Ya Allah,
ujian apa yang kau timpakan pada aku?
bala apa yang kau turunkan pada aku?
aku tak kuat, Ya Allah.
salahkah aku mencintai orang?
kenapa orang lain tak pernah hargai diri aku?
bermacam-macam aku buat untuk membahagiakan dia.
aku sayangkan dia.
tapi akhirnya dia sanggup tipu aku.
dia tak cintakan aku.
dia mainkan perasaan aku.
butakah aku untuk tidak nampak apa yang dia dustakan?
bodohkah aku waktu menerima kehadirannya dalam hidup aku?
aku tak larat, Ya Allah.
aku tak larat nak tanggung ujian-Mu ini.
kenapa Dia selalu berikan aku orang yang salah?
sampai bila Dia mahu sembunyikan orang yang selayaknya dengan aku.
aku perlukan kekuatan.
aku hilang kekuatan itu.
aku perlukan ketabahan.
aku tercari-cari ketabahan itu.
sekarang, aku jatuh terduduk.
tanpa sesiapa di sisi.
1 comment:
sbr la...Dia selalu menguji hambaNya kerana Dia tahu apa yg terbaik..jgn cpt melatah dlm menempuhi dugaan...
Post a Comment