pukul 3.00 pagi tadi,
aku tersedar bunyi kunci pintu rumah.
ada orang sedang keluar dari rumahku.
apa Abang Yo dan Kak Fifie buat pagi-pagi buta ni?
setahu aku, kedua-duanya kerja pagi ni.
tapi takkan awal sangat keluar.
biasanya pukul 6.30 pagi, mereka pergi kerja.
tak pe la, ini rumah mereka.
mereka berhak buat apa saja.
aku nak sambung tidur,
tapi gusi yang sejak semalam membengkak
makin menjadi-jadi sakitnya.
dah penat guling-guling,
baru dapat tidur.
pukul 5.30 pagi,
aku bangun untuk bersiap-siap pergi kerja.
aku dengar bunyi kunci rumah dari luar.
mereka dah balik agaknya.
"Wanie, Kak Fifie masuk wad.
nak bersalin dah!"
lantas aku gunakan alasan ini untuk tak mahu pergi kerja.
padahal, bukan aku yang nak bersalin.
apatah lagi, aku bukan bapanya.
lagipun, sakit gusi ni makin teruk pula.
aku terus ikut Abang Yo ke wad bersalin.
Kak Fifie kata, sudah bukaan 5 cm.
tapi dia nampak masih ceria dan mungkin sedikit nervous.
pukul 10.35 pagi,
lahirlah anugerah Ilahi ke atas pasangan bahagia ini.
inilah wajah anak saudaraku.
my handsome boy!
masa ibu dan ayahnya tinggalkannya pada aku,
dia asyik menangis.
mahu susu.
kalau aku ada, dah lama aku bagi.
tak mahu melihat dia menangis.
comel sangat anak saudara aku ni.
bibirnya macam bibir ibunya.
mungil.
tembamnya macam ayahnya.
harap tak boroi bila besar nanti.
"ni lah muka Cik Tam masa tunggu kamu, sayang!
Cik Tam sakit gusi sangat-sangat masa ni.
tapi sakit tu Cik Tam tak rasa sangat sebab
Cik Tam tak sabar nak tengok wajah kamu."
sebenarnya,
2-3 hari sebelum tu,
mereka sudah terlebih dahulu mendapat 'anak'.
4 ekor anak arnab dari pasangan arnab yang kami bela.
malam tu,
sibuk la mereka mencari laman web tentang penjagaan 'anak-anak' ni.
Cici (warna putih, jantan) dan Mimi (warna kelabu, betina).
comel sangat.
(tapi sebenarnya, aku geli dengan kulitnya.lembik je!)
9 comments:
tahniah dpt anak buah
embun : mekaseh..mekaseh...
tahniah jadi makcik
hehehehe
hans : makcik yg vogue gitu!hahaha
wanie ada arnab yer?
bestnyerrr..ai teringin sgt nk arnab
dr dulu lagi xkesampaian
tp geli la tgk merah2 cmni, mcm anak tikus dah..hahaa
anyway
congrats 4 ur nephew~
maira : arnab ni mmg nmpk comel.tp nk jaga dia mmg xleh amik mudah.dia xleh mandi mcm kita mandikan kucing.ada caranya.klu x, boleh mati.
satu lagi, klau dia dah start beranak, dia akan cpt mengawan dan beranak lagi.
kalau maira ada masa utk sume tu, ok la..
pape pun, try la.amik sbg pengalaman.
nyway, thanx for da wish..
comel!!!!
meo : mekaseh..sape lebih comel, anak buah ke cik tam dia?
meo : mekaseh..sape lebih comel, anak buah ke cik tam dia?
Post a Comment