Yang Sayang Aku

Sunday, February 20, 2011

Sifat Lelaki Perlu Diketahui Wanita.

5 sifat lelaki yang perlu kamu ketahui.
penting untuk mengekalkan keharmonian dalam perhubungan.

1. Ego Dan Pantang Dicabar.
memang sejak azali lagi, mereka dikurniakan sifat ni.
sebab tu adanya golongan mat rempit.
sebab mereka ni pantang dicabar.
*lari topik!*
mereka lagi pantang dicabar oleh kaum perempuan.
seolah-olah kamu mencabar kejantanan mereka!

2. Keras Kepala.
lelaki tak suka orang melawan cakap dia.
dia nak semua orang ikut cakap dia saja!
A katanya, maka kamu kena kata A juga.
jangan cuba nak kata B ataupun C.


3. Tak Suka Ulang Ayat Yang Sama.
jangan ditanya soalan yang sama kepada mereka.
pasti akan membangkitkan kemarahan walaupun kamu hanya mahu
mendapatkan kepastian.
kalau mereka kata itu, itulah jawapannya.
jangan disangkal lagi!

4. Dalam Hati Ada Taman.
kalau kamu rasa lelaki tu bersifat ganas,
cuba kamu tunjukkan sifat kelembutan kamu.
pasti cair dan terserlah sifat bunga-bunga dalam hati.

5. Pantang Tengok Perempuan Cantik.
itu normal!
siapa yang tak sukakan keindahan dan kecantikan?
tapi itu hanya pandangan sepintas lalu.
dalam hatinya, masih ada kamu yang bertakhta.
jadi, jangan terlalu cemburu bila bercakap dengan mereka,
pandangan mereka akan tiba-tiba terarah kepada hot chick yang lalu di sebelah kamu.

6. Suka Orang Yang Menjaga Penampilan.
jadi untuk mengatasi kes #5,
jadilah seorang yang mementingkan penampilan diri.
pandai menjaga badan dan wajah.
tapi jangan terlalu obses!
sampai tak makan sebab diet.
jangan dibiarkan wajah berjerawat untuk tempoh yang lama.
cepat-cepat kasi buang.
kan banyak produk anti-jerawat sekarang ni!

7. Jangan Halang Minat Dan Hobi.
siapa yang suka bila sesuatu yang menjadi passionnya dihalang.
umpama orang menghalang kita pergi shopping.
mesti kita naik angin kan?

8. Tak Suka Dikongkong.
lebih kurang seperti #7.
jangan selalu tanya ke mana dia pergi dan apa yang dia buat.
*lainlah kalau dia yang inform!*
tak semua benda kita kena share dengan orang.
kita memerlukan privasi dalam hidup.
walaupun bergelar suami isteri, masih memerlukan privasi.
apatah lagi kita sebagai couple!

9. Jangan Bercerita Tentang Lelaki Lain.
jangan sesekali ungkit cerita tentang lelaki itu dan lelaki ini.
terutama sekali kehebatan lelaki dan kekaguman kamu terhadap mereka.
bercerita sekali saja tak mengapa.
kalau dah sampai berulang-ulang kali dan dia pun dah boleh hafal ayat kamu,
boleh buat dia naik rimas!
bagi dia, seolah-olah dia useless di mata kamu!

10. Tak Suka Sebut 'I Love You'.
susah nak dengar dia cakap 'saya sayang awak'.
mungkin di saat perkenalan saja, dia akan sering mengungkapkan kata cinta.
tapi jangan pula kamu risau dia tak sayangkan kamu.
sebab lelaki lebih suka tunjukkan kasih sayangnya dari mengucapkannya.




lelaki yang mahu main-main, ramai.
lelaki yang mahu main, lagi ramai.
lelaki yang mahu cinta sejati, jarang!


*gambar selingan*



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

1 comment:

Anonymous said...

awak ni awek patam ke?

http://braderpatam.blogspot.com/