Yang Sayang Aku

Wednesday, March 31, 2010

Adakah Aku Gadismu?


SEARCH - GADISKU

Gadisku
Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi
Gadisku
Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta
Dialah gadisku (selalu) selama-lamanya

Tak peduli kata orang terhadap dirinya
Aku tahu dia gadisku
Tak peduli nista yang terlempar padaku
Dia tahu dia gadisku

Cinta kan bermakna jika sama saling memahami
Cintaku bercahaya jika disulami cinta suci

Gadisku...

Dikaulah hidup ini rangkap tak bermaya
Dia datang membawa harapan
Di kala hari-hariku menjadi gelita
Dia datang membawa cahaya


makin suka dengar lagu ni.
kan best kalau ada yang dedikasikan pada aku!

aku memang minat kumpulan Search.
lagu-lagu dia memang the legend la!
boleh buat aku cair dan tangkap cintan.




congrats to my classmates who got flying-colors-result
for final semester!
wish all of you the best way in your life!!





Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, March 30, 2010

Jejaka Idaman Aku.

walaupun aku ni tak cantik,
tapi aku pun mengimpikan lelaki yang
mempunyai ciri-ciri yang aku idamkan.

Ciri Fizikal :

-berdada bidang
ni yang first buat aku cair.
sebab tu,
aku paling minat orang yang main ragbi.

-berkumis
nampak macho!
takde misai.
lagi macho!

-tinggi
tapi janganlah tinggi sangat.
aku di paras bahu dia pun dah cukup.
kalau tinggi sangat,
nampak macam abang-adik.

Ciri Dalaman :

-sukakan haiwan
bagi aku,
seseorang tu akan lebih nampak sifat penyayang
bila dia mempunyai haiwan peliharaan.
contohnya macam kucing.
dari cara dia belai dan sayangkan kucing tu,
kita akan nampak sifat penyayangnya.
senanglah kalau dah punya anak sendiri nanti!

- bertanggungjawab
cara dia ambil berat tentang keluarganya
dan adik beradiknya.
kalau dia ada sifat tu,
tak mustahil dia akan punya rasa itu juga terhadap
bakal isteri dan anak-anaknya.

-romantik
rasa nak buat something special untuk pasangannya.
yang takkan pernah terduga oleh pasangannya.
saying "I LOVE U" through action,
not only in expression!

-pandai ambil hati
dia mesti tahu apa aku suka dan aku tak suka.
pandai buat aku rasa happy dengan dia.

-kelakar
aku sangat mengimpikan kalau lelaki itu
adalah Nabil.
sebab dia memang kelakar.
setiap show yang ada muka dia,
memang aku akan tengok.

-pandai baca Al-Quran
ni yang utama sekali!
kalau tak pandai mengaji,
macam mana dia nak solat.
macam mana dia nak imamkan keluarga kami nanti.



tapi,
kalau dapat yang tak menepati citarasa pun takpe
asalkan dia sayangkan aku dan keluarga aku.
yang penting,
bawa dan pimpinlah aku ke jalan-Nya.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, March 28, 2010

Kekasih Baru Tapi Dipaksa Bermadu.

pagi tadi Abang Yo ajak
ke Pasar Tani di Shah Alam.

rupa-rupanya datang sebab nak tengok penyampai Sinar FM
di gerai FAMA.
pendengar setia la katakan!

best la dengar lawak Abang Jem!
aku yang moody,
terus tersenyum tengok dia buat lawak.

sebenarnya,
FAMA mengadakan gerai untuk
memberi sumbangan kepada artis Ahmad Busu
yang lebih dikenali sebagai Mat Deris dalam
Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
aku tak pasti apa penyakitnya.
beliau yang datang dengan bantuan tongkat
hanya duduk di atas kerusi di tepi pentas.


pelik kenapa akuarium ini berisi balik
selepas aku kehilangan Kachak dan Anggun tempoh hari?
pada yang baru baca blog aku,
aku pernah kehilangan ikan gapi aku
dipercayai terlalu banyak anti-klorin dimasukkan.
baru belajar bela ikan la katakan.

tadi,
sempat singgah di kedai haiwan peliharaan
di Salak Selatan.
Abang Yo nak beli ikan baru.
aku pun tumpang sekaki.

kali ni,
aku beli seekor gapi jantan
dan 2 ekor gapi betina.
kiranya, gapi betina tu bermadu la!
bukan apa,
senang untuk kemandirian spesies.

nampak tak,
bini-bini tengah berebut nak malam pertama dengan laki baru.

letak di meja solek aku.
bawah sinaran lampu.
senang sikit nampak kalau
malam-malam, sejuk-sejuk!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, March 27, 2010

