Yang Sayang Aku

Saturday, February 5, 2011

Kerajaan WAJIB Halang Konsert Mohsen Namjoo! WAJIB!




++ Nota: Andai negara kita mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama rasmi, maka pemimpin atasan harus dan wajib bertindak ke atas orang yang berada dalam gambar ini. Ikuti sekerat cerita yang dipetik dari laman blog saudara Faisal Tehrani berkenaan dengan hal si Mohsen Namjoo yang berfaham songsang, dan bakal menyongsangkan pemikiran anak muda kita yang menonton konsertnya. Persoalannya, siapa si Mohsen Namjoo? :)

++ Diharapkan agar saudara seagama dan setanah airku dapat menyebarkan info yang maha penting ini demi menjaga kesucian agama yang kita anuti selama ini. Apalah guna punya ulama, andai ulama kurang peka dengan hal seperti ini. Selamatkan akidah anak-anak muda kita dari terus dibuai irama lagu berlirikkan hinaan kepada Baginda Nabi s.a.w. Sekali lagi aku katakan, apalah guna punya negara yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya andai tiada tindakan dibuat bagi menghalang kemaraan musuh yang mulai menyusup masuk, dan mungkin telah lama berada di negara kita yang tercinta. Sila sebarkan info ini sebelum konsert dimulakan pada tarikh yang ada dalam gambar di atas.






dalam Surat S.M. Mohamed Idris, pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) :

Beliau ikut membantah kehadiran dan rancangan konsert seorang penyanyi Iran bernama Mohsen Namjoo di Kuala Lumpur pada 18 November 2011 di KLCC Convention Centre (lihat sini). Kita pun tahu ada sejumlah rakyat Iran yang telah murtad bermastautin di negara ini. Antara kerja celaka mereka ini adalah mengedar dadah dan merosakkan citra ajaran Islam dengan tingkah laku mereka. Mohsen Namjoo, penyanyi biadab dan tidak guna ini adalah idola mereka. Si bodoh ini telah menghina al-Quran dan menyanyikan lagu-lagu dengan elemen cabul, lucah, erotik, kurang ajar dan tidak senonoh.

Ketika hubungan Malaysia dan Iran dalam keadaan kurang selesa ekoran tindakan JAIS menganiayai masyarakat Syiah di Malaysia sambil menfitnah ajaran Syiah yang bukan-bukan; tindakan membenarkan seorang penyanyi yang telah menghina kitab suci al-Quran menunjukkan kita di Malaysia berada dalam keadaan 'yang lebih sesat' kerana mengizinkan seorang penyanyi jahat, Mohsen Namjoo pengejek Islam membuat persembahan di Kuala Lumpur. Konsert menghina al-Quran dan Nabi Muhammad seperti ini eloklah diserbu pihak berkuasa agama.









* Sekiranya Mohsen Namjoo tetap menyanyi di Kuala Lumpur, tidak ada sesiapa yang rugi melainkan mereka yang membenarkan beliau menjejakkan kaki di sini (meskipun setelah ditegur dan diingatkan). Siap-siapkan jawapan di akhirat kelak.




~~ihsan artikel dari Faisal Tehrani dan Ampuan Awang.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

No comments: