Yang Sayang Aku

Sunday, February 20, 2011

Sifat Lelaki Perlu Diketahui Wanita.

5 sifat lelaki yang perlu kamu ketahui.
penting untuk mengekalkan keharmonian dalam perhubungan.

1. Ego Dan Pantang Dicabar.
memang sejak azali lagi, mereka dikurniakan sifat ni.
sebab tu adanya golongan mat rempit.
sebab mereka ni pantang dicabar.
*lari topik!*
mereka lagi pantang dicabar oleh kaum perempuan.
seolah-olah kamu mencabar kejantanan mereka!

2. Keras Kepala.
lelaki tak suka orang melawan cakap dia.
dia nak semua orang ikut cakap dia saja!
A katanya, maka kamu kena kata A juga.
jangan cuba nak kata B ataupun C.


3. Tak Suka Ulang Ayat Yang Sama.
jangan ditanya soalan yang sama kepada mereka.
pasti akan membangkitkan kemarahan walaupun kamu hanya mahu
mendapatkan kepastian.
kalau mereka kata itu, itulah jawapannya.
jangan disangkal lagi!

4. Dalam Hati Ada Taman.
kalau kamu rasa lelaki tu bersifat ganas,
cuba kamu tunjukkan sifat kelembutan kamu.
pasti cair dan terserlah sifat bunga-bunga dalam hati.

5. Pantang Tengok Perempuan Cantik.
itu normal!
siapa yang tak sukakan keindahan dan kecantikan?
tapi itu hanya pandangan sepintas lalu.
dalam hatinya, masih ada kamu yang bertakhta.
jadi, jangan terlalu cemburu bila bercakap dengan mereka,
pandangan mereka akan tiba-tiba terarah kepada hot chick yang lalu di sebelah kamu.

6. Suka Orang Yang Menjaga Penampilan.
jadi untuk mengatasi kes #5,
jadilah seorang yang mementingkan penampilan diri.
pandai menjaga badan dan wajah.
tapi jangan terlalu obses!
sampai tak makan sebab diet.
jangan dibiarkan wajah berjerawat untuk tempoh yang lama.
cepat-cepat kasi buang.
kan banyak produk anti-jerawat sekarang ni!

7. Jangan Halang Minat Dan Hobi.
siapa yang suka bila sesuatu yang menjadi passionnya dihalang.
umpama orang menghalang kita pergi shopping.
mesti kita naik angin kan?

8. Tak Suka Dikongkong.
lebih kurang seperti #7.
jangan selalu tanya ke mana dia pergi dan apa yang dia buat.
*lainlah kalau dia yang inform!*
tak semua benda kita kena share dengan orang.
kita memerlukan privasi dalam hidup.
walaupun bergelar suami isteri, masih memerlukan privasi.
apatah lagi kita sebagai couple!

9. Jangan Bercerita Tentang Lelaki Lain.
jangan sesekali ungkit cerita tentang lelaki itu dan lelaki ini.
terutama sekali kehebatan lelaki dan kekaguman kamu terhadap mereka.
bercerita sekali saja tak mengapa.
kalau dah sampai berulang-ulang kali dan dia pun dah boleh hafal ayat kamu,
boleh buat dia naik rimas!
bagi dia, seolah-olah dia useless di mata kamu!

10. Tak Suka Sebut 'I Love You'.
susah nak dengar dia cakap 'saya sayang awak'.
mungkin di saat perkenalan saja, dia akan sering mengungkapkan kata cinta.
tapi jangan pula kamu risau dia tak sayangkan kamu.
sebab lelaki lebih suka tunjukkan kasih sayangnya dari mengucapkannya.




lelaki yang mahu main-main, ramai.
lelaki yang mahu main, lagi ramai.
lelaki yang mahu cinta sejati, jarang!


