uhuk!!!uhukkk!!!!*batuk masa tengah taip entri ni*
malas sungguh nak update blog kalau tak attach gambar sekali.
sejak minggu lepas, aku boleh dikatakan setiap hari jumpa mr.sejiwa... ye la, dia dah start duk rumah sewa lama dia kat kampung cheras baru. kami pun tiap hari sayang...hehe..tu je
nak cakap..maklum la, baru nak bahagia sikit...
8hb Ogos 2009 :
keluar dengan dia dan nisa*adik aku* ke times square untuk jalan-jalan. gi tengok wayang. mula-mula nak tengok cerita SETEM. tapi aku dah macam takde mood nak tengok sebab patutnya aku nak tengok dengan member-member aku tapi mereka sudah pun gi tengok. so, kitorang pun tengok cerita G.I JOE : THE RISE OF COBRA. best gile cerita tu!!orang penuh sampai seat depan. mr.sejiwa dan nisa suka sangat tengok!
habis je tengok wayang, kitorang pun gi bangsar.makan-makan kat kedai makan tempat mr.sejiwa keje dulu.macam-macam lauk ade..semuanya favourite mr.sejiwa,tomyam campur, kailan ikan masin dan daging masak pedas.siap minta nasi tambah!
kenyang makan, terus balik!!!
*********************
9hb Ogos 2009 :
kali ni keluar dengan along dan nisa ke Shah Alam. semata-mata nak makan kuew tiaw bandung paling best kat Plaza Alam Sentral. tapi malangnya, sampai je kat sana, kedai tu tutup.takde plak diberitahu berpindah ke mana.aduh...melepas!!
pastu, kitorang makan kat Kenny Rogers. along dan aku pesan quarter meal tapi nisa,si buncit pesan half meal..pehhh!!aku makan tak habis sebab cik gigi baru nak tumbuh.sakit! so,tapau je makan kat rumah!
along bagitau,abangyo dan kak fifie pun jalan-jalan kat situ jugak. abangyo ajak kitorang main boling. fuh..best gile!dah lama tak main boling..last main, dengan hisyam kat KB Mall. best kali ni main sebab 2 game! main sampai lenguh tangan. kak fifie memang tak pernah main. yang paling melucukan,sebab bola berat sangat agaknya, dia terhayun bola ke belakang.hahaha..kelakar gile masa tu! rugi kitorang tak snap gambar masa tu.
dah sampai rumah, baru aku sedar. purse aku hilang!! satu-satunya tempat yang aku buka tadi kat pusat boling. masa tu, along minta duit kecil untuk bayar main game. aduh..sadis tul la!!!
dah la aku rasa demam ni makin menjadi-jadi.masa aku tengah taip ni, aku belum lagi buat report polis. semalam gi cari lagi kat pusat boling tu tapi tak jumpa.memang la takkan jumpa. siapa la dalam dunia ni yang masih ada hati yang baik untuk bagi balik purse aku??aku hanya nak ic dan kad bank aku je...
No comments:
Post a Comment