Yang Sayang Aku

Tuesday, October 27, 2009

Nasi Goreng Chanmai.

habis saja kelas 3D Animation petang tadi,
perutku yang dari pagi tadi tak diisi terus berbunyi.
ditemani Busyra dan Suhaila,
kami terus menerjah kedai makan di depan kolej kami.
agak sedih sebab kedai favourite kami, Kedai Olan masih tak beroperasi sejak beberapa hari lalu.
yang ada hanya Kedai Patik.
kami kurang suka dengan kedai makan ni sebab makanannya agak kurang sedap.

dengan malasnya kami duduk menanti untuk dilayan.
setelah melihat menu,
aku masih tak tahu makanan apa yang mahu disantap.

lepas tu, mataku agak tertarik dengan hidangan Nasi Goreng Chanmai.
tanya waitress tu, apa tu Chanmai?
dia kata ala-ala Nasi Goreng USA yang aku makan semalam.
*yang lambat siap sampai rasa macam nak bungkus sebab gate kolej dah nak tutup!*


~~menu Nasi Goreng~~


aku pun dengan rasa curiousity yang tinggi untuk tahu
macam mana rupa dan rasa Nasi Goreng Chanmai ni
terus mengorder kat waitress tu.
"kak, Chanmai satu!"




akhirnya, inilah rupa Nasi Goreng Chanmai.
memang sama dengan Nasi Goreng USA
cuma nasinya berwarna merah.
jangan tertipu!
ia hanya pewarna.
macam Nasi Kerabu yang nasinya berwarna biru.

ready to eat!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

2 comments:

our stori mori *_* said...

wow..sedappp~~~~~~~~

Anonymous said...

pewarna byk tak elok tok kesihatan..hehe