*gambar selingan*



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, February 15, 2011

Jatuh Cinta Dengan Mary Kay.

dah beberapa kali teman kolej aku mengajak aku ke kelas make-up.
kebetulan aku cuti hari ini.
aku penuhi saja permintaan temanku itu.

sebenarnya, dari malam tadi rasa berat hati nak ke kelas itu.
maklumlah, aku bukan suka pakai make-up.
setakat pakai foundation dan compact powder saja.
lipstick pun dah jarang pakai.
blusher dan eye shadow pun dah tak tahu simpan kat mana.


kelas make-up anjuran Mary Kay.
FREE OF CHARGE!

aku sangat suka bila kelas facial.
dapat beza muka sebelum dan selepas kena facial.
rasa segar dan ringan muka ni!

tapi masa masuk kelas make-up,
mata dah start mengantuk.
sebab aku tak suka make-up!
leceh nak pakai itu, nak pakai ini.

puas dipujuk teman aku.
barulah aku cuba sikit-sikit make-up yang ada.
tu pun dia yang ajar.

ini hasilnya!

jerawat pun hilang tiba-tiba!


kena tolak tepi produk yang aku pakai sekarang.
kena cuba produk Mary Kay.
sebab bahan yang digunakan terdiri dari botanical ingredients.

kalian patut mencuba produk ini.
believe me or you'll regret!




ya,
aku sudah jatuh cinta dengan Mary Kay!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Photoshoot With Fieza At Tasik Seri Permaisuri.

Model : Nor Faezah
Location : Tasik Seri Permaisuri, Cheras
Tool : Canon 500D, 18-55mm lens






















kindly drop your comments for me to gain more knowledge.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, February 14, 2011

Makan Di Secret Recipe Di Waktu Hujan.


disebabkan hujan lebat disusuli kilat sabung menyabung,
aku dan teman sekerja aku, Aril tak dapat makan
di tempat makan kegemaran kami iaitu di Medan Selera Semua House
yang terletak berhadapan bangunan kami.

jadi, kami bercadang hanya makan di Secret Recipe.
ini kali pertama aku makan makanan selain kek di Secret Recipe.
sungguh. tak tipu!

aku bukan suka sangat makan makanan western
apatah lagi aku lebih suka makan di kedai makan biasa.

tak reti nak makan makanan yang pelik bunyinya.
jadi aku ambil saja makanan sama macam yang Aril pesan.
lasagna with chicken.
tapi aril ambil lasagna with beef.

 ini dia Aril Peterporn.
sudah punya cewek.

 pertama kali berjaya pakai tudung ni dengan kemas.

 ni kerja Aril la ni ambil gambar aku separuh saja.

nak amik kau!
gambar tiga suku.





harap dapat keluar ramai-ramai dengan teman-teman sekerja.
rindu teman-teman Astro Transformer Team Stream Lapan
seramai 18 orang ituuuu!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, February 11, 2011

Bila Mahu Kahwin?

sementara membantu seorang customer Melayu perempuan di talian,
dia bertanyakan aku.

customer : adik dah kahwin?
aku : siapa, saya? belum kak.
customer : ha, kahwin cepat-cepat!
aku : hah, Insyallah kak.
customer : tengok macam akak, anak ramai.
*latar belakang bunyi 'meriah' anak-anak dia. 

siapa kata aku tak mahu kahwin?
Nabi Muhammad s.a.w tak mengaku umat tau kalau tak mahu kahwin!

sampai sekarang, jodoh belum ada.
cinta pun baru nak berputik!
*lek luuu..sap kok luuuu!*

dari zaman sekolah lagi,
aku mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga sebelum umur 25 tahun.
bagi aku, umur 25 tahun paling lewat untuk aku berstatus bujang.

Allah Maha Mengetahui segala yang ditetapkan untuk hamba-Nya.
mungkin dia lambat memberikan aku jodoh.
tapi aku sekarang murah dengan kasih sayang dari semua orang.

dan aku semakin bahagia!
Insyallah kalau ada jodoh takkan kemana.

Along SUDAH.
Abang Yo pun SUDAH.

