Yang Sayang Aku

Friday, October 22, 2010

Setelah Banyak Kegagalan Dalam Hidup Aku, Mungkinkah Ada Sinar Kejayaan Menanti Di Hadapan?

waktu sekarang tepat 4:11 pagi.
langsung tiada tanda-tanda mengantuk.

banyak persoalan memenuhi minda aku.
aku sudah pun berusia 23 tahun.
di usia ini,
aku sepatutnya mempunyai degree ataupun mungkin sedang di peringkat master.
aku sepatutnya mempunyai kerjaya stabil.
aku sepatutnya mempunyai kewangan stabil.

tapi malangnya
satu pun tiada pada aku.

apa yang silapnya dalam hidup aku?

kesilapan ketara bagi aku,
gagal untuk cemerlang dalam SPM.
mungkin aku sudah bersama-sama teman di matriks.
kesilapan kedua aku ulangi lagi.
gagal untuk cemerlang dalam STPM.
mungkin aku sudah bersama-sama teman di peringkat degree.

tapi kesilapan itu aku tebus balik.
aku berjaya cemerlang di peringkat diploma.
malah melepasi jangkaan aku ketika mula-mula menapak sebagai pelajar kolej.
dan kini aku kembali menjadi orang yang gagal
kerana aku masih takut untuk mempunyai kerjaya dengan kelulusan aku.
masih banyak yang perlu aku belajar.
dan aku sendiri tidak yakin dengan diri aku!

aku sekarang cuba untuk 'membaikpulih' diri aku.
cuba untuk tidak terus menjadi orang yang gagal!


sayang Afiq Al-Fyrdhaus!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

2 comments:

Anonymous said...

chaiyok2!!!!

Cik Bayu said...

mekaseh awak.


=)