tajuk macam aku ni pro memasak macam Sheila Rusly.
tapi tidak mengapa.
keyakinan mesti ada pada diri setiap insan.
bubur nasi adalah makanan kesukaan adik-adik aku.
bila mereka pulang dari sekolah,
inilah makanan yang mereka cari dulu.
so, mari aku tunjukkan cara-cara memasak bubur nasi versi Enulwanie.
khas untuk orang yang tak pandai memasak langsung
dan pemalas nak memasak.
jangan lupa print entri ni untuk dijadikan rujukan.
BAHAN-BAHAN :
bahan #1 : BERAS
sebab adik-adik aku suka makan bubur nasi,
aku letak satu cawan beras.
kalau anda nak makan seorang,
cukup hanya sekadar setengah cawan.
*cawan boleh didapati dari penutup termos yang sudah tidak digunakan lagi.
bahan #2 : AYAM YANG DIPOTONG DADU
kalau tak suka ayam,
anda boleh gunakan daging lembu ataupun ikan rebus.
pastikan basuh sebelum dan selepas memotong ayam
untuk memastikan kebersihan ayam terpelihara.
bahan #3 : KIUB PATI AYAM
tak kisah la jenama apa pun asalkan pati kiub ayam.
ini untuk menambahkan 'rasa' ayam dalam bubur nasi.
kalau anda ingin mempelbagaikan rasa bubur nasi anda,
boleh juga menggunakan kiub pati ikan bilis.
bahan #4 : 'CUKUP RASA' - PENAMBAH RASA
sekarang sudah cukup mudah,
hanya letak beberapa cubit 'Cukup Rasa',
sudah cukup memberikan semua rasa dalam masakan anda.
dah tak perlu garam, bawang putih dan bawang merah!
bahan yang harus (kalau ada tak apa, tak ada pun tak apa) ada dalam masakan anda :
bahan #5 : BLACK PEPPER - SERBUK ATAU BIJI (TUMBUK SAMPAI LUMAT)
bahan #6 : KICAP MANIS
bahan #7 : SAYUR KUBIS (SAYUR LAIN PUN BOLEH)
CARA-CARA MEMASAK :
1. Pastikan beras dibasuh 2-3 kali atau hingga kurang kekeruhan air beras.
2. Masukkan air bersih atau air tapisan dalam beras sehingga separuh dari periuk
atau mengikut sukatan beras tadi (banyakkan air).
3. Panaskan di atas dapur dengan api berkadar sederhana.
4. Masukkan ayam yang telah dipotong dadu.
5. Biarkan sehingga menggelegak.
6. Lepas menggelegak, masukkan kiub pati ayam tadi dan gaulkan sehingga sebati.
7. Masukkan 'Cukup Rasa' sebanyak satu sudu (mengikut keperluan) dan gaulkan.
8. Masukkan black pepper yang ditumbuk lumat dalam bubur nasi.
(lagi senang kalau gunakan serbuk black pepper.)
9. Masukkan kicap bagi menambahkan rasa lemak manis dalam masakan anda.
10. Akhir sekali, masukkan kubis yang dipotong halus sebagai pelengkap masakan anda
di samping khasiat sayuran yang terdapat dalam kubis itu.
boleh dihidang bersama air Neslo ais.
sekian saja resepi orang malas untuk orang malas.
SELAMAT MENCUBA!
Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.