Yang Sayang Aku

Thursday, March 4, 2010

Aku Memang Suka Baca Blog, Tapi...

aku memang suka blogwalking.

kadang-kadang, melepak depan laptop
sampai berjam-jam hanya untuk blogwalking.

ciri-ciri blog yang biasanya
aku suka lepak lama-lama :


*LAYOUT CANTIK DAN KEMAS*

ni first impression aku bila singgah blog.
aku tak suka layout yang serabut.
dah la widget banyak.
background pun boleh buat aku juling.

kalau boleh,
biarlah simple.
warna pun janganlah terlalu ceria sampai silau mata.
biarlah sederhana.


*BLOGGER CANTIK / KACAK*

tapi,
aku takde la memandang sangat
pada kecantikan blogger.
cuma nak ambil tips-tips
melalui diri mereka
dan cara mereka berpakaian.

semua orang sukakan keindahan, kan?


*GAYA PENULISAN*

aku tak suka karangan.
aku tak suka baca novel.
so, aku memang tak suka baca entri yang panjang.
sampai tiada perenggan langsung.

tapi, layan juga kalau blogger tu pandai
mengatur ayat supaya entri tu
nampak kelakar dan tak jemu dibaca.

aku juga tak suka entri yang terlalu puitis
sampai aku tak faham langsung.
maaflah, aku ni budak multimedia
dan pernah jadi budak sains.
so, tak pandai kiasan sangat!


*PERWATAKAN BLOGGER*

dari segi penulisan,
kita akan tahu macam mana
watak dan perwatakan seseorang blogger.

kalau lelaki,
tak sah kalau takde yang berbentuk 18SX!

kalau perempuan,
aku lebih suka baca entri yang ceria.
kadang-kadang, yang jiwa ganas lagi aku suka baca.


*GAMBAR*

aku lebih suka tengok gambar.
entri aku pun banyak yang aku letak gambar.
lagi banyak gambar,
lagi aku suka baca.

sebab orang kata,
"a picture tells a thousand words."


*BANYAK INFO*

sebenarnya,
kebanyakan info aku dapat dari blog.
isu semasa, ilmu akhirat
semua aku dapat melalui blog.

kalau kita berdakwah melalui blog,
orang lain baca dan amal.
betapa beruntungnya kita dapat pahala
seperti orang yang berjihad di jalan Allah!


*LAGU*

aku memang akan lepak lama-lama
kalau aku berkenan dengan lagu kat blog.

tapi potong stim la kalau tersekat-sekat!


*EJAAN*

takde la sampai kena eja ikut kamus DBP.
mengikut kesesuaian la.

tapi ni yang aku lemah ni.
ada yang tulis short form.
ingatlah, tak semua yang membaca blog kita
ni baya-baya kita je!

the letter "W" also make me annoy!
kalau sikit takpe,
ni hampir satu entri penuh dengan "W".
contoh : "tak sukew"

lemah sungguh.




terima kasih pada yang masih setia membaca blog aku yang
tak happening macam blogger lain.
tak kelakar macam blogger lain.

maaf kalau entri aku selama ni
terlalu membosankan!

tegurlah aku jika silap!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

18 comments:

Anisa said...

heee
suka suka jgk baca blog wani

Cik Bayu said...

anisa : ye ke? mekaseh ye nisa..wanie suka lagu kat blog nisa tau..

Unknown said...

miahaha!! ko sama ngan aku, aku pon tak suka ngan entry panjang2, hehehe!! wanie, blog aku ok tak ?? *wink*wink! miahahaha!! :)

Unknown said...

blog ni pun orait ape!

Cik Bayu said...

ieda : ok je.aku suka je baca.that's why la i follow u darling...

yobsumo : oh,thank u my scandal.ahakss...hahahhahaha ;)

-li.zue- said...

setuju dengan kesemuanya! hehe

Cik Bayu said...

li.zue : syg, bila mau ketemu?

anish said...

nice entry :)

anis myb ta byk komen ur blog, tp sume entri suke bace, byk pics, tak byk bebel. hehe :)

p/s: tengs add my fb X)

Cik Bayu said...

anish : alalala, miss ur comment la anish..wanie pun x suka bebel.lenguh mulut! hahahahahaha...

and thanx for approving it! ;*

myQza said...

patutlah x masuk blog aku. blog ak x de ciri2 semua tu :(

Cik Bayu said...

si tedi : maaf la..kdg2 singgah juga tp x komen je.maaf sbb dh lama x singgah.lepas ni, sy akan slalu jenguk kamu ye syg..

Wanie-san said...

suke blog yang penulis die cute miut!rase geram jew!hihi
wani..kite tulis la ape yg kite suke...=]

Cik Bayu said...

wanie-san :tulis je ikut kata hati.jgn ikut suka hati.erk..pe aku ckp ni?

Hafiz Yusof said...

entri u mmg la best2 sgt,,

i suka blog yg simple ..dan ayat yg simple

et said...

hoho.blogger kachak? macho x tmasuk?

Cik Bayu said...

embun d tengah malam : ala, malu la u ckp cmni...hehehehehe

et : sume boleh.macho, bdn tough. bergaya, mutu, keunggulan. sume la! hehehehe

Anonymous said...

heh. aku suka entri kau yang ni

Cik Bayu said...

shax : aku pun suka entri2 kat blog ko.sempoi giler..