasa nak nangis saja masa tu!
*dah nangis pun sebenarnya*
aku tak suka nak tunjuk perasaan yang tak best masa tu.
dah lah kita baru saja kenal orang.
tapi masalah tu memang buat hati rasa sebak dan terguris.
oleh itu, sekali lagi maafkan aku kerana tak banyak bercakap dan murung petang tu.

nilah salah seorang admin 1tube.my.
sangat seronok buat vlog dengan abang ni.
maafkan saya ye abang.
nervous saya ketara sangat!
tapi best sangat dapat belajar buat vlog!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, May 1, 2011

Keropok Lekor Terengganu.


dah lama kot tak makan keropok lekor Terengganu.
rezeki namanya bila teman kakak iparku
bawakan keropok lekor ni petang tadi.

buat aku makin tak sabar nak pergi Terengganu bulan depan.
banyak memori sungguh kat sana!

makanan yang aku nak melahap di sana nanti : 
-satar.
- sotong bakar.
ada cadangan makanan lain yang sedap untuk dinikmati di Terengganu?


oh ya,
mungkin juga akan berkelah di Tasik Sekayu.




~~~ mood rindu orang Terengganu!!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.