Yang Sayang Aku

Thursday, March 4, 2010

Cara Aku Diet.

semalam aku dah uar-uarkan
tentang semangat aku nak berdiet.

hari ni,
aku nak tunjuk bagaimana
cara aku berdiet.

maaflah.
ni kali pertama aku betul-betul berusaha berdiet.
so, ikut suka hati je la nak diet macam mana.

setiap pagi dan petang,
aku akan naik basikal.
bukan naik basikal keliling kampung.
keliling rumah pun tak sempat.

basikal yang hanya kayuh setempat.
alat senaman ni dah lama Abah beli.
nak suruh Umi exercise.
tapi disebabkan kesibukan bekerja,
so, basikal ni terbiar saja.

cuma,
meter dia dah rosak.
tempat check nadi pun adik aku rosakkan.
mujurlah tempat kayuh tu ok lagi.

aku kayuhlah sambil bayangkan aku masuk
Le Tour De Langkawi
dan dapat jersi kuning.


disebabkan alat senaman tu di tingkat atas,
so kena naik tangga.
tu pun kira exercise juga la kan?


yang ini special sikit.
ni adik aku punya.

aku kebas sebab dia pun sibuk sangat kerja
kat Mydin Kubang Kerian sampai balik lewat malam.
Mydin baru buka la katakan!

dah 2 malam aku pakai.
sapu kat bahagian yang rasa geli nak tengok tu!

aku pakai sebelum aku blogwalking dan layan MukaBuku.
so, tak terasa sangat la panas dan rasa berangin tu.

esok pagi,
aku buka mata je
terus rasa nak buang air besar.
so, agak efektif juga la kan?


selamat berjuang, enuLwanie!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

12 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hohoho... gud luck lagi..

cumo keno jago makan minum jugak la..
jangan sampai x makan sudeyh..

Cik Cookie said...

CC buat semua tuh and tambah 1 juice yg blend je.jd.

Farid Fernandez said...

minum julap lah

shazruls said...

jgn lupa rehat mau cukop ,kalau tidak tak guna semua

embun d tengah malam said...

mmg ok..amalkan 3 bulan

enuLwanie said...

asada : jgn risau bab makan.sy cuma nak kurang mkn sbb sy ni kuat mkn!

cc : ni kena tmbh dlm list ni! thanx cc.

farid : xmau la.nnt aku terkemut2 tahan sakit.

abg shazruls : klu terlebih rehat, cmne plak abg?

ambun d tengah malam : cadangan sebelum ni, sebulan je.tp klu x berapa berkesan, sy akan try wat 3 bulan.

Aus MeLankoLik said...

ini memang btul2 berazam ni..
hohoh..
all da best !!!

Moon BlooDy Spell said...

good!!! keep going!!!!!!!!!!

akaqkaypoo said...

huh...jgn hangat2 tahik ayam..sude...hahaha

enuLwanie said...

aus melankolik : memang semangat! yeayy..

moon : thanx dear..

along : tgk la nnt.hehehehe

syaf said...

mesti cepat trun
dulu my member sebelum die bersenam or bersukan die pakai losyen 2, cepat turun

enuLwanie said...

syaf : eh, ye ke?ok ok, i cuba!best ni..lagi cpt turun cmni ni!