Wanie??






dia orang yang paling tak jemu ucapkan sayang dan rindu padaku.
terima kasih cinta!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, February 9, 2011

Gara-gara Muntah Dan Cirit Birit, Afiq Dibawa Ke Klinik.

hari ni temankan kakak iparku, Kak Fifie
bawa Afiq ke klinik di Alam Damai, Cheras.
sudah beberapa hari Afiq asyik muntah-muntah dan cirit birit.
sampai punggung jadi merah!
pernah bubur yang dimakan, laju saja keluar balik dari mulut dia.

 menunggu giliran di klinik.
punyalah ramai ibubapa yang hantar anak-anak ke klinik.
semuanya anak lelaki!

 dia dah start tak duduk diam..
jenuhlah kami dukung dia sebab dia dah mula rimas dan bosan.

bila dah jumpa doktor,
doktor cakap Afiq keracunan makanan.
mungkin makan benda-benda tak sepatutnya.
bayi kan suka grab apa-apa saja depan mata lepas tu terus test kat mulut.
perut pun dah banyak angin.
sebab tu angin tolak balik makanan yang masuk.

lepas doktor cakap macam tu,
terus lah kami pecut kereta ke Jaya Jusco Maluri.
*sempat makan roti canai dulu di kedai mamak*
beli susu tepung yang ada 'Lactose Free' untuk sementara perut Afiq meragam.

dia nampak happy bila kami belikan puting baru untuk dia.
terus pegang tak nak lepas!

si montel ni sudah 10kg beratnya.
patutlah makin tak larat nak dukung lama-lama.
gigi Afiq pun baru nak tumbuh kat belah bawah.
Afiq dah makin besar.
jadi idaman semua orang termasuk amoi Cina.






Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Nota Untuk Mr BFF.

saya tahu awak marahkan saya.
saya tahu awak berkecil hati dengan saya.
saya tahu awak sangat terkilan dengan saya.

bukan itu niat saya.
saya mahu jadi orang yang boleh berdikari.
buat keputusan sendiri.
saya tak nak awak pikul beban dan masalah saya.

tapi saya bodoh!
saya masih tak pandai nak buat keputusan sendiri.
terlalu memikirkan orang lain tanpa fikirkan diri sendiri dulu.
kemudian hari, saya akan merungut balik pada awak.
mesti awak kata "memang kau bodoh!"
ya, saya akui.

saya masih perlukan awak di sisi saya.
saya masih perlukan awak sebagai motivator saya.
saya masih perlukan awak sebagai teman baik saya.

terima kasih atas bebelan tu.
saya tahu awak membebel sebab awak sayang saya.
saya hargainya!


macam ni lah muka saya bila awak membebel.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, February 7, 2011

Tag Dari Bulan. "ADA APA DALAM BEG ANDA".

tak tahu apa kena dengan Linda a.k.a Bulan.
tak pernah-pernah buat tag.
tiba-tiba saja buat tag.

dah la dia tag nama aku first sekali.
memang wajib la aku balas tag dia.

dengan malunya aku upload barang-barang yang ada dalam beg.
tak pernah keluarkan tapi hari ni terpaksa demi idola aku seorang ni.


"ADA APA DALAM BEG ANDA"

ni la beg yang aku ada.
satu-satunya.
aku tak suka shopping beg.
selagi tak koyak, selagi tu aku simpan!

 baru saja beli minggu lepas.
ni nama panggilan untuk si dia.
dia pakai keychain yg ada nama 'BABY'.
aku la tu!
*baby ke??*

ni la purse aku.
aku pakai sejak di kolej lagi.
dah 3 tahun.
sayang kot nak tukar baru!
pemberian hari lahir oleh adik aku, Nisa.

"fulamakkk, Anna Sui tuuu!!!"
jangan tertipu.
RM10 saja!

 tengok!
dah koyak pun masih simpan lagi.
banyak kad bank tapi duit tak ada!

kertas putih yang terselit-selit tu koleksi tiket wayang.
semua tiket wayang ada sentimental value!
tu yang tebal semacam saja purse aku.

 ni pula kertas panduan masa kerja.
kalau ada customer nak tanya harga pakej Astro,
rujuk saja di kertas ni.
dulu wajib ada atas meja.
sekarang dalam kepala saja!

ni pula charger Sony Ericsson.
pelik kan kepala charger ni?
kalian ada kepala charger macam ni??

 barang-barang sampingan.
powder foundation Maybelline SPF 20 Nude Beige.
perfume Lancome Magnifique.
*beli kat Masjid Jamek RM20 lepas nego*
pengelap cermin mata.

tisu jarang ada dalam beg aku.
ni pun kebas lepas beli nasi campur.




