Yang Sayang Aku

Saturday, October 31, 2009

perut oh perut. kenapa kamu sakit?

sakitnya perut aku.
memulas sejak 2 hari lepas.
pagi tadi kemuncaknya apabila
aku telah menjadi pengunjung tetap toilet
sebanyak hampir 10 kali.
aku tak tahu makanan apa yang buat perutku menderita.
let me refresh!

hari Khamis :

lunch = chocolate moist cake + Nasi Putih berlaukkan Ikan Kembung Goreng dan Sambal Belacan berulamkan Kacang Botol.

dinner = tak makan!

hari Jumaat :

lunch = Nasi Lemak berlaukkan Rendang Daging kat KLCC (dengan Adam)

dinner = Nasi Goreng USA (tu pun makan 2-3 suap sebab tak larat!)

so, apa yang buat perutku meragam?
adui, sakitnya....

uppssss....
baru dapat call dari Hisham (bestfriend McD).
ajak hangout kat KLCC.(again?)
terus hilang ciritku!
so, jumpa kat sana ye.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, October 30, 2009

Adam And I.

hari ni first time aku jumpa Adam.
jumpa di KLCC.
jalan-jalan kat taman.
pastu kami decide nak tengok Jennifer's Body.
filem ni memang aku nak tengok sebab aku suka Megan Fox.
don't you think she's really gorgeous?

habis je tengok wayang,
kami pun rasa nak buat adegan romantik iaitu
picnic di Taman KLCC.
*jangan fikir lucah pula tau!*
kami beli snek dan minuman kat Cold Storage
then makan-makan sambil tengok orang yang lalu lalang.

what a beautiful day with him...

tickets for us!

my beautiful Megan Fox.

he's also think like that!

basahkan tekak kami.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, October 29, 2009

Cik City Abah.

Abah aku ada orang baru dalam hidupnya.
nama dia cik City.
cik City berasal dari Jepun.

Abah sayang sangat kat cik City.
hari-hari Abah belai-belai mesra cik City.
Abah tak berani bawa cik City masuk rumah sebab takut nanti Umi marah.
lagipun, cik City besar!
sebab tu Abah buat rumah khas untuk cik City.

kalau hujan, Abah sangat risaukan cik City.
hujan reda je, Abah terus mandikan cik City takut cik City demam.
kalau panas terik, Abah siap beli payung untuk teduhkan bontot cik City
walaupun rumah cik City dah cukup besar untuk cik City.

pernah satu hari, Putih kucing kami nak bermanja-manja dengan cik City
tapi entah macam mana Putih terkasar dengan cik City sampai tercalar badan cik City.
cik City tak mengadu tapi Abah dapat tahu.
terus Abah marah kat Putih sampai tak bagi Putih makan.

tapi Umi tak cemburu pun kat cik City.
baik kan hati Umi?
boleh dapat payung emas kat syurga nanti.
sebab Umi tahu, cik City tu hanya

sebuah kereta.

nama dia HONDA CITY!

~~hadiah pemberian dari abang Yo~~


cik City kongsi rumah dengan cik Kancil.







aku dan amee sempat naik cik City pergi Kuala Besut.
tengok badan cik City, masih berbalut!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, October 28, 2009

Autodesk 3ds Max 2009.

hari ni aku berjaya godek-godek software yang baru diinstall
untuk subjek semester akhir ni iaitu 3D Animation.

mulanya aku agak takut dengan subjek ni.
iyela, subjek Multimedia Authoring yang menggunakan software Macromedia Flash
untuk buat kartun 2D dalam assignment semester 4
tu pun aku tak boleh siapkan.
ini kan pula 3D!

tapi lepas lecturer aku bagi contoh-contoh filem dan students dia yang lepas buat,
aku jadi bersemangat.
akulah orang pertama yang install software ni tadi.
bersemangat tak aku??
tu pun lepas terdapat kekeliruan untuk activate software ni.

doakan aku berjaya menghadapi subjek 3D Animation untuk semester akhir ni ye....



ini lah yang bakal aku buat nanti.*mungkin*




~~ihsan gambar dari uncle Google~~

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Adam.


