Yang Sayang Aku

Sunday, May 22, 2011

Derita Aku Menyayangi Dia.

SEGALANYA AKU TERIMA - ILUSI


Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu

Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita

Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada

Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara

Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu

Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri

Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta

Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah...






aku benar-benar tertarik dengan bait-bait lagu ini.
aku tahu sebenarnya aku sendiri yang mencari masalah ini.
dan aku tahu aku boleh lari dari masalah ini tapi aku tak boleh.

bukan tak pernah aku cuba melupakan dia.
tapi makin aku cuba,
makin kuat rasa cinta, sayang dan rindu ini.
aku pernah buang nombor telefon dia.
tapi aku masih gagal melupakan setiap nombor itu.

setiap kali terjadi perselisihan faham antara kami,
ianya takkan bertahan lama.
dia akan datang mencari aku semula.
memujuk aku kembali.
merayu agar tidak diputuskan hubungan ini.
jadi, macam mana aku nak hilangkan rasa ini pada dia?

aku terlalu sayangkan dia.
dari saat aku mengenali dia,
aku sudah tahu pengakhiran yang baik bukanlah untuk kami.
dia kini bakal mengikat perhubungan yang sah selepas raya ini.
tapi bukan dengan aku!
tapi bayangkan bagaimana aku nak tempuh hidup seorang diri
selepas banyak yang telah aku tempuhi bersama dia bertahun-tahun lamanya!

aku masih mengharapkan kasih sayang dia.
aku tahu tak sepatutnya aku mengejar cinta yang tak pasti ini.
tapi hati mana yang tak tersentuh jika
selalu dibelai dengan penuh kasih sayang.
selalu dimanjai tanpa rasa jemu.

untuk mencari seorang insan seperti dia,
satu dalam sejuta pun belum tentu ada!
sifat-sifat lahiriah dan didikan orang tuanya
cukup mencairkan hati ini.

tapi sampai bila aku sanggup derita menyayangi dia?
dialah kebahagiaan bagi aku.
dan dia jugalah derita bagi aku.

bukan tidak ada yang menyayangi aku.
tapi mereka itu tiada seperti dia.
sama sekali tak!

mungkin kalian akan cakap,
"dah tahu jadi macam ni, kenapa masih mahukan dia?"
"cari saja orang lain."
"ada lagi orang yang lebih baik. cuma kena bersabar."

yang merasakan pahit manis ini adalah aku.
yang menempuhi laluan ini adalah aku.
semuanya aku!

aku kecundang pada cinta dia!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

syazana amira said...

nana juga merasakan apa yang kamu rasa.. tersangat lah perit hati ini untuk melupakan dia yang pernah kita cinta dan sayang sepenuh hati..

Cik Bayu said...

misz nana : nana penah rasa?sakit kan..?kita bukan xnk lupakan dia.tp mkin lama mkin syg..jd nana wt pe utk lupakan dia?

AkuBukanLelaki said...

wani,
aku tujukan lagu ALyah-Kisah Hati utk ko..

Cik Bayu said...

metadak hijau : terima kasih..nnt aku dengar ye.