3 orang yang aku nak tag :
-Lelaki Ini 
*nak juga tengok apa yang ada dalam beg lelaki*




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI.


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan
SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG!
ANDA BAGAIMANA ??




jom sama-sama meriahkannya.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tolong Aku Selesaikan Permasalahan Ini.


kamu suka matematik?
kamu mempunyai IQ tinggi?

tolong aku selesaikan.



pening aku!!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Adik Aku Pun Sudah Ada Blog. Awas, Kalau Tak Faham Tak Boleh Baca!

ni adik aku namanya Ainul Rubayyi Azizan.
baru naik tingkatan 4 di Sek Men Keb Zainab (1), Kota Bharu.
pandai budak ni!
dapat 8A PMR tahun lepas.

dia tengok kakak-kakak dan abang dia ada blog,
dia pun nak cuba bergelar blogger.
rasanya atas dorongan teman baik dia jugalah, dia buat blog.



ni blog dia.


AWAS!!!
kalau kamu tak faham jiwa remaja
dan tak faham loghat Kelantan,
kemungkinan kamu akan bertatih baca blog Ayie.
silap haribulan boleh fed up!

aku baca blog dia tesengih-sengih dan tergelak-gelak sendirian.
punyalah susah nak faham.
betul-betul guna loghat Kelantan!


blog Ayie lebih kepada rentetan hidup dia dengan teman-teman dia.
sayang sangat dengan teman-teman dia.

"blog pun blog juga,
study jangan lupa ye sayang.
kan nak jadi doktor??"



welcome to new life called BLOGGER!!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, February 5, 2011

Kerajaan WAJIB Halang Konsert Mohsen Namjoo! WAJIB!




++ Nota: Andai negara kita mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama rasmi, maka pemimpin atasan harus dan wajib bertindak ke atas orang yang berada dalam gambar ini. Ikuti sekerat cerita yang dipetik dari laman blog saudara Faisal Tehrani berkenaan dengan hal si Mohsen Namjoo yang berfaham songsang, dan bakal menyongsangkan pemikiran anak muda kita yang menonton konsertnya. Persoalannya, siapa si Mohsen Namjoo? :)

++ Diharapkan agar saudara seagama dan setanah airku dapat menyebarkan info yang maha penting ini demi menjaga kesucian agama yang kita anuti selama ini. Apalah guna punya ulama, andai ulama kurang peka dengan hal seperti ini. Selamatkan akidah anak-anak muda kita dari terus dibuai irama lagu berlirikkan hinaan kepada Baginda Nabi s.a.w. Sekali lagi aku katakan, apalah guna punya negara yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya andai tiada tindakan dibuat bagi menghalang kemaraan musuh yang mulai menyusup masuk, dan mungkin telah lama berada di negara kita yang tercinta. Sila sebarkan info ini sebelum konsert dimulakan pada tarikh yang ada dalam gambar di atas.






dalam Surat S.M. Mohamed Idris, pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) :

Beliau ikut membantah kehadiran dan rancangan konsert seorang penyanyi Iran bernama Mohsen Namjoo di Kuala Lumpur pada 18 November 2011 di KLCC Convention Centre (lihat sini). Kita pun tahu ada sejumlah rakyat Iran yang telah murtad bermastautin di negara ini. Antara kerja celaka mereka ini adalah mengedar dadah dan merosakkan citra ajaran Islam dengan tingkah laku mereka. Mohsen Namjoo, penyanyi biadab dan tidak guna ini adalah idola mereka. Si bodoh ini telah menghina al-Quran dan menyanyikan lagu-lagu dengan elemen cabul, lucah, erotik, kurang ajar dan tidak senonoh.

