Yang Sayang Aku

Thursday, March 24, 2011

Mahukan Breakfast Yang Simple? Cuba Ini.

resepi ni boleh digunakan oleh orang yang malas memasak pagi-pagi
atau nak makan makanan yang simple sebagai permulaan hari.
pun boleh dijadikan makanan bajet di hujung bulan.

 bahan utama : roti keping dan telur.
sosej ni sebagai optional sahaja.

 telur tu kena kacau hingga sebati.
nak lagi sedap, tambah white pepper.
ups, jangan lupa tambah secubit garam!

gulungkan sosej dalam roti keping.
dan lumurkan bahagian akhir roti dengan telur sebagai gam.
*sebelum digulung, pastikan sosej digoreng dulu!*

lepas tu, celup dalam 'lautan' telur tu.
pastikan semua bahagian dicelup.
nak lagi sedap, taburkan oat, nestum atau bijan di bahagian luar roti.
terus digoreng dengan api yang sederhana dalam minyak pun sederhana.

 nah, dah siap.
senang saja kan?

 kalau tak nak letak sosej pun boleh,
celup roti keping dalam telur dan terus goreng.
pastikan roti keping tu dipotong dua atau dipotong empat
bagi senang sikit untuk kerja menggoreng.
tapi kena goreng sekejap je tau.
dalam 30 saat je.
nanti hangus pula!

nak makan begitu saja pun boleh.
nak lagi sedap, makan dengan sos atau kaya.


SELAMAT MENCUBA!



blurrpppp.. alhamdulillah!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

3 comments:

hey here . said...

wani..
lamo tak make roti sosej tuuu..
kalu wani balek ,wani wat tau..

enuLwanie said...

insyallah..acik wt sndiri pun boleh kan..

hey here . said...

tok samo nga wani wat...
huhuhuhu