JINBARA - PATRI

Andai hati ini sang kecapi...
perasaan jadi talinya...
engkau memetik jari jemari...
berlagu irama duka dan lara...

Andai tubuh ini boneka...
nalurinya benang sutera...
engkau dalang mengawalnya...
ketimur keutara kemana jua...
aku hanya menuruti...
mengikut apa saja hukuman...

Andai diri ini taman tasik...
sang kirana pula jiwa raganya...
engkau menjaring dengan senyuman...
dan mengurungkannya dari segala...
namun diri ini insani...
pasti ada kemahuannya...

Kerna aku terpanah arjuna...
sedikitpun tidakku menyesali...
aku rela ditawanan...
aku rela terpatri cinta suci...
aku rela ditawanan...
aku rela terpatri cinta suci...


insan yang bernama Adam ini telah menceriakan dan mewarnakan kembali hidupku.
moga dia terus bertakhta di hatiku dan
tanpa jemu terus menyayangi diriku sepenuh hatinya.

aku sayang kamu, ADAM!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, October 27, 2009

Nasi Goreng Chanmai.

habis saja kelas 3D Animation petang tadi,
perutku yang dari pagi tadi tak diisi terus berbunyi.
ditemani Busyra dan Suhaila,
kami terus menerjah kedai makan di depan kolej kami.
agak sedih sebab kedai favourite kami, Kedai Olan masih tak beroperasi sejak beberapa hari lalu.
yang ada hanya Kedai Patik.
kami kurang suka dengan kedai makan ni sebab makanannya agak kurang sedap.

dengan malasnya kami duduk menanti untuk dilayan.
setelah melihat menu,
aku masih tak tahu makanan apa yang mahu disantap.

lepas tu, mataku agak tertarik dengan hidangan Nasi Goreng Chanmai.
tanya waitress tu, apa tu Chanmai?
dia kata ala-ala Nasi Goreng USA yang aku makan semalam.
*yang lambat siap sampai rasa macam nak bungkus sebab gate kolej dah nak tutup!*


~~menu Nasi Goreng~~


aku pun dengan rasa curiousity yang tinggi untuk tahu
macam mana rupa dan rasa Nasi Goreng Chanmai ni
terus mengorder kat waitress tu.
"kak, Chanmai satu!"




akhirnya, inilah rupa Nasi Goreng Chanmai.
memang sama dengan Nasi Goreng USA
cuma nasinya berwarna merah.
jangan tertipu!
ia hanya pewarna.
macam Nasi Kerabu yang nasinya berwarna biru.

ready to eat!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Through My Window

Bunkface - Through My Window

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it's just another day
Telling me why, I'll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there's me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there's
More than you and more than me

Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real



lagu ni bermakna sangat bagi aku.
kisah aku sama macam dalam iklan tu.
sayang dia!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

alkisah 3 pagi

pukul 3.00 pagi bak lagu P Ramlee dalam Madu Tiga.

kami berempat iaitu
Syazwani, Busyra, Emilia dan Syuhada
masih dalam keadaan segar bugar.
mereka sedang berteka teki tentang salasilah keluarga masing-masing.
aku baru saja habis bergayut setelah ada orang yang sanggup bersuper savers untukku.
mendengar mereka bertiga berteka teki buat aku tergelak sakan.
apa-apa je lah korang ni!

sedih tau,
Busyra cerita pasal kawan sekolah dia dulu.
then, dia bagi contoh kulit hitam macam aku.
hello, i'm not hitam tau!
coklat okey...
tak marah pun sebenarnya.
ahaksss!

