Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri
Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu
Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu
Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
aku suka lirik dalam lagu 'Awan Nano' ni.
tambahan pula dengan klip video yang menyentuh perasaan aku.
sebenarnya bila aku tengok klip video ni,
aku jadi rindu sangat kat Umi.
setiap bulan aku merancang nak balik kampung.
tapi setiap kali aku merancang, ada saja yang mengganggu.
jadual kerja yang tak menentu,
masalah kewangan pun tak pernah surut.
entah bila dapat aku mencium pipi dan menatap wajah Umi.
ulangtahun kelahiran Umi pun aku tak sempat balik.
hadiah pun tak ada.
call pun tak sempat sebab kredit handphone tak cukup.
Umi faham kan?
Umi pun tahu kan,
Wanie tetap sayangkan Umi.
Wanie tetap rindukan Umi.
tapi ingatanku terhadapmu tak pernah surut.
Umi,
mungkin terlewat untuk anakmu ini mengucapkan
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE-51.
moga dirimu senantiasa di bawah lindungan rahmat Allah.
moga dirimu senantiasa diberkati Allah.
moga dirimu dipanjangkan usia, dikekalkan kesihatan dan dimurahkan rezeki.
inilah Awan Nano aku.
p/s : moga hatimu lembut untuk menerima siapa jua peneman hidupku.
No comments:
Post a Comment