Ketika hubungan Malaysia dan Iran dalam keadaan kurang selesa ekoran tindakan JAIS menganiayai masyarakat Syiah di Malaysia sambil menfitnah ajaran Syiah yang bukan-bukan; tindakan membenarkan seorang penyanyi yang telah menghina kitab suci al-Quran menunjukkan kita di Malaysia berada dalam keadaan 'yang lebih sesat' kerana mengizinkan seorang penyanyi jahat, Mohsen Namjoo pengejek Islam membuat persembahan di Kuala Lumpur. Konsert menghina al-Quran dan Nabi Muhammad seperti ini eloklah diserbu pihak berkuasa agama.









* Sekiranya Mohsen Namjoo tetap menyanyi di Kuala Lumpur, tidak ada sesiapa yang rugi melainkan mereka yang membenarkan beliau menjejakkan kaki di sini (meskipun setelah ditegur dan diingatkan). Siap-siapkan jawapan di akhirat kelak.




~~ihsan artikel dari Faisal Tehrani dan Ampuan Awang.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Kita Terpaksa Bermusuhan.


Apa lagi alasan nak kau beri..
Setelah diri ku di simbah hinaan..
Tergamam ku seketika..
Tak sangka ini jadinya..
Nampak sangat ku seorang..
Bertepuk sebelah tangan..
Kemanakah..
Hendak aku selindungkan..
Air muka yang kau malu kan..

Malam ini janggal ku rasakan..
Sendiri melalui detik yang sedih..
Perit sekali..
Pertama kali bagi ku..
Hitung bintang seorang diri..
Dan pertama kali jua..
Maruah ini di persenda..
Oleh insan yang ku cinta..
Oleh insan yang ku sayang..
Kini bermusuhan..

Jika ku imbas kisah lama..
Semua nya indah semua..
Pernah jua kau menangis..
Bila aku menduga mu..
Kuat nya kasih mu..
Pada aku..
Di ketika itu..

Sayang seribu kali sayang..
Akhirnya kecundang jua..
Kasih yang lama terjalin..
Mudah sungguh kasih mu..
Berpaling..
Dan yang lebih menyedihkan lagi..
Aku bagai ditampar..
Oleh bahasa mu..
Yang tak sepatut nya..

Engkau ucapkan..
Kau menyinta kerna apa..
Kau menyayang ada makna..
Kau berubah ada penyebabnya..

Malam ini janggal ku rasakan..
Sendiri melalui detik yang sedih..
Perit sekali..
Pertama kali bagi ku..
Hitung bintang seorang diri..
Dan pertama kali jua..
Maruah ini dipersenda..
Oleh insan yang ku cinta..
Oleh insan yang ku sayang..
Kini bermusuhan...



lagu ni asyik meniti di bibir aku sepanjang bekerja semalam.
aku harap semuanya akan baik-baik saja.
tiada permusuhan antara kita.




p/ s: bila teringat kumpulan Slam,
teringat Along yang sukakan band ni masa kecil-kecil dulu.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, February 4, 2011

Contest Yang Menarik Untuk Disertai.

tadi saja-saja buka page Kelab Blogger di Facebook.
ramai pula yang anjurkan contest di blog masing-masing.

tapi hanya dua contest yang buat aku tertarik.

1. "Aku, Dia & Vintage" oleh Kamarukom.

2. "Owh So Wonderful!" oleh Sophie Al-Yahya.

kenapa kedua-dua contest ni menarik perhatian aku?

untuk "Aku, Dia & Vintage", ada hadiah lumayan yang ditawarkan.
lagipun contest bergambar memang minat aku.
tapi depend on mood aku untuk join mana-mana contest.
tapi kali ni Encik Kamarukom pandai menggoda aku dengan hadiah kamera ni.

Fujifilm Instax Mini.

nak harapkan orang lain bagi, entah siapa yang sudi.

untuk "Owh So Wonderful!", Cik Sophie memang pandai menawan hati aku
dengan hadiah coklat.
aku memang pantang orang nak bagi hadiah coklat.
aku tak kira.
aku nakjuga hadiah coklat tu!


meh kita sama-sama join.
aku nak ajak kamu semua join contest ni.
terutama sekali temanku Meya, Yatt dan Nazifa Zali.


p/s : tengah selongkar folder-folder lama.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.