Yang Sayang Aku

Friday, September 17, 2010

Raya Eidulfitri Tahun 2010 - Bahagian Dua (BBQ)

malam raya pertama,
Abah buat BBQ.

tapi kali ni,
aku yang minta untuk sponsor makanan.
beli sotong setengah kilo.
beli ayam 2 ekor.
daging dan ikan cencaru sudah ada dalam peti ais.

kerja-kerja menyiang dan memerap dilakukan oleh aku sendiri petang tu.


selepas solat sunat witir berjemaah,
(kebiasaan keluarga aku selepas solat Isyak)
kami ramai-ramai turun tolong Abah.

bukan tolong bakar,
tolong tengok saja!




aktiviti membakar hanya dilakukan oleh jejaka-jejaka yang macho.

sementara itu,
kami adik beradik main lastik terbang bercahaya.
(berdasarkan mainan tu yang ada lampu LSD dan memerlukan lastik untuk terbang).

seperti yang ditunjuk oleh jejaka boroi ini.

aktiviti kemuncak,
makan berjemaah.

tapi aku hanya menjamah sotong saja.
ayam banyak dihabiskan oleh jejaka boroi tadi.



sejak aku suka makan sotong ni,
ia menjadi makanan wajib yang ada atas meja makan.
waktu Umi ke Pasar Wakaf Che Yeh pagi tadi,
aku pesan suruh beli sotong segar.

petang ni aku akan buat sotong goreng tepung.
ataupun cuttlefish butter.
ala-ala prawn butter.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

5 comments:

'AQILAH said...

sotong memang sedaaaaap :D

kechixx said...

baby q memanh BEST!:)

Cik Bayu said...

aqilah : hehehe..kan kan kan?? =p

kechixx : haiii, xkn baru bertunang dh sebut psl baby.x sbr nmpk!

wanie m'nJ said...

terliur tgk ayam BBQ tu..aduih!

Cik Bayu said...

wanie : terliur ke?nmpk sedap ye ayam tu..