Yang Sayang Aku

Sunday, May 30, 2010

Tak Siapa Pedulikan Dia.Kesian....

masa keluar 'dating' dengan Abang Yo,
terpandang motor Along
yang lama ditinggalkan.
tak dibawa pulang ke Johor bersama.

tak siapa peduli.
tak siapa ambil kisah.

enjin dah lama tak dipanaskan.
badan dah lama tak dicucikan.

aku mana tahu pasal penjagaan motor ni.
minyak hitam ada ke.
meter ok ke.

teringat pula,
zaman naik motor dengan Along.
dari Shah Alam ke Cheras.
masa tu, Along duduk Seksyen 7.
ulang alik pergi kerja kat Bandar Tasik Permaisuri.

motor ni dari Abah, dapat kat Along.
dia bawa motor since belajar kat UiTM Shah Alam.
dia sayang sangat motor ni.
kira sentimental value la!

Along ni ibarat macam 'minah rempit'.
bawa motor laju.
tapi, berhemah.
tak pernah aku dengar Along accident bawa motor ni.

tapi, sekarang kesian pula.
berdebu.
memang terbiar tak terjaga!

debu kat seat tak payah cakap la.
boleh conteng-conteng lagi.



p/s : rindu Along!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, May 29, 2010

Hari Yang Teruk Tapi Mujurlah Hero Ada.

pernah tak rasa pengalaman
berjalan kaki dari Bukit Bintang ke Maluri?

dalam poket satu sen pun takde.
terpaksa balik Taman Midah jalan kaki.

di tengah-tengah panas terik.
muka dah nak rentung.
peluh kat belakang dah boleh perah.
kaki dah nak cramp.
tangan dah gigil
sebab perut cuma beralaskan 2 gelas teh suam di ofis.

pegang handbag kuat-kuat.
takut kena ragut.
'pegang' diri kuat-kuat.
takut kena rogol.

dalam perjalanan,
asyik fikir apa tajuk sesuai untuk update blog?
3 kali 'draft post' dalam otak.

nak tulis ayat sedih ke ayat pilu?
ke ayat-ayat cinta?
pelik tu!

tapi nasib baik lah,
Hero datang.

biasalah.
Hero takkan muncul awal-awal.
bila Heroin dah betul-betul susah,
barulah Hero tunjuk ke'hero'annya.

thanks Hero.
you cheer up my day.
as usual,
you never let me down.

nasib baik Hero ada.
kalau tak,
tak tahu lah macam mana keadaan Heroin sekarang!



nanti,
Heroin belanja Gourmet Chicken Burger ye?


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, May 28, 2010

Orang Dipaksa Kerja Macam Inilah Gayanya.

hari ini dengan malasnya aku pergi kerja.
dah la, hari ni public holiday
tapi kena kerja.
rindu nak bangun lewat macam zaman kolej dulu.

macam biasa, aku antara muka-muka awal yang sampai office.
sebelum pukul 8.00 pagi dah terpacak.
padahal kerja start pukul 9.oo pagi.

ingat nak beli nasi lemak ayam goreng kat gerai akak Indon.
tapi tutup pula!
yang bestnya tentang akak ni,
dia dah tahu dah aku mesti minta nasi lebih.
tapi harga maintain murah!

bila dah bosan kat office,
apa lagi.
posing senget la!

mula-mula, tunjuk muka 'comel'.

bila dah penat posing, mulalah tunjuk muka 'comot'.

ni saja kerja yang aku buat hari ini.
jaga reception.
ganti receptionist yang keluar lunch.

satu kerja pun takde.
baik aku tidur kat rumah.
lagi masyuk!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, May 26, 2010

Department Baru Dan Jerawat Baru.

minggu ni merubah sedikit perjalanan kerjaya aku.
aku bertukar department kerana department sebelum ini
telah diterminate.

ini meja baru aku.
lebih selesa.
lebih relax persekitarannya.
pendek kata, aku happy dengan department baru
walaupun rindu teman-teman department dulu.

jerawat makin membesar.
dah lama tak tumbuh sebesar ni!
orang tua-tua kata,
kalau ada jerawat, ada boyfriend.
tapi siapa boyfriend aku?

semalam sempat jumpa Umi di INSPEN, Kajang.
dia datang berkursus.
lepas juga rindu di hati ini.


