tika ini jam di handphone ku menunjukkan 3.14 pagi.
mata bulatku tiada pula menunjukkan tanda mahu mengecil.
keseorangan dalam bilik ni
sambil menatap laptop comel yang mempunyai latar Manchester United di belakang skrin.
(MU hanya diminati oleh Abang Yo dan dia memaksa aku untuk memasangnya di laptopku. dia antara 'sponsor' utama hidupku.
so, jangan membantah wanie!)
belek saja mana-mana blog yang menarik untuk dibaca.
sudah tentu blog yang menarik bagiku adalah yang mempunyai imej dan visual.
kalau sekadar teks, agak membuatkan aku pening untuk membacanya.
tapi tak semuanya buat aku pening!
gaya penulisan yang menarik pun boleh buat aku tertarik.
nak online MukaBuku, tak dapat.
kolej aku mengharamkan social network.
agaknya bimbang student leka dengan dunia itu.
wah, caringnya mereka!
kalau tak,
dapat juga aku mengganggu hidup seorang dua Facebooker.
tak pun,
online saja Yahoo Messenger
walaupun aku dah tak punya peminat seperti dulu.
ahakssss!
nak harapkan sony ericsson k810i aku menyanyi
"kenapa bah kau berubah, kenapa bah?!"
ataupun sekurang-kurangnya sekadar
"cherry cherry boom boom...."
pun susah!
oh diriku,
sila hadapi pagi ini dengan senyuman....
No comments:
Post a Comment