Yang Sayang Aku

Saturday, March 6, 2010

Siapa Kita Tanpa Mereka?


video

cuba tutup lagu Yovie & Nuno di blog aku!

dan hayati tiap-tiap bait lagu ni.

bila kali terakhir kita memeluk ibu bapa kita
erat-erat?
kejap-kejap?

aku masih ingat sewaktu
ketika mahu menghantarku ke KL.
sebelum naik bas,
aku cium Umi.
pipi kiri.
pipi kanan.
pipi kiri lagi.
dahi.
lalu, Umi mengusap lembut kepalaku.

aku peluk Umi.
tak mahu lepas.
aku takut aku tak sempat jumpa Umi lagi.

berbahagialah pada mereka
yang masih punya kedua-dua ibu bapa.
jangan diherdik.
jangan dihina.
jangan disisih.
walaupun mereka berfikiran kolot!

bagi mereka yang sudah kehilangan ibu bapa,
Yassin dan Al-Fatihah
yang mampu dikirim
sebagai tanda kerinduan kita.
sesungguhnya,
doa anak yang soleh dan solehah adalah yang terbaik!

aku mohon pada kalian.
sama-samalah kita
mendoakan kesejahteraan kesihatan
ibu temanku, Hisham
yang baru selesai dibedah ususnya
kerana sakit apendiks
di Hospital Raja Perempuan Zainab (2), Kota Bharu.
moga ibunya sembuh dari penyakitnya.
kerana beliau sudah lama menderita.


3 kali aku tonton video ni.
3 kali itu juga air mata ini menitis.
dah lama tak peluk Umi.
walaupun beliau sedang berada di depan mataku!

gambar setahun lalu.
di majlis persandingan Abang Yo dan Kak Fifie.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

11 comments:

Aus MeLankoLik said...

alamak , tenet ku slow la..
tapi dgr gak la stat die..
akiu pernah dgr kalau tak silap..
hehehe..

em , yg penting . aku akn buat terbaik utk ibu .

enuLwanie said...

aus : saya amik ni dari facebook kawan.hehehehe

ASaDa RyutaRo said...

teringat kat mak ayah aku!!!

aku dah agak dah video ni td..uhh!

enuLwanie said...

asada : alalala..nnt cuti, balik la sini ye..jgn nangis2 ek?

akaqkaypoo said...

bengong la wanie ni...tghari2 ni br nk layan perasaan, tup2 kuar la lagu cmni..sajer je nk wt along berjurai airmata...waaaaaaa..nk balik!!!!!

enuLwanie said...

along : sila buktikan airmata anda.hahahahaha..kitorang smlm kutuk2 along tau!padan muka!














(rindusamakamu!)

Kuwe said...

pikir pikir balik.

saya sangat ego dengan mak bapak.
malu nak pelok ciom.

enuLwanie said...

kuwe : anda mahu pertahankan ego anda atau anda mahu peluk cium bila mereka sudah terbujur kaku?

et said...

sentiase rindu mereka.

embun d tengah malam said...

baiknya u

enuLwanie said...

et : ye, itu tanda anak solehah.auww...hehehehe..

embun d tengah malam : u ni asyik puji je..nak i belanja mkn ke?