*kena jaga-jaga update blog lepas ni sebab
Umi hari-hari baca blog aku!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, May 23, 2010

'Epal Besar' Untuk Alas Perut.

aku ditinggalkan Abang Yo dan Kak Fifie.
mereka ke kampung Kak Fifie untuk menghabiskan masa pantang lepas bersalin.

dilarang tinggalkan rumah.
disuruh bagi makan si arnab dan si ikan-ikan.

bosan!

mujurlah tadi Kak Ema ajak wi-fi di McDonald's berdekatan.
tapi, ramai pula umat kat situ!

kami ke Tesco Extra untuk wi-fi di Big Apple.
tapi, plug pula bermasalah.

tiba-tiba, lapar melanda diri.
makanan pilihan?

nah, inilah makanan favourite aku!
bila makan ni, teringatkan Along
sebab dia yang ajar aku makan 'Epal Besar' ni.

kami bungkus makan di rumahku.

most favourite!
Chocoholic and The Alien.
both of them ada pekatan coklat di dalamnya.

slurpppp!!

*abaikan jerawat yang tumbuh macam bertih jagung tu!

nampak sedap kan?

sedapnya 'The Alien' ni hingga menjilat jari.


ok dah.
esok kena bajet duit sebelum gaji masuk minggu depan.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, May 22, 2010

Azizah Oh Azizah.

lepas ke Al-Rajhi Bank untuk settle masalah nombor pin kad bank,
aku ke klinik gigi berdekatan.
tak tahan dengan gusi yang makin membengkak ni.
aku dah tak boleh nak nganga luas-luas.

lepas mendaftar nama di kaunter,
aku tunggu namaku dipanggil.

masuk pula satu pasangan berbangsa Cina.
mungkin mereka ada appoinment dengan dentist.

kami bertiga menunggu nama kami dipanggil.

"Azizah, Azizah.
sila masuk!"

lelaki di pintu memanggil nama.

tapi nama siapa yang dia panggil?
hanya aku seorang je Melayu kat situ.
takkan perempuan Cina tu nama Azizah?

lepas tu,
lelaki tu pandang aku.

akulah 'Azizah' yang dimaksudkan.

kelakar pula bila difikirkan.
macam Azizah dalam cerita lama, 'Penarik Beca'.

rupanya, budak kaunter tu salah tulis nama Abah aku.
dia tulis nama aku macam ni,
"Ainul Syazwani bt Azizah"


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, May 20, 2010

Sayalah Cik Tam Kamu...

pukul 3.00 pagi tadi,
aku tersedar bunyi kunci pintu rumah.
ada orang sedang keluar dari rumahku.

apa Abang Yo dan Kak Fifie buat pagi-pagi buta ni?
setahu aku, kedua-duanya kerja pagi ni.
tapi takkan awal sangat keluar.
biasanya pukul 6.30 pagi, mereka pergi kerja.

tak pe la, ini rumah mereka.
mereka berhak buat apa saja.
aku nak sambung tidur,
tapi gusi yang sejak semalam membengkak
makin menjadi-jadi sakitnya.

dah penat guling-guling,
baru dapat tidur.

pukul 5.30 pagi,
aku bangun untuk bersiap-siap pergi kerja.
aku dengar bunyi kunci rumah dari luar.
mereka dah balik agaknya.

"Wanie, Kak Fifie masuk wad.
nak bersalin dah!"

lantas aku gunakan alasan ini untuk tak mahu pergi kerja.
padahal, bukan aku yang nak bersalin.
apatah lagi, aku bukan bapanya.
lagipun, sakit gusi ni makin teruk pula.

aku terus ikut Abang Yo ke wad bersalin.
Kak Fifie kata, sudah bukaan 5 cm.
tapi dia nampak masih ceria dan mungkin sedikit nervous.

pukul 10.35 pagi,
lahirlah anugerah Ilahi ke atas pasangan bahagia ini.
inilah wajah anak saudaraku.
my handsome boy!

masa ibu dan ayahnya tinggalkannya pada aku,
dia asyik menangis.
mahu susu.
kalau aku ada, dah lama aku bagi.
tak mahu melihat dia menangis.

comel sangat anak saudara aku ni.
bibirnya macam bibir ibunya.
mungil.
tembamnya macam ayahnya.
harap tak boroi bila besar nanti.

"ni lah muka Cik Tam masa tunggu kamu, sayang!
Cik Tam sakit gusi sangat-sangat masa ni.
tapi sakit tu Cik Tam tak rasa sangat sebab
Cik Tam tak sabar nak tengok wajah kamu."



sebenarnya,
2-3 hari sebelum tu,
mereka sudah terlebih dahulu mendapat 'anak'.

