Yang Sayang Aku

Sunday, April 4, 2010

Apa Motif Kelab Anti Kelantan Di MukaBuku?


ada juga kelab macam ni di MukaBuku.
kalian nampak tak?
Kelab Anti Kelantan.
siap pangkah bendera Kelantan lagi.

hari tu ada Kelab Kami Benci Budak Kelantan,
tapi dah didelete.

ini sudah pasti mendatangkan kemarahan di kalangan orang Kelantan.

apa motif sebenar admin page ni?
kononnya nak berkongsi pendapat tentang masalah budak Kelantan.
tapi sebenarnya, bagi aku admin ni
nak menghasut orang ramai supaya lebih membenci orang Kelantan.

aku tahu Kelantan ni sinonim dengan
sifat 'perkauman' dan culture shock.

kalau cakap "saya dari Kelantan",
ada yang akan mencebik mulut.
kononnya masak dengan perangai orang Kelantan ni.
kalau dah jumpa gu (geng),
kawan dari negeri lain akan ditinggalkan.

tentu kalian ada pengalaman pahit dengan orang Kelantan.
putus cinta dan dipermainkan oleh gadis/pemuda Kelantan
atau bertumbuk tentang isu kenegerian.
tapi tidak relevan jika kalian mahu menubuhkan kelab seperti itu di MukaBuku.

takkan la rosak habis susu sebelanga gara-gara nila yang setitik itu?
kalau kalian bijak memilih teman,
anda takkan berjumpa dengan golongan 'nila' ini.

aku pun punya teman yang kononnya membenci orang Kelantan.
bila tengok bola, kutuk kaw-kaw!
dan ada sejarah berkawan dengan perempuan Kelantan.
tapi yang aku nak tergelak,
dalam laptop dia penuh dengan lagu dikir barat!
lagu yang aku tak pernah dengar pun dia tahu!
macam mana tu?

apa-apa pun, tak perlu membenci sesuatu
hanya kerana pengalaman yang pernah dilalui.
kalau begitu, aku boleh mengatakan aku boleh buat Kelab Anti Perak
kerana aku dah beberapa kali dikecewakan oleh orang Perak.
bukan seorang dua.
tapi lebih dari 5 kali.



p/s : pernah baca kat satu website,
professor sebuah universiti tempatan memuji
satu-satunya negeri yang mempunyai semangat kenegerian yang utuh
adalah KELANTAN.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

14 comments:

cengkerangcipot said...

aku ske entri ko kali nih..
hurmm act kne pk byk pndangan
dari pelbagai sudut..
yang positif mahupun negetif..
seriously aku agk kurang senang dgn
org kelantan ni. tapi tak salah klau
aku ckp mcmni, sekurang2nye aku
xlah smpai buat group camtu kn..
aku pn xtau ape yg aku komen ni..

CIKGU NAMAN said...

huh..ada jugak ye..itu disebabkan rakyat klate ramai diluar, bila berpuak sikit semuanya kena

padahal ada orang sabah kat U dulu siap geng ngan orgklantan pastu cakap kelantan fasih

Cik Bayu said...

ciput : oh..patutla ko xnk kwn dgn aku kat kolej ek?hehehe.. ;)

naman : wah, org sabah cakap kelantan fasih?hebat!

acap rahman said...

aku ore klate jugok.so?
haha.


wei.jgn guna 'MukaBuku'.
sebab mmg wujud 'MukaBuku' tu.
hahaha.search lah.macam haramjadah!

Cik Bayu said...

acap : aku tau mung ore kelate.so??
hahahaha..
xpe.xpe.nnt aku tukar.

Anonymous said...

DULU aku pun cam kurang senang dengan orang kelantan.
sebab mak tiri aku orang sana. aku benci dia.
*alert perkataan DIA tu.
haha,
tapi macam kau cakap. mana boleh sebab nila setitik nak boikot satu belanga kan.
so far membe kelantan aku ok la.
boleh luku pale sesama.

Cik Bayu said...

shax : tgk, x sume 'jahat' kan?
aku pun stakat ni xde la plak rs nak kwn dgn org kelantan je.
best pe ramai kwn dr lain2 negeri?
org sabah sarawak pun aku nak kwn.

Wanie-san said...

btl2!
sy rase sepjg sy belajar kat uitm..
rmai giler xsuke negeri kelantan..
siap ckp..aku xnk kapel ngan org kelantn..
mak aku marah rpt ngan org kelatan..
tp msalahnye..org kelantn 2 xpenah pon caari psal dgn die..tp apasal xsuke org kelntn?pelik btl..sy rase sbb diorg xphm bhasa kelantn..sbb 2la diorg xsuke kelntn..xphm btl dgn org mcm ni..

Cik Bayu said...

wanie-san : kdg2 disogok dgn cite yg buruk2 psl org kelantan ni.pdhal, rmai je yg ok! kat kolej wanie ada ramai bdk kelantan, tp xde plak buat kelab siswa kelantan.

akaqkaypoo said...

xtau la pe masalah ngan diaorg2 ni..
sedangkn mana2 negeri pn sama gak pe'elnye..
jgn kata kelantan je yg culture shock, ngr len pn ader..cuma org xnmpk..
kuman diseberang nampak jelas, gajah dpn mata xnmpk...

Cik Bayu said...

along : padahal ada je kan bdk2 negeri lain yg culture shock.
tp bile org kelantan, diorg lg cepat melatah.
kononnya di negeri sendiri xleh pakai sexy sbb takut kena saman/denda dgn MPKB.
sume atas diri sendiri kan long kan?

akaqkaypoo said...

bak kata abg long la...
along pakai tudung labuh lg seksi, sbb tu la along xpakai...hahaha (alasan)
tah la malas nk komen bab2 gini, nnt org kata diri sndr pn xbetul nk ajar org...
tp igat 1 pepatah ; jgn tgk pd org yg beri nasihat tp tgk pd ape yg dinasihatkn...
suma tu tepuk dada tanya iman...

Cik Bayu said...

along : wah..tazkirah pagi isnin.hahahahaha...mekaseh atas nasihat!

Anonymous said...

Dak uma aku kelantAN bwk jantan masuk uma, pastu romen kuat kuat. X reti hormat org. Buat muke x bersalah.