Yang Sayang Aku

Thursday, March 24, 2011

Kehidupan Seorang Bakal Penganggur.

maka,
bermulalah pencarian kerja baru hari ini.
sebenarnya kontrak kami tamat 25 Mac ni.
tapi takkan nak tunggu sampai 26hb baru nak cari kerja.
peluang cuti 2 hari kalau boleh, tidak mahu disia-siakan.
cuba menghantar resume ke seberapa banyak company di sekitar KL.

Ayu ( teman sekolej), Ain dan Aril.
 sepanjang Jalan Sultan Ismail kami redahi.
dari Wisma Genting ke Wisma KFC.
kami sempat walk-in interview di Wisma Genting
setiap hari Rabu memang ada walk-in interview di sana.
tapi rupa-rupanya kerja di Genting Highlands.
aku nak kerja di Wisma Genting, bukan di Genting Highlands!

nasib kami kurang baik sebab kami cari kerja masa lunch hour.
jadi, kami hanya drop resume kami di beberapa company sekitar sana
dan mengharapkan mereka akan hubungi kami balik.
harap-haraplah!


lepas cari kerja,
Ayu minta undur diri untuk ke kembali ke tempat kerja dia.
kami pula ke Midvalley Megamall mencari sedikit kegembiraan.



 menjamu selera di Domino's Pizza.
dah lama tak makan pizza.
Domino's Pizza lagi sedap dari Pizza Hut.
setuju tak?

lepas tu, terus mencari panggung wayang.
filem pilihan, Hikayat Merong Mahawangsa.
filem epik yang hebat!
disebabkan pengaruh filem tu,
aku terus tukar nama kat Facebook menjadi Cik Embok.




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

2 comments:

Anonymous said...

hai nk tnya kat wisma kfc de post pe ye, cz sy ada walk in intervw..pk nk g ke xnak..cz sy kat penang

Cik Bayu said...

saya pun just walk-in je ari tu.
masa tu lunch hour, just drop resume je kat guard.
sy rs byk kot position yg ada kat wisma kfc tu. try n error je la..insyallah, kalau ada rezeki dia akan call.