Yang Sayang Aku

Friday, March 18, 2011

Lelaki Dan Perempuan Tak Boleh Berkawan Baik?

tadi aku terbaca blog Ery Farieha.
boleh ke??

kalau aku, aku cakap boleh.
aku ada teman baik berjantina lelaki.
kalau yang belum tahu, aku gelarkan dia Mr BFF.
kalau kalian nak tahu persahabatan kami dah berusia 3 tahun.
kalau ada anak seusia ni, dah boleh membaca.


kenapa aku nak cerita kat kalian lagi?
lagipun, mungkin ada antara kalian kata
aku ulang cerita sama berpuluh-puluh kali tentang Mr BFF.
aku tak kisah.
aku tak malu.
sebab untuk cari teman seperti Mr BFF,
aku kerat jari kalau boleh jumpa.

sanggup temankan aku ke mana aku nak pergi.
sanggup nasihatkan aku kalau aku silap langkah.
sanggup bantu aku selagi dia termampu.
berapa orang antara teman kalian yang sanggup buat macam tu?

masa ni sama-sama jadi exco MPP.

dia bukan kekasih aku.
malah dia melayan aku lebih dari apa seorang kekasih inginkan.
maksud aku, melayani karenah dan sanggup berkongsi masalah dengan aku.
tapi dia tak pernah ambil kesempatan ke atas aku.
itu yang aku sanjung dia.

antara kami tiada perasaan terselindung.
dia ada girlfriend.
girlfriend dia pun tahu pasal aku.

bagi aku, tak ada masalah untuk berkawan.
selagi kita tahu batas-batas yang perlu kita jaga.
kalau kita berkawan dengan perempuan saja pun,
kita akan dilabel lesbian.
lelaki berkawan dengan lelaki pun orang boleh cop dia gay.
sebab semua tu atas diri masing-masing.

dia ni memang terlalu memahami aku.
aku tak perlu cerita lebih-lebih.
dia dah tahu dah!

kadang-kadang kita tak perlu dengar sangat kata-kata orang.
sebab orang tak pernah tahu hidup kita.
cukup sekadar kita dan teman-teman kita yang tahu siapa diri kita.
orang lain tak boleh halang dengan siapa kita nak berkawan.

tepuk dada, tanya iman!


gambar pertama kami bersama.
waktu ini masa semester tiga.

lepas presentation website masing-masing.

 ni tempat kami suka lepak dan makan-makan.
kalau tak datang sini pun,
 tempat makan kami mesti area Kampung Baru juga.

tanda persahabatan kami.
lepas habis bateri, aku dah tak pakai jam ini.
tapi dia masih setia pakai jam ini.

minat yang sama. fotografi.
kami sama-sama jadikan minat ni sebagai satu pendapatan.



Insyallah, kami akan sama-sama sambung pelajaran.
sama ada tempat yang sama atau tidak, itu tidak menjadi masalah.

dan walaupun tak mungkin friendship ni last forever,
tapi sekurang-kurangnya kami masih mampu mengekalkan persahabatan kami.




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

Ery Farieha said...

nice thing.
hope bebetul kawan lah
coz korang nampak suit lah
opsss :P

enuLwanie said...

ery : alamakkk!! ;p
marah awek dia jap lagi..

Taufan Ribut said...

scandel...scandel.scandel..hahahah..^_^

enuLwanie said...

taufan : xde maknanya skandal mandal.
(ada ke perkataan camtu?)

hahaha..kawan baik tetap kawan baik.