lupa nak beritahu tentang kemarahan kami terhadap junior kolej kami tadi.
kononnya nak cari kasut wedges putih dia yang hilang.
yang membangkitkan kemarahan kami apabila
junior tu agak biadap dan kurang ajar masuk bilik kami dengan kerek sekali.
masuk sambil terjengah-jengah cari benda,
"maaf ye, nak cari barang hilang."
Busyra tanya, "barang apa?"
sepatah tak dijawabnya sambil mata masih meliar.
"takpe lah, maaf ye"
eh eh, orang tanya tak jawab.
masuk macam orang ajak je.
sungguh tak beradab!
kepada junior-bodoh-tak beradab,
kalau takut kasut Malam Gala ko tu hilang,
simpan la elok-elok!
yang ko letak kat luar bilik tu kenapa?
memang ko ni spesis sengal nak mampus!

p/s : fed up dengan perangai sesetengah junior yang dah tak tahu adab berkomunikasi dengan orang.
please la...jangan buat kami meluat dengan anda!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, October 25, 2009

Bajet 2010

aku tertarik dengan Bajet 2010.

pinjaman PTPTN akan menjadi biasiswa bagi
graduan lepasan ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf.

aku tak pasti ini merangkumi semua pelajar IPT di Malaysia atau pun pelajar IPTA saja.
kalau ia merangkumi semua pelajar IPT,
ini akan menaikkan semangat aku untuk terus sambung study
di peringkat degree di Multimedia University.
tak payah pening-pening fikir hutang yang perlu aku tanggung nanti.
cuma aku kena study sungguh-sungguh dan tak boleh main-main
bak kata umi aku.
selama ni aku asyik memikirkan samada nak further study ataupun cari pengalaman kerja dulu.

thanks a lot PM!

p/s : but still tak suka PM! sorry....


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, October 23, 2009

cherry cherry boom boom


tika ini jam di handphone ku menunjukkan 3.14 pagi.
mata bulatku tiada pula menunjukkan tanda mahu mengecil.

keseorangan dalam bilik ni
sambil menatap laptop comel yang mempunyai latar Manchester United di belakang skrin.
(MU hanya diminati oleh Abang Yo dan dia memaksa aku untuk memasangnya di laptopku. dia antara 'sponsor' utama hidupku.
so, jangan membantah wanie!)

belek saja mana-mana blog yang menarik untuk dibaca.
sudah tentu blog yang menarik bagiku adalah yang mempunyai imej dan visual.
kalau sekadar teks, agak membuatkan aku pening untuk membacanya.
tapi tak semuanya buat aku pening!
gaya penulisan yang menarik pun boleh buat aku tertarik.

nak online MukaBuku, tak dapat.
kolej aku mengharamkan social network.
agaknya bimbang student leka dengan dunia itu.
wah, caringnya mereka!
kalau tak,
dapat juga aku mengganggu hidup seorang dua Facebooker.
tak pun,
online saja Yahoo Messenger
walaupun aku dah tak punya peminat seperti dulu.
ahakssss!

nak harapkan sony ericsson k810i aku menyanyi
"kenapa bah kau berubah, kenapa bah?!"
ataupun sekurang-kurangnya sekadar
"cherry cherry boom boom...."
pun susah!

oh diriku,
sila hadapi pagi ini dengan senyuman....

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

R.I.N.D.U


D Masiv - Merindukanmu

Saat aku tertawa di atas semua
Saat aku menangisi kesedihanku

Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tau lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah sgalanya
Saat aku meratapi kekalahanku

Dengarkan aku ku merindukanmu

R.I.N.D.U
hanya itu perasaan aku!
biarlah hati ini saja yang bicara semua tentang
R.I.N.D.U

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, October 22, 2009

baring di lantai sambil layan lagu Love Story.


muka aku sekarang bukan macam ni sebenarnya.

sorang-sorang dalam bilik.
ditinggalkan roommate.

dia balik kajang.
aku mungkin balik cheras pagi esok.

bosan pula tiada teman bicara.
handphone pula agak sunyi tanpa mesej dan panggilan dari seseorang.
rindu tapi bimbang dikatakan over dan mengada-ngada
sebab kami hanya teman biasa.

tapi aku benar-benar menyayanginya.
hanya cinta dalam hati!
walaupun aku tahu yang dia tahu perasaan aku padanya.
egokah kamu untuk menerimaku
walaupun kamu juga pernah punya perasaan sama padaku?

