Yang Sayang Aku

Friday, May 7, 2010

Apa Khabar Semua Teman-temanku?

dah 2 minggu aku tak update blog.

macam-macam perkara yang aku telah miss.

sedih sebab baru tahu ada gathering bloggers di Port Dickson.
baru ingat nak join.
tapi esok dah mereka nak pergi.
melepas....

al-Fatihah buat bro Sham yang telah meninggal dunia
pada 4 Mei lalu.
sedih bila mengenangkan aku pernah rapat dengannya
dalam dunia maya ni.
aku sangat terkejut dan aku baca sampai 3-4 kali untuk memastikan
apa yang aku baca ni sahih.
last berita yang aku dengar pasal dia
sebulan lalu bila dia hantar kad kahwin melalui Facebook.
moga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
amin...

ramai juga yang bertanyakan kerja yang aku buat sekarang.
aku pernah rasa tension!
pernah rasa pressure!
pernah rasa nak berhenti!
pernah rasa nak cabut lari je!

tapi bila mengenangkan cabaran yang diberikan oleh orang atasan,
aku sahut.
aku tak nak dikatakan pengecut dan mudah berputus asa!
biar orang kata aku lembab,
tapi sekurang-kurangnya aku belajar.
tamparan paling hebat bila orang kata,
ada diploma tapi kerja macam kuli batak.
kena maki!
gaji aku pula tak sehebat gaji sesetengah teman ofis aku.
gaji mereka berdasarkan komisen mereka.
gaji aku cuma berdasarkan overtime yang aku buat
kerana aku hanya seorang kerani.

dan bila baca komen untuk entri lepas dari seorang anonymous,
aku rasa aku tak perlu ulas panjang.
cukup untuk aku katakan,
aku seorang yang menghargai teman-teman aku.
aku tak kisah la kalau orang nak kata aku syok sendiri.
sebab aku tahu, aku dan dia hanya teman biasa.
kalau ditakdirkan jodoh aku dengan dia,
itu kuasa Allah.


gambar ni masa Form 6.
di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.
ada kursus motivasi menjelang exam STPM.
muka aku masa ni nerd gila!

terima kasih kepada Nur Ahlina Mahadi
kerana sudi mengimbau kenangan kita dulu-dulu.
aku rindu teman-teman sekolahku
di SMK Zainab (1)
dan
di Sultan Ismail College (SIC).

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

4 comments:

GhOsToNe said...

huhh..
xpe lew..keje leklok..
jnji halal okeyh!

Kapten said...

uit
dah kerja rupanya
kerja memang tensen
kat mana2 pon



Latest Entri: Ciri Wanita Yang Menawan Lelaki

Kapten said...

uit
dah kerja rupanya
kerja memang tensen
kat mana2 pon



Latest Entri: Ciri Wanita Yang Menawan Lelaki

enuLwanie said...

ghostone : mekaseh sbb msih sudi bg sokongan kat saya... ;)

kapten : oh, ah fatt yg sy rindui..sy mmg tensen.tensen ari2.