Sakit Dan Penyakit.


minggu ni,
aku dilanda selsema
diikuti oleh demam selama beberapa hari.

tambah menyedihkan,
lepas bersin, batuk pula!
bayangkan kalau bersin dan batuk dalam satu masa.
tak ke naya aku?

sekarang, demam dan selsema dan beransur pulih.
batuk pula tak surut-surut.
sampai sakit dada aku!

ubat batuk dah minum.
kadang-kadang,
minum macam air kosong saja.
*tipu!
strepsils pun dah telan.

agaknya ni kahak degil, tak mahu keluar dari tekak!



p/s : sekarang,
aku tengah cari kerja.
siapa yang tahu kerja kosong kat area KL-Cheras ni?

p/s : mana sekolah memandu kat area Cheras ye?

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, March 26, 2010

Ada Ke Yang Rindu Aku?

dah hampir sebulan tak online.
ada orang rindu aku tak?

rasanya takde kot!

banyak yang aku nak cerita.
tapi kalau diikutkan,
memang jemu la kalian nak baca.


17 Mac lalu,
aku pulang ke kampung untuk majlis solat hajat
untuk kakak iparku yang bakal melahirkan anak buahku
yang dijangka awal bulan Jun ini.

umi buat pulut kuning
untuk dihidangkan untuk orang masjid.

kami juga sempat melawat rumah Mok,
iaitu nenek aku(mak sebelah Abah)
di Wakaf Mek Zainab.

berhimpit kami 5 beradik dalam Merc Abang Yo.
masing-masing tak nak mengalah untuk ditinggalkan.

tambah berhimpit bila Mok mahu mengikut kami ke Mydin baru
di Kubang Kerian.

siap buat lalalitamplom!
siapa kalah, kena jalan kaki ke Mydin.
sebenarnya, main-main saja.


ni la Nisa, adik aku.
baru kerja di Mydin Kubang Kerian
sebagai Supervisor Assistant.

"nasiblah ko, Sa!
kerja macam kuli je aku tengok.
kerja pagi, balik malam!"


sebelum balik KL,
sempat ke rumah Kak Fifie di Dungun.

dan sempat juga la kami ke pantai dekat UiTM.

di sinilah mereka photoshoot kahwin
setahun yang lalu.

aku tetap maintain ambil gambar sorang-sorang.
ada sesiapa mahu teman ke?




terima kasih la pada Abang Shazruls yang
concern pasal saya.
saya tak sakit.
cuma masalah broadband.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, March 14, 2010

Abangku Cuba Memasak.

ok.
abaikan entri lepas kalau kamu sempat baca.

mahu cerita baik-baik saja.
aku kan baik.
tak suka serang-serang orang!

seronok bila dapat spend time dengan abang aku.
bukan selalu dia dapat cuti.

hari ini,
dia memasak untuk kami bertiga.

menunya adalah Nasi Goreng Kampung.

duk sibuk potong kangkung.

sebenarnya,
dia demam.
musim demam sekarang ni.
agaknya berjangkit dengan pesakit di wad.

inilah hasilnya.
nice try la, bro!

aku tolong dia goreng telur dadar
dan keropok keping.
oh, tidak lupa makan dengan sayur kangkung
yang dibuat macam ulam.

Kak Fifie makan sampai 4 pinggan.
dahsyat la penangan nasi goreng Abang Yo!



*nanti boleh lah masak untuk kami lagi ye?

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, March 13, 2010

Bila Mereka Tahu Kelemahan Aku.

adakah teman-teman kamu tahu kelemahan kamu?

kalau belum,
sila jangan beritahu apa-apa kepada mereka.

kalau tak,
jadi seperti ini.

kamu perasan apa-apa yang pelik
dalam game yang aku main ni?
memang tiada apa-apa yang pelik pun.

cuma bagi aku,
"eiiiiii...."
meremang bulu roma aku!

aku geli dengan spesies haiwan tu.
sungguh!
bagi la lipas ke, tikus ke,
aku tak geli.
kalau yang ni,
lemah rasa jantung ni!

siap bagi pesanan kat aku!
alahai Syuhada....

masa aku taip ni,
meremang habis bulu roma aku.
sungguh!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, March 12, 2010

Oh! Saya.

oh, saya kini berada di Kuala Lumpur.
secara tepatnya, di Taman Midah, Cheras.
setelah berada di kampung selama hampir 2 minggu.

oh, saya keseorangan malam ni.
abang saya keluar tak ajak saya.

oh, saya lapar.
diet dah hancur!

oh, saya agak penat setelah jalan-jalan
di Karnival MARA di PWTC pagi tadi.
tiada seminar seperti yang diuar-uarkan
oleh pensyarah saya tempoh hari.

oh, siapa mahu ajak saya jalan-jalan
hujung minggu ni?

oh, sebelum saya lupa.
ada orang bertanyakan tarikh dan tempat lahir saya.
dengan ikhlasnya saya menjawab,
saya lahir di Jerteh, Terengganu
pada 25 September 1987.

oh, saya memang sudah tua.
sudah tua tapi tak reti nak mematangkan diri!