Sting - Dalam Diam Aku Mencintaimu

entah mengapa ku rasa tak menentu
semenjak aku mengenali dirimu sayang
terbayang-bayang wajahmu dimataku
hingga tersentuh rasa indah dikalbu
apakah ertinya..

aku tak tahu mengapa aku rindu
inginku curah tetapi rasa malu
cubalah engkau mengerti isi hatiku
didalam diam aku mencintai mu..

kuharap kau faham perasaanku
yang kini dilamun rindu padamu
sesungguhnya aku telah jatuh cinta..
oh indahnya bila bersamamu....

moga engkau dapat terima
cintaku dengan ikhlasnya
janganlah engkau sia-siakan
harapan dan impian ku..

dalam diam ku mencintaimu.........

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

bicara manis menghiris di kalbu

ini adalah tajuk lagu yang tengah berputar dalam list Winamp.

dah pukul 2.30 pagi.
mata masih segar bugar.
dengan bertemankan lagu-lagu tangkap leleh
di Winamp,
aku telah berjaya mengedit gambar yang ada dalam simpanan laptopku.
sorry la sebab aku bukan mahir edit gambar.
sekadar kepuasan diri!

open house kat rumah 'Affan.

yes, i am photographaholic!

aku suka sangat muka aku masa ni. tak pernah aku buat camni! comel pulak...

ni lah roomate baru aku di kolej.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, October 21, 2009

Hey Ladies!!!

first time aku ditagged.
emilia yang first tag
then nik khairin and tqa yang dapat tag yang sama
pun nak forward kat aku.

aku memang suka bab-bab muzik ni.
muzik dan aku tak dapat dipisahkan
walaupun kadang-kadang
aku nyanyi dengan sumbang + lirik yang salah!
ada aku kisah???

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Mas Idayu - Senggol Senggolan Cubit Cubitan

2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Nakal - Gigi

3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Itu Kamu - Estranged

4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
Wali Band - Egokah Aku

5. WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Ella - Gemilang

6. WHAT'S YOUR MOTTO?
Spider - Jangan Kau Berputus Asa

7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Ungu - Disini Untukmu

8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Inul - Goyang Inul (adik beradik pompuanku semua starting dengan 'Ainul')

9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Siti Nurhaliza - Bicara Manis Menghiris Kalbu

10. WHAT IS 2 + 2?
Afgan - Bukan Cinta Biasa

11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Exists - Masih Terserlah Ayumu

12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Sweet September - Nak Kawin Duit Tak Ada

13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Siti Nurhaliza - Wanita

14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Sting - Dalam Diam Aku Mencintaimu

15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Mas Idayu - Cintaku 100% (aku suka dangdut!)

16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Hujan - Bila Aku Sudah Tiada

17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Objek Bulat - Oh Khayalanku

18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Padi - Menanti Sebuah Jawaban

19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET
Ungu - Kekasih Gelapku

20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Dewa 19 - Sedang Ingin Bercinta (siapa mahu jadi pacar saya?)

