Yang Sayang Aku

Thursday, March 31, 2011

Melepak Seharian Bersama Blogger, Cik Bulan.



seharian lepak dengan Cik Bulan.
dia teman sekolah aku di SMK Zainab (1), Kota Bharu.
kami tak pernah study satu kelas.
kami tak pernah bertegur sapa masa di SEMENZA dulu.
tapi alhamdulillah, kami masih diberi peluang untuk bersahabat.

mula-mula dia follow aku kat blog.
aku tak layan sangat. setakat jadi silent reader.
masa tu, dah tak aktif sangat blogging.
blogwalking pun malas!
masa tu follower dia pun tak ramai.
sekarang, bila aku blogwalking ke blog dia,
mak ai!! follower dah beribu.
dia ni guna bomoh ke dukun untuk tarik follower.

semalam, sebab aku tak puas hati, aku tanya dia.
rupanya Cik Bulan pernah buat contest.
dari situ la follower ramai.
aku ni paling la malas nak buat atau join contest.

macam-macam cerita juga kami borak.
dari zaman sekolah sampai zaman sekarang.
dia ajar aku macam mana nak dapat trafik tinggi.
apa itu buffered earning.
sampai pening-pening lalat aku dengar.

pelik juga aku boleh banyak mulut pula semalam.
pok pek pok pek!!
selalunya aku ni pendiam saja. =p

sempat juga snapshoot Cik Bulan.
aku suka wajah dia.
very natural beauty.
tak perlu make over!

apa pun, scroll saja mouse untuk tengok gambar-gambar cun Cik Bulan.

nampak saja aku buka cover lens, dia dah tersimpul malu.
aku acu saja kamera aku ni, terus dia gelak.
malu. auwwww!


masa ni dia geram nak bergambar dengan Mr Blue Man.
mahu tapi malu!


aku bawa dia jalan-jalan di Pavilion
sebab dia kata tak pernah datang ke sini.
setakat snap di luar Pavilion saja.
masa tu dah petang.
takut lewat pula Cik Bulan nak balik UIA nanti.

*nak tengok lebih banyak gambar Cik Bulan, sila klik sini.*




lepas jumpa Cik Bulan,
aku jumpa Miss BFF aku.
bukan apa, kalau dia tahu aku datang Bukit Bintang tapi tak jumpa dia,
mahunya merajuk tak mahu cakap dengan aku.

baju uniform kerja Miss BFF dah macam baju pengawas sekolah.
baju kurung biru dan kain hitam.
orang pandang pelik dan semacam.
pemakaian macam budak sekolah tapi pakai kasut wedges.


Miss BFF nak belanja aku minum Ice Blended di Starbucks Coffee.
tapi aku tak mahu sebab aku dah gian minum Oreo Blog di Cool Blog.
rasa nak minum lagi.
paksa Miss BFF belanja aku Oreo Blog.

 dah dapat, terus lebar senyuman sampai telinga.
serius aku gilakan minuman ni!
kalau aku merajuk, pujuk aku dengan minuman ni pun dah cair.


 ini cerita hari ini.
habis interview di Wisma MPL Jalan Raja Chulan tengahari tadi,
terus ke office Miss BFF untuk lunch sama-sama.
kongsi makan sepinggan nasi goreng ayam.
makan dua orang pun tak habis.
gara-gara aku minta nasi lebih!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, March 29, 2011

Negeri Paling Best Di Malaysia Adalah...

KELANTAN!!



setakat pagi ini dalam 8.54 pagi,
sebanyak 4881 orang yang mengatakan Kelantan itu best!
manakala 4009 orang kata Perak memang best.
tak lebih dari 3000 orang kata negeri-negeri lain best.


ini bukanlah statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan.
ini hanya suka-suka setelah ada question di wall Facebook.
aku tak berapa layan sangat.
soalan tak membina saja yang banyak.

apa pun, layankan saja!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, March 27, 2011

Misi Ke BN Youth Job Fair 2011.


semalam aku mempunyai misi penting.
print resume dan terus ke BN Youth Job Fair 2011
untuk mencari lubang-lubang pekerjaan.
oh, aku tak mahu digelar penganggur terhormat!


