Yang Sayang Aku

Thursday, March 17, 2011

Aku Bodoh!

kenapa hidup ini terlalu complicated?
atau aku sendiri penyebab ianya menjadi complicated?

aku tak tahu dari mana mahu mulakannya.

disebabkan pengalaman hidup yang tidak dididik dengan kemewahan,
jadi aku tidak lokek untuk membantu orang di sekeliling aku.
tapi aku BODOH!
ke'tidak-lokek'an aku akhirnya makan diri sendiri.
orang yang aku pernah bantu, selepas waktu senangnya, lesap!
akhirnya aku seperti pengemis tapi mengemis duit sendiri.
sungguh BODOH!!

begitu juga dengan cinta.
aku masih meminta sesuatu pengharapan 
walaupun aku dan dia tahu pengakhiran hubungan kami bukan dengan ikatan sah.
aku sayang dia.
sudah lebih 5 tahun bersama.
tapi kesudahannya, tiada!
ingin aku mencari pengganti dirinya.
tapi tiada yang seakan dengannya.
melayan aku dengan penuh kasih sayang.
membelai aku dengan kemesraan.

aku sudah lama tahu kesudahan cerita kami.
tapi kenapa aku masih berdegil?
sebab aku BODOH!
ye, BODOH!!



aku penat.
aku tidak tabah.
aku tidak kuat.
aku tidak mampu.
menghadapi hidup ini seorang diri.

kosong.
jiwa aku kosong.
aku perlu kembali kepada cinta Dia.
aku perlukan kekuatan dari Dia.




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

1 comment:

Anonymous said...

sabar jela ..