21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Siti Fairuz - Bila Rindu Ku Sebut Namamu

22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Rossa - Hey Ladies

nak tag pada :
busyra ~roomate aku~
syuhada
bee Ramza
ide anje
wawa DTE
nisa
hariati

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wajib Tayang

PAPADOM
filem Malaysia yang memang Wajib Tayang.
memang ini filem tempatan pertama yang aku nak bagi 5 bintang!

walaupun banyak unsur humour,
tapi sarat dengan pengajaran.
betapa sayangnya papa Dom kepada Mia!
filem ni dah lama dalam list filem yang aku nak tengok
sejak Afdlin Shauki menang banyak awards di Festival Filem Malaysia ke-22.

bila tengok cerita ni,
memang aku gelak tak henti-henti!
setiap lawak memang sempoi dan bersahaja.
dari mula sampai akhir cerita ni
ada saja lucunya!
at the end cerita ni,
ada yang buat aku sedih dan mengalirkan air mata.

tamat saja cerita ni,
semua penonton tepuk tangan.
memang terbaikkk la filem ni!!!

berbaloi-baloi aku habiskan duit untuk Papadom hari ni.
malam ni perut aku akan kosong tanpa makanan
sebab purse aku juga kosong tanpa duit, even syiling!


greatest local film this year!

'hantu' Mun sentiasa ada bila Dom memerlukannya.

Saadom dan Mia Sara.

~~~semua gambar di atas adalah ihsan uncle Google~~~

p /s : muka Abang Yo aku sebijik macam Afdlin Shauki.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, October 20, 2009

hari-hari kekenyangan buat kami!

maaf, lambat update!

16 Oktober 2009 lepas,
'Affan dan Atiqah telah mengadakan rumah terbuka.

mula-mula kami ke rumah Che Muhammad 'Affan di Seksyen 6 Wangsa Maju.
ye, aku nampak hidangan favourite aku!
nasi himpit dengan kuah kacang dan rendang daging.
terbaikkk!!!
apa lagi,
aku makan 2 pinggan.
tu pun banyak sekali ambil!
then, makan mee sup.
borak-borak kejap,
then makan lagi dessert iaitu agar-agar.
borak-borak lagi,
then makan pula biskut raya.
tu pun sebab nak ambil hati 'Affan.
takde orang jamah biskut raya dia.

mulut penuh dengan rendang daging!

khusyuk makan!

borak sambil makan agar-agar.

muka-muka kekenyangan!

masa ni segan nak makan biskut raya sebab diorang sakan snap gambar.


sekarang beraya di rumah cik Nurul Atiqah di Pandan Mewah.
macam biasa, hidangan-wajib-ada iaitu
spagetti.
melompat keriangan la budak-budak ni sebab
spagetti mak tqa memang terbaik!
selain tu,
ada mee tomyam dan pulut durian.
yang ni paling melompat keriangan
adalah Busyra dan kak Ema.
tapi Busyra tak boleh makan banyak sebab masalah kesihatan.

masa ni,
perut aku memang tak mengenal erti kenyang.
makan banyak-banyak lagi
sampai aku meninggalkan jejak aku kat rumah tqa ni.
i'm sorry, tqa!

kami balik dengan perut betul -betul kenyang!

p/s : pukul 11.30 malam,
syuhada datang bilik aku.
"laparlah wanie!"
ish, biar betul budak ni!

baru sampai rumah tqa.

ha, berebut nak melantak!

nak curi pulut durian kak ema!

snap lagi!

keesokannya,
kami ke rumah terbuka Siti Suhaila di Selayang.
aku mencari kalau-kalau masih ada nasi himpit dan rendang daging.
nasib aku baik!
makan lagi buat kedua kalinya!
ala, raya setahun sekali kan?
hidangan lagi best,
laksa penang.
lagi best sebab kami dapat merasa air tangan Suhaila sendiri.
memang sedap sangat!
aku makan 2 kali.

2 hari ni memang kaya la perut aku dengan hidangan
lazat + enak + sedap + terbaik!!!

ada lagi ke sesiapa yang nak ajak aku pergi open house?
perut tengah kosong ni!
eh, ada lagi ke open house???

bergambar dengan tuan rumah.

tunggu turn nak ambil makanan.

air tangan Suhaila.

jangan kacau aku tengah syok layan laksa penang!!!

bergambar dulu sebelum balik.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.