*cuba teka berapa kali "oh" yang saya guna malam ni?


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, March 9, 2010

Malam Ini.



SELAMAT TINGGAL, KOTA BHARU


DAN


SELAMAT DATANG, KUALA LUMPUR.



siapakah yang bakal menemani aku malam ni?

cuba teka!!!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, March 8, 2010

Bila Kekasih Mula Merajuk.

VERSI - BILA KEKASIH MULA MERAJUK


Bila kekasih mula merajuk..
Bagaimanakah dapat ku pujuk..
Hebatnya cinta banyak dugaannya..
Kau tak percaya yang aku setia..
Bukan niatku bermesra dengannya..
Kerna ianya teman biasa..


Bila kekasih mula berpaling..
Tak perlu lagi bertentang mata..
Ucapan sekian lama untuknya..
Dapat menunduk setiap bicara..
Kerna cintaku hanya untukmu..
Hanya untukmu..


Belum puasku mengecapi redup asmara..
Kini cintaku dihiris dengan perasaan..
Pada zahirnya engkau curiga..
Walau dijiwa terlalu setia..
Apa erti cinta tanpa sefahaman..


Jangan dipertaruhkan cinta dan perasaan..
Sehingga hatimu terluka..
Padaku kaulah insan..
Senyumanmu penawar jiwa...

Kekasihku... Lupakanlah...
Usah biarkan aku sengsara..


Bila kekasih aku merajuk..
Adakah mungkin engkau meluncur..
Hebatnya cinta banyak dugaannya..
Rindu dan dendam bukan permainan..
Kerna cintaku hanya padamu ..
Hanya padamu...




lagu ni tiada kena mengena pun
dengan hidup aku sekarang.

mula-mula dengar lagu ni
masa naik kereta Abang Yo.
dia pasang album rock jiwang.

kelakar gila tengok tajuk lagu ni.
tapi, bila dengar,
terus melekat di jiwa!

pada yang minat lagu lama-lama,
mungkin kalian tahu lagu ni.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, March 7, 2010

Bersemangat Jawab Soalan Si Kosong.

disebabkan hari Ahad di Kelantan
adalah hari bekerja,
aku duduk berdua saja dengan adik aku.

dan disebabkan kebosanan melampau,
aku jelajah ke merata-rata blog.
yang tak pernah singgah pun
aku singgah pagi tadi.

tapi bukan itu sebenarnya main point
yang aku nak khabarkan.

aku baca blog Si Kosong
sebab dia baru update.

siap ada soalan untuk dijawab!
aku ni memang suka jawab soalan
terutama kalau ada hadiah.

"soalannya adalah :

1- tau lagu FIONA dari 4u2c.?haaa..4u2c penah bt remix tuk lagu FIONA.
dorang gabungkan lagu FIONA ngan satu lagi lagu dorang yang lain.
soalannya,apa tajuk lagu yang digabungkan dengan lagu FIONA tu..

2- dalam citer shin chan,
sape nama budak kelas shin chan yang kaya dan berlagak tu.?

3- apa tajuk lagu ni dan sape yang nyanyi;

Di mana kaca yang berserpihan
Biar aku pijakkan
Di mana taufan yang bertiupan
Biar aku hadapkan

Kerana semua sudah tiada ertinya
Tentang cinta, sudah tiada maknanya
Tentang kita, elok dilupakan semua

Di mana laut yang bergelora
Kan ku redah semua
Di mana letaknya cinta kita
Kan ku pijak semua

klu: ada sorang ahli pompuan dalam band ni.

ini jawapan aku.



nampak tak confidence level aku?
tinggi tak??
tau kenapa?

aku search satu-satu kat Mr.Google.
punya la bersemangat kan?



tapi Si Kosong kata,
jawapan aku salah.



tapi ada bangkangan dari Fhad.
oh, dia pun bersemangat nak jawab.
nak rebut hadiah dengan aku la ni!



akhirnya Si Kosong mengalah.


McD's prosperity burger promotion sampai bila ye?
sempat ke makan minggu depan?

kalau tak sempat,
minta Si Kosong belanja burger Carl's Junior.

jahat kan aku ni?
suka pau duit orang!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.