Yang Sayang Aku

Thursday, April 1, 2010

Dia Abahku.

ini adalah ibu bapaku.
aku bangga menjadi sebahagian dari mereka.

Abah seorang yang amat tegas.
terutama dalam perihal agama dan pendidikan.

kalau putih katanya,
tiada orang boleh menukarnya jadi kelabu atau hitam.

dulu Abah seorang yang sangat garang.
asyik muka ketat je!
nak tengok dia senyum,
sebulan sekali pun belum tentu dapat.

nak cakap apa-apa dengan Abah,
tak berani!
cuak tengok muka Abah.
padahal nak minta izin keluar je.

yang paling penting,
rotan adalah trademark Abah.
siapa buat salah,
kena rotan!

ingat lagi Umi cerita.
Abah ajar Along mengaji Al-Quran.
biasanya Umi yang ajar.
tapi kali ni, Abah yang offer diri nak ajar.
macam biasa lah rotan tak lepas di tangan.
Along punyalah cuak.
tetiba Abah angkat rotan tu.
Along terus menangis teresak-esak.
padahal Abah nak garu belakang dia je.

Along dan Abang Yo selalu kena rotan masa kecil-kecil
sebab nakal.
aku pun pernah kena rotan.
last aku kena rotan,
masa aku form 3 sebab aku balik lewat.
kami tak boleh pulang lewat dari 5 petang.
kalau tak, rotanmu di pehaku.

tapi sekarang,
dah tak segarang dulu.
tengok, adik aku siap bergurau senda lagi!
nak kutuk-kutuk Abah pun tak kisah.

paling cair tengok Abah senyum.
handsome!

Abah dan Umi suka bercucuk tanam.
waktu petang mereka banyak dihabiskan
untuk tanah.
segala jenis pokok yang aku tak pernah dengar
pun mereka tanam.


yang paling aku suka,
makin lama keromantikan Abah aku terserlah!
sekarang, nak jalan-jalan dengan Umi aku je.
dah tak bawa adik-adik aku.
dating berdua je katanya!

kalau jalan-jalan,
nak pegang tangan Umi.
tak lepas!

kadang-kadang, Abah tolong Umi kat dapur.
kalau tak tolong masak pun,
tolong berborak dengan Umi.

gurau senda pun tak kira masa dan tempat.
ada je teletah manjanya dengan Umi.
romantik kan?
sampai aku rasa nak cepat-cepat kahwin!



entri ni khas untuk Abahku,
Encik Azizan bin Mohamad Zain
kerana hari ini genap umurnya 53 tahun.

Abah,
selamat hari lahir ke-53.
moga kesihatan Abah berpanjangan.
moga rezeki Abah sentiasa melimpah ruah.
moga senyuman itu Wanie sentiasa dapat lihat.

maafkan Wanie selama 23 tahun hidup Wanie
langsung tidak membanggakan Abah dan Umi
seperti mana Abah bangga dengan Along dan Abang Yo.

tapi, Wanie telah buktikan sesuatu pada Abah.
walaupun Wanie tak berjaya dalam STPM,
tapi Wanie berjaya berikan Abah Diploma
dengan CGPA 3.57.
tapi tetap tak sebanyak CGPA Abang Yo kan?

terima kasih atas segala didikan Abah.
Wanie bersyukur punya ayah macam Abah.
kalau tak,
Wanie takkan berjaya genggam Diploma ni.
Wanie takkan pandai mengaji Al-Quran
apatah lagi khatam.

terima kasih Abah!!!


bila la agaknya dapat merasa naik City kesayangan Abah lagi?


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

10 comments:

akaqkaypoo said...

wei...sejarah lame xpyh ar cite
rotan tu yg membesarkn along smpi skrg..hehe
sapa kata wanie xmembanggakn abah
at least ur CGPA better than me...
even u never know abah luv u silently...
baik g mntk maaf sbb slh tanggapan..

acap said...

kau mmg patut kawin dah pun woi
hahaha.

hapy besday utk abah kau;)

enuLwanie said...

along : hahaha..sbnrnya wt entri ni utk along ingat kt abah.balik la, mereka menanti kepulanganmu!
sebenarnya, ada satu rhsia ttg along yg wanie tau!

acap : ko nak kawin dgn aku???

akaqkaypoo said...

xwt entri ni pn along igat gak kt abah la....hahaha
eleh, rahsia konon..xbalik pn along lh korek ngan umi...hehehe
sesapa yg nk kawen ngan wanie kne pandai mkn budu n terbaru TEMPE....hakhak

enuLwanie said...

hahahaha..
dah ada calon utk wanie ke?

Anonymous said...

delete la lagu kat blog ko ni. xbest langsung.ape pnye taste daa

enuLwanie said...

sabar-sabar..
aku pun tgh cari lagu baru.
rilex la!

klu xnk dgr,
tekan button stop!
nak kena ajar ke?

shakinah said...

sweet gila dow mak ayah kau pegang tangan.
:)

enuLwanie said...

shax : sbb tu la aku rs nk kawin cpt2!

Azrul Fhairuoz said...

wei abg yo pun termasuk sekali ke....abg yo memang nakal zaman kecik dulu..heheh biasa la hero...hahaha..kalu tak merasa rotan tu bukan anak lelaki nama nya