1st resume aku drop di sini. mana la tahu ada rezeki di sini.

aku try apply job as photographer. tapi tak berharap sangat pun.


tempat ni yang paling best ni.
booth ni yang paling lama aku duduk.
aku suka orang yang berpakaian beruniform.
segak sangat!

adik ni hairan.
ni patung ke manusia?
nampak macam orang tapi kaku saja.
langsung tak bergerak!

sebenarnya mereka ni manusia dan bergerak.
cuma mereka menjadi 'patung'.
kaku dan statik.
memang semua orang ingat mereka ni patung.


yang paling aku suka, abang ni.
tak tahu la ni tentera bahagian apa.
tapi comel saja pandangan dia masa aku ambil gambar dia tadi.
berdebar jantung kejap!
nasib baik tak minta nombor tadi.



nak tengok lebih banyak gambar?
sila ke blog aku yang baru.
enuLwanie's gambargraphy.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, March 25, 2011

Cubaan Bunuh Diri Di KB Mall. Motif??


aku malas nak letak video perempuan tu.
dia mungkin menghadapi masalah terbesar dalam hidup dia.
dia lebih mahu mengikut bisikan syaitan dari kembali ke jalan Allah.
tapi Allah dah tetapkan hari semalam bukan ajalnya.
diharapkan perempuan itu sempat bertaubat.

kalau gaduh dengan boifren, cari jalan penyelesaian lain.
ada banyak cara.
kalau dia tinggalkan awak pun, ada jutaan lagi lelaki yang lebih baik dari lelaki tu.
cuma harus beriman pada Qada' dan Qadar Allah!
kalau awak mati, lelaki tu takkan meratapi awak pun.
malah dia mungkin bahagia dengan orang lain.

aku pernah ditinggalkan seorang insan yang aku anggap paling istimewa dalam hidup.
masa tu, aku baru masuk kolej.
baru belajar duduk seorang diri dan jauh dari family.
apa aku buat bila frust tapi tak ada sampai menonggeng tu?

aku doa banyak-banyak.
aku minta dengan Allah.
andai kata dia tu jodoh aku.
kembalikan dia semula pada aku.
kalau tidak, buangkan perasaan sayang aku padanya jauh-jauh.
aku baca lagi doa pelembut hati.
setiap kali lepas solat aku baca doa tu.
bagi dia lembut hati untuk terima aku balik.

Allah tu Maha Kaya.
sekarang, lelaki tu aku tak pernah ingati lagi.
dan apa yang aku risik khabar dari teman-teman,
dia baru selamat berkahwin akhir tahun lepas
dengan gadis yang dia banggakan selama ni.


ada yang mengatakan perempuan tu baru belasan tahun.
mungkin lepasan SPM.
kalau result teruk sekalipun, ada banyak
institusi pengajian yang masih menerima pelajar yang result teruk.
jangan nak otak sempit sangat!
aku pun dapat result SPM tak OK.
aku dah apply semua institusi.
IPTA, politeknik dan maktab.
semua tak dapat.
nak jadi polis pun tak lepas.
tak cukup inci!
aku percaya dan aku beriman pada Qada' dan Qadar Allah.
akhirnya aku masuk kolej.
dapat result gempak!
parents aku pun bangga.

kalau ada apa-apa masalah sekalipun, bak kata Umi aku,
rajin-rajinkanlah belek al-Quran.
bukan setakat belek, bacalah!
kalau tak mampu sejuzuk, satu muka surat pun jadilah!
minta hidayah dari Dia.
kerana Dia Maha Mengetahui Segala-galanya!!
ALLAHU AKBAR!!!

rindu nak cium peluk Umi.




hei perempuan, sebab kau :
==> habis jammed teruk di KB petang tadi.
==> kau memburukkan imej orang Kelantan.
==> kau menyusahkan ramai orang tadi termasuk abang dan pakcik Bomba.


tapi terima kasih sebenarnya kepada kau, perempuan sebab
kau 'mempromosikan' KB Mall.
ramai yang terus like fan page 'KB Mall' termasuk aku!

