petang tadi, seperti kebiasaannya hujan lebat disertai dengan kilat...
tapi tadi, petir seolah-olah bertarung antara satu sama lain
membuktikan siapa yang lebih garang bunyinya...
aku jadi takut!!
cahaya kilat betul-betul terang!
kilat betul-betul di tepi bilik kak ema!!
aku jadi tambah takut dengan cahaya kilat!
seakan-akan dia ingin menyambar tubuh yang kerdil ini...
aku rasa seperti tubuh aku akan hancur..
daging aku akan masak...
badan aku akan rentung...
takut bila dengar guruh berdentum!!
seakan-akan dia sedang memarahi aku!!
"hei wanie, bangunlah kamu dari mimpi dan tidur yang lena!!"
aku hanya pejamkan mataku!!
aku lebih rela buta waktu ini...
takut dengan cahaya itu...
istighfar ku tak henti-henti pada-Nya...
takut jika Dia mahu ajalku waktu ini...
biar aku mati tika aku mengingati-Nya...
kerana selama ini aku selalu melupakan-Nya...
bila kilat dan hujan dah berhenti...
syukurku pada-Nya kerana
masih mahu memanjangkan usiaku...
kali ini...
aku tak akan sia-siakan usiaku...
akan ku penuhi dengan mengingati-Nya...
insyaAllah...
Ya Allah...
aku rindu pada-Mu...
aku rindu untuk berdoa pada-Mu...
aku rindu untuk meminta pertolongan dari-Mu...
betapa hinanya hamba-Mu...
jauh dari-Mu tapi masih ada hati mahu mengemis cinta-Mu...
aku mahu kembali mendekati-Mu...
mahu sangat-sangat mengemis cinta-Mu Ya Allah!!!
No comments:
Post a Comment