bagi aku...
mempercayai benda-benda macam ni adalah syirik...
seolah-olah kita tidak percaya pada kekuasaan Allah!
tapi bagi nisa, adik aku...
setiap hari rabu adalah hari yang tidak baik atau lebih tepat, hari malang!
setiap rabu, dia akan ditimpa musibah atau dugaan...
mungkin kebetulan kot!!!
rabu minggu lepas...
aku ajak dia teman aku pergi buat mykad baru untuk ganti mykad aku yang hilang..
*kononnya..padahal purse aku terselit di celah-celah buku dalam beg along*
pada mulanya, kami pergi ke JPN Bandar Tun Razak
sebab kak fifie kata, kat situ cawangan JPN terbesar kat Cheras...
puas kami pusing-pusing tapi tak jumpa..
last-last, kami decide pergi kat cawangan Maluri...
tapi hampanya bila cawangan kat situ dah ditutup...
aku rasa cawangan JPN paling dekat pun kat Maju Junction!
terpaksa la pergi sana sebab dah couple days aku jadi bukan warganegara...
takut pula kena tahan dengan imigresen!
kang dihantar aku pergi Indon..taknak aku!! hahahaha...
dah sampai kat JPN Maju Junction...
ingat boleh settle hari tu jugak,
tapi last-last cancel sebab kena bayar RM110 untuk first time hilang...
mana nak cekau duit banyak tu!!
kalau bawa student card, dapat 50% tapi tu pun aku tak bawa...
lepas hantar aku balik rumah,
nisa balik ofis dia...
masa tu, hujan dah renyai...
aku suruh dia cepat-cepat balik ofis dia..
takut lencun tengah jalan!
dalam 10 minit kemudian,
dia call...
"wanie, minyak motor habis! aku kat jalan loke yew...hujan ni!!!"
la, baru tadi dia cakap nak isi minyak petang nanti...
masa tu, hujan dah lebat sangat siap ada guruh lagi!
aku dah serba salah ajak dia teman aku tadi...
last-last, dia tolak motor dia kat bawah flyover Jalan Loke Yew...
dia call along suruh hantar minyak motor...
kesian dia...
********************************
hari ni *hari rabu*...
dia pula suruh aku temankan dia gi Menara PGRM kat Maluri
sebab nak dapatkan cop dan matikan setem untuk satu dokumen tenancy agreement sewa kenderaan...
entah, aku pun tak faham apa-apa pasal kerja dia...
dia jadi kerani di satu syarikat kat Plaza Uncang Emas
sementara nak tunggu sambung belajar tahun depan...
tapi untuk settlekan semua tu,
dia kena pergi kat LHDN...
masa tu, nombor giliran 0113 sedangkan nombor dia 0144...
tunggu punya tunggu, sampai la turn dia...
fuh, lega!
tapi, nampak muka dia berkerut-kerut dan tengah call someone...
ni mesti tak settle lagi ni!
dia cakap, jumlah yang kena bayar sebenarnya RM265
tapi bos dia bagi RM20 untuk matikan setem..
aku pun tak faham dengan bos dia!
takkan tak tahu berapa jumlah yang patut bayar?
tak settle gak kerja dia!
masa tu dah lunch hour, dia cakap lapar sangat!
kesian pula kat dia...
kitorang lunch kat depan kolej aku je...
pastu, dia minta izin nak balik ofis sebab nak settle pasal dokumen tu dengan bos dia...
lagi la kesian kat dia...
uppssss!!!!
lupa nak cerita...
sebelum tu masa nak pergi Menara PGRM,
kitorang dah tersilap ambil lane...
untuk ke Jalan Loke Yew, kena jalan terus je dari Ampang Park..
tapi kat flyover Bulatan Kampung Pandan,
boleh plak dia pergi redah amik lane highway ke Putrajaya!
dah jadi satu hal plak!
aku pun usya la kot-kot ada jalan keluar dari highway tu!
tapi takde langsung!!
terpaksa redah je highway tu...
last-last, jalan persimpangan keluarnya kat Kompleks Sukan Negara...
kat Bukit Jalil nuh!!
fuh...nasib baik aku tahu jalan kat area situ...
jauh gile tersesat!!!!
patutnya nak pergi Maluri je, tapi dah sampai kat area Bukit Jalil...
boleh kematu gak la bontot ni!!
~aku dan nisa~
Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.