Umi aku kerja kat Wisma Persekutuan.
dia cakap, banyak kali ada kes bunuh diri di situ.
kalau kau terasa nak bunuh diri lagi, try la kat situ.
kali ni tak perlu nak tunggu sampai Bomba datang.
kau terjun terus!
Malaikat Malik akan terus jemput kau masuk neraka!!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, March 24, 2011

Mahukan Breakfast Yang Simple? Cuba Ini.

resepi ni boleh digunakan oleh orang yang malas memasak pagi-pagi
atau nak makan makanan yang simple sebagai permulaan hari.
pun boleh dijadikan makanan bajet di hujung bulan.

 bahan utama : roti keping dan telur.
sosej ni sebagai optional sahaja.

 telur tu kena kacau hingga sebati.
nak lagi sedap, tambah white pepper.
ups, jangan lupa tambah secubit garam!

gulungkan sosej dalam roti keping.
dan lumurkan bahagian akhir roti dengan telur sebagai gam.
*sebelum digulung, pastikan sosej digoreng dulu!*

lepas tu, celup dalam 'lautan' telur tu.
pastikan semua bahagian dicelup.
nak lagi sedap, taburkan oat, nestum atau bijan di bahagian luar roti.
terus digoreng dengan api yang sederhana dalam minyak pun sederhana.

 nah, dah siap.
senang saja kan?

 kalau tak nak letak sosej pun boleh,
celup roti keping dalam telur dan terus goreng.
pastikan roti keping tu dipotong dua atau dipotong empat
bagi senang sikit untuk kerja menggoreng.
tapi kena goreng sekejap je tau.
dalam 30 saat je.
nanti hangus pula!

nak makan begitu saja pun boleh.
nak lagi sedap, makan dengan sos atau kaya.


SELAMAT MENCUBA!



blurrpppp.. alhamdulillah!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Kehidupan Seorang Bakal Penganggur.

maka,
bermulalah pencarian kerja baru hari ini.
sebenarnya kontrak kami tamat 25 Mac ni.
tapi takkan nak tunggu sampai 26hb baru nak cari kerja.
peluang cuti 2 hari kalau boleh, tidak mahu disia-siakan.
cuba menghantar resume ke seberapa banyak company di sekitar KL.

Ayu ( teman sekolej), Ain dan Aril.
 sepanjang Jalan Sultan Ismail kami redahi.
dari Wisma Genting ke Wisma KFC.
kami sempat walk-in interview di Wisma Genting
setiap hari Rabu memang ada walk-in interview di sana.
tapi rupa-rupanya kerja di Genting Highlands.
aku nak kerja di Wisma Genting, bukan di Genting Highlands!

nasib kami kurang baik sebab kami cari kerja masa lunch hour.
jadi, kami hanya drop resume kami di beberapa company sekitar sana
dan mengharapkan mereka akan hubungi kami balik.
harap-haraplah!


lepas cari kerja,
Ayu minta undur diri untuk ke kembali ke tempat kerja dia.
kami pula ke Midvalley Megamall mencari sedikit kegembiraan.



 menjamu selera di Domino's Pizza.
dah lama tak makan pizza.
Domino's Pizza lagi sedap dari Pizza Hut.
setuju tak?

lepas tu, terus mencari panggung wayang.
filem pilihan, Hikayat Merong Mahawangsa.
filem epik yang hebat!
disebabkan pengaruh filem tu,
aku terus tukar nama kat Facebook menjadi Cik Embok.




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, March 21, 2011

Sepetang Di First Reunion DMT September Intake 07/09.

Date : 20 Mac 2011
Time : 3.00 pm
Venue : Food Court KLCC

sebenarnya semua tak dijangka.
aku ingatkan sekadar pertemuan biasa antara beberapa teman kolej.
rupanya hampir satu kelas Diploma in Multimedia Technology berkumpul.
betul-betul happy dapat jumpa mereka balik.
teringat semua kenangan zaman kolej dulu.




 makanan favourite kami.










mereka pewarna dalam hidup aku.
pelengkap jiwa aku di kolej.
tadi gelak sakan dan tanpa henti dengan mereka.



really enjoy and have fun with them!
I will waiting for second reunion.





Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.