4 ekor anak arnab dari pasangan arnab yang kami bela.
malam tu,
sibuk la mereka mencari laman web tentang penjagaan 'anak-anak' ni.

Cici (warna putih, jantan) dan Mimi (warna kelabu, betina).

comel sangat.
(tapi sebenarnya, aku geli dengan kulitnya.lembik je!)



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, May 9, 2010

Cerita Dah Basi Baru Nak Cerita!

cerita lama yang dah basi
baru aku nak cerita pada kalian.

disebabkan kerinduan pada bumi Shah Alam,
iaitu tempat pertama aku jejakkan kaki
setelah bergelar anak perantau,
aku ajak Abang Yo ke sana.

kami sempat ke ICT di Seksyen 7.
berdekatan dengan tempat rumah sewa aku dan Along dulu.

kami nak lihat panorama alam
yang diterangi lampu yang pelbagai warna dan bentuk.

ramai sangat orang yang datang.

sempat membeli cekak Mickey.

aku suka tengok muka sweet Abang yo ni!

terserempak dengan Ciput.
bersama aweknya merangkap model photoshoot.
tengok, siap bawa tripod.

"Ciput, aku tahu ko baca blog aku.
kalau ada masa,
aku nak belajar snap gambar dengan ko?"


lagi cerita basi.

15hb April lepas,
aku dan Kak Fifie buat little party untuk Abang Yo
di McDonalds Taman Cannought.

untuk die-hard-fan Manchester United!

kad ucapan dari hot-mummy-wannabe.

Abang Yo dapat hadiah kasut Adidas.

yeah, itu kami!


tapi cerita yang ini belum basi.

aku rindu.
aku rindu sungguh pada mata dan wajah ini.
mata yang penuh dengan kelembutan.
wajah yang penuh dengan kasih sayang.

SELAMAT HARI IBU, UMI!!!
moga hidup Umi sentiasa dilimpahi rezeki
dan moga hidup Umi diberkati Allah dan dilimpah dengan Kurnia-Nya.

sayang Umi selalu dan selamanya!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, May 7, 2010

Apa Khabar Semua Teman-temanku?

dah 2 minggu aku tak update blog.

macam-macam perkara yang aku telah miss.

sedih sebab baru tahu ada gathering bloggers di Port Dickson.
baru ingat nak join.
tapi esok dah mereka nak pergi.
melepas....

al-Fatihah buat bro Sham yang telah meninggal dunia
pada 4 Mei lalu.
sedih bila mengenangkan aku pernah rapat dengannya
dalam dunia maya ni.
aku sangat terkejut dan aku baca sampai 3-4 kali untuk memastikan
apa yang aku baca ni sahih.
last berita yang aku dengar pasal dia
sebulan lalu bila dia hantar kad kahwin melalui Facebook.
moga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
amin...

ramai juga yang bertanyakan kerja yang aku buat sekarang.
aku pernah rasa tension!
pernah rasa pressure!
pernah rasa nak berhenti!
pernah rasa nak cabut lari je!

tapi bila mengenangkan cabaran yang diberikan oleh orang atasan,
aku sahut.
aku tak nak dikatakan pengecut dan mudah berputus asa!
biar orang kata aku lembab,
tapi sekurang-kurangnya aku belajar.
tamparan paling hebat bila orang kata,
ada diploma tapi kerja macam kuli batak.
kena maki!
gaji aku pula tak sehebat gaji sesetengah teman ofis aku.
gaji mereka berdasarkan komisen mereka.
gaji aku cuma berdasarkan overtime yang aku buat
kerana aku hanya seorang kerani.

dan bila baca komen untuk entri lepas dari seorang anonymous,
aku rasa aku tak perlu ulas panjang.
cukup untuk aku katakan,
aku seorang yang menghargai teman-teman aku.
aku tak kisah la kalau orang nak kata aku syok sendiri.
sebab aku tahu, aku dan dia hanya teman biasa.
kalau ditakdirkan jodoh aku dengan dia,
itu kuasa Allah.


gambar ni masa Form 6.
di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.
ada kursus motivasi menjelang exam STPM.
muka aku masa ni nerd gila!

terima kasih kepada Nur Ahlina Mahadi
kerana sudi mengimbau kenangan kita dulu-dulu.
aku rindu teman-teman sekolahku
di SMK Zainab (1)
dan
di Sultan Ismail College (SIC).

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.