Yang Sayang Aku

Tuesday, September 7, 2010

Lagu Raya Yang Aku Selalu Dengar.

Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru

masa kecil-kecil dulu,
aku suka lagu ni.
mungkin sebab masa ni aku suka warna biru
dan nak Umi belikan aku baju kurung warna biru.

mengharapkan seseorang yang istimewa beraya bersama-sama
tapi orang yang ditunggu tak kunjung tiba.

sedih.

Black Dog Bone - Cahaya Aidilftri

aku jadi lagi sedih sangat
bila dengar lagu ni.

perihal anak yatim yang beraya tanpa ibu bapa di sisi.
aku tak boleh bayangkan kalau aku yang merasai 'bebanan' ni.
bersyukur sangat-sangat kerana Allah masih memanjangkan usia Abah dan Umi.
kesihatan mereka juga masih elok.

Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda

kalau tentang ibu bapa ni,
aku memang sensitif.
banyak dosa yang aku perbuat masa lalu.
derhaka pada mereka.
tak dengar cakap mereka.
melawan cakap mereka.
merungut pada mereka.

Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf

bila tak sempat balik berbuka puasa bersama mereka,
lagi menggamit jiwa.
rindu masakan Umi.
lagi-lagi, rindu bubur lambuk Umi.

"Umi Abah, maafkan Wanie selama hidup Wanie.
halalkan makan minum Wanie.
sayang Umi Abah.
rindu nak cium pipi Abah dan Umi."


Aman Shah - Kepulangan Anakmu

"Umi Abah, nantikan Wanie di pagi raya ni."


Awie Dan Ziana Zain - Halaman Asmara

raya ni lebih bermakna
jika ada teman istimewa di sisi.
tapi aku tak pernah merasa detik-detik manis ini.
bilakah?



ini pula lagu raya yang menjadi tema hidup mereka.


Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal


lagu ni sinonim sangat dengan kakak aku.
maklum la dari zaman anak dara sampai zaman jadi bini orang,
asyik jadi perantau tegar.

tahun ni tak dapat beraya bersama lagi
sebab tak dapat cuti panjang.
dia baru start kerja government. 


Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang 


lagu ni mesti mengingatkan aku pada
Kak Ema, teman sekelasku di kolej.
dia selalu pasang lagu raya ni.

pasang tiap-tiap hari.
replay berulang-ulang kali.

mungkin ada sejarah pada lagu ni dalam hidupnya.


pasang lagu raya ni buat air mata tak henti-henti mengalir.


teman-teman,
maafkan saya atas segala keterlanjuran saya berbicara.
saya sayang semua teman-teman saya.
tak kisah la awak ni teman saya sejak kecil lagi
ataupun sejak awak add saya di Facebook semalam.








Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

2 comments:

'AQILAH said...

:) selamat hari raya ! suka dengar lagu suasana di hari raya, anuar ellina..:D

Unknown said...

salam aidilfitri.. luv all this song.. ^^