maaf, lambat update!
16 Oktober 2009 lepas,
'Affan dan Atiqah telah mengadakan rumah terbuka.
mula-mula kami ke rumah Che Muhammad 'Affan di Seksyen 6 Wangsa Maju.
ye, aku nampak hidangan favourite aku!
nasi himpit dengan kuah kacang dan rendang daging.
terbaikkk!!!
apa lagi,
aku makan 2 pinggan.
tu pun banyak sekali ambil!
then, makan mee sup.
borak-borak kejap,
then makan lagi dessert iaitu agar-agar.
borak-borak lagi,
then makan pula biskut raya.
tu pun sebab nak ambil hati 'Affan.
takde orang jamah biskut raya dia.
mulut penuh dengan rendang daging!
khusyuk makan!
masa ni segan nak makan biskut raya sebab diorang sakan snap gambar.
sekarang beraya di rumah cik Nurul Atiqah di Pandan Mewah.
macam biasa, hidangan-wajib-ada iaitu
spagetti.
melompat keriangan la budak-budak ni sebab
spagetti mak tqa memang terbaik!
selain tu,
ada mee tomyam dan pulut durian.
yang ni paling melompat keriangan
adalah Busyra dan kak Ema.
tapi Busyra tak boleh makan banyak sebab masalah kesihatan.
masa ni,
perut aku memang tak mengenal erti kenyang.
makan banyak-banyak lagi
sampai aku meninggalkan jejak aku kat rumah tqa ni.
i'm sorry, tqa!
kami balik dengan perut betul -betul kenyang!
p/s : pukul 11.30 malam,
syuhada datang bilik aku.
"laparlah wanie!"
ish, biar betul budak ni!
snap lagi!
keesokannya,
kami ke rumah terbuka Siti Suhaila di Selayang.
aku mencari kalau-kalau masih ada nasi himpit dan rendang daging.
nasib aku baik!
makan lagi buat kedua kalinya!
ala, raya setahun sekali kan?
hidangan lagi best,
laksa penang.
lagi best sebab kami dapat merasa air tangan Suhaila sendiri.
memang sedap sangat!
aku makan 2 kali.
2 hari ni memang kaya la perut aku dengan hidangan
lazat + enak + sedap + terbaik!!!
ada lagi ke sesiapa yang nak ajak aku pergi open house?
perut tengah kosong ni!
eh, ada lagi ke open house???
bergambar dulu sebelum balik.
No comments:
Post a Comment