Yang Sayang Aku

Saturday, May 14, 2011

Sekitar Separuh Akhir Pertama Piala FA Di Stadium Shah Alam.

aku pulang sejam awal dari biasa
semata-mata untuk ke stadium semalam.

sangat teruja sebab ini kali pertama aku melangkah masuk
untuk menyaksikan secara LIVE perlawanan antara Selangor dan Kelantan.
dari dulu lagi, teringin nak tengok LIVE macam ni
tapi selalu tidak berkesempatan.

aku dan 'dia' sudah plan sejak 2 bulan lepas untuk sama-sama menonton match ini.
'dia' adalah die-hard-fan Selangor.
dan 'dia' tahu aku memang penyokong kuat Kelantan.



 penyokong The Red Giants.

 penyokong The Red Warriors.
penyokong terlalu ramai yang datang.
lebih kurang 20,000 orang.
2 kali ganda dari penyokong tuan rumah!

 aku berada di antara ribuan fans Selangor.
teringin berada di lautan Merah Putih
tapi disebabkan aku datang dengan 'dia', terpaksa duduk di sini.
kalau aku dapat berada di tempat Kelantan,
pasti aku akan join geng Ultras berchanting selama 90 minit!
pasti keseronokan bersorak beramai-ramai lebih meriah
dari bersorak seorang diri bagai nak rak di rumah.



aku takkan berhenti menyatakan
aku betul-betul berpuas hati dan bangga
dapat tengok secara dekat 3 gol pertama Kelantan dijaringkan.

rasa nak saja bangun bersorak!
tapi kena cover sebab berada di kawasan pihak lawan.
setakat tepuk tangan sikit dan pegang mafla kuat-kuat pun jadilah!


cuak juga dalam hati.
bimbang juga dalam dada.
kot-kot ada bekas minuman sesat yang akan dibaling ke arah aku.
tapi, alhamdulillah semua terkawal!

cuma sedikit terganggu dengan balingan bekas minuman dan kerusi oleh
segelintir penyokong yang tak berpuas hati ketika
pemain Selangor diberikan kad kuning sebab bangkang keputusan pengadil.

ada juga kekecohan berlaku di kawasan Ultrasel.
pelik juga, takkan dengan saudara sendiri nak bergaduh.

"Amat dikesali apabila ada penyokong-penyokong yang baru menyertai ultraSel dan mereka yang lalu di tengah-tengah kami dari tempat lain membaling bekas air ke tepi padang. Tindakan mereka mencacatkan nama baik ultraSel yang tekad memberi sokongan tidak kira menang atau kalah dengan cara yang positif. Mereka bernasib baik kerana tidak diapa-apakan oleh komrad-komrad yang berdarah panas kerana sempat dileraikan oleh kami yang tidak mahu adik-beradik satu negeri kami sendiri mendapat kecelekaan dari mana-mana pihak pun. " - dipetik dari Blog Ultrasel.



 
ni masa tamat separuh masa pertama.
gambar masa tamat perlawanan lupa nak ambil.

wajah 'dia' tatkala kali kelima gawang Selangor dibolosi.


alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada Kelantan.
tapi pemain Kelantan masih tak boleh menarik nafas lega lagi.
aku harap kalian buat yang terbaik lagi untuk separuh akhir kedua
di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu 16 Mei ini.

bagi aku peluang bersorak di Stadium Bukit Jalil pula!



 apa-apa pun, saya tetap sayang Abe Jawo saya.







sebelum pergi stadium semalam,
pagi tu pergi kerja pun dengan semangat Merah Putih!





Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

Bro Framestone said...

cam mne leh duduk sebelah2... ade tempat duduk mane2 psukan leh duduk sekali ke

Cik Bayu said...

ala bro..boleh je duduk mana-mana..hehehe..lagipun, adanya 'bodyguard' saya ni insyallah selamat!

semalam abg saya pun duduk kat area selangor.lagipun, wife dia sokong selangor..so, alhamdulillah, xde pape berlaku..

penyokong sekarang dah matang.dah tak main provokasi ni.

^ Uncle Syaf ^ said...

pewit...die layan bola ler...he3


congrazzt to klantan...

Cik Bayu said...

uncle syaf : sejak zaman sekolah menengah lagi, sy layan bola sepak tp sejak 2 menjak ni makin menggila ckit!

=p