Yang Sayang Aku

Tuesday, October 26, 2010

Kalaulah Aku Boleh Bawa Dia Bersama.

pagi ini akan bertolak ke KL.
bakal meninggalkan si kecil ini keseorangan.

 tengok, dah merajuk!

 lepas bagi makan, baru ok.



jangan nakal-nakal ye, Lili.
akan bawa bersama aku lepas Raya Haji ini.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, October 24, 2010

Semangat 'The Red Warriors'.


ini design baju The Red Warriors yang baru.
simple but nice!
tak sabar nak beli dan memilikinya.


kalau anda juga mahu memilikinya,
sila ke page ini dan buat tempahan.
cepat sebelum kehabisan!


bersemangat betul aku kali ni.
dah pesan awal-awal kat Abang Yo suruh beli tiket ke stadium.
dah lama nak pergi tengok bola di stadium.
dari tahun-tahun lepas lagi.
harap-harap dapat tengok live team Kelantan depan mata!




"gu gu Kelate,
kito pakak penuh stadium.
tapi hok penting sekali, jago tatasusila kito.
hok lepas, biar lepas.
jadikan sempadan.
jange wi malu ko Tok Guru kito!"







nak cari tudung warna merah dan putih.




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Kamu Tetap Sahabat Aku.

ERTI SAHABAT

Tak mudah untuk kita hadapi..
Perbedaan yang berarti..
Tak mudah untuk kita lewati..
Rintangan silih berganti..


Kau masih berdiri..
Kita masih di sini..
Tunjukkan pada dunia..
Arti sahabat..


Kau teman sejati..
Kita teman sejati..
Hadapilan dunia..
Genggam tanganku..


Tak mudah untuk kita sadari..
Saling mendengarkan hati..
Tak mudah untuk kita pahami..
Berbagi rasa di hati..


Kau adalah..
Tempatku membagi kisahku..
Kau sempurna..
Jadi bagian hidupku..
Apapun kekuranganmu..





kamu adalah sahabat aku.
akan tetap jadi sahabat aku.

tak kira apa.
tak kira bila.
tak kira siapa.
tak kira di mana.
tak kira bagaimana.

kamu tak perlu buat begitu
hanya kerana nak menjaga hati semua orang.
tapi, hati aku yang terluka!


orang lain tak pernah faham kita.
orang lain tak akan faham kita.


aku tak akan meninggalkan kamu yang lebih lama aku kenal
hanya kerana dia yang baru aku kenal sehari dua.

sedih.
pedih.
terguris.
terkilan.

walaupun
kamu tolak aku.
kamu buang aku.

kamu masih sahabat aku.
itu yang pasti!













p/s : aku sayangkan kamu yang dulu!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, October 23, 2010

Bila Semua Rajin Masuk Dapur.



hari ni semua orang bersemangat nak masak.

dari menu utama hinggalah ke pencuci mulut.

Nasi Goreng Cina.
memandangkan nasi masih banyak dan lauk sedia ada hampir habis,
aku pun goreng nasi.
punyalah semangat sampai letak hiasan.
lepas tu, hiasan tu Umi ambil dan guna untuk masakan dia pula.
 Popia Goreng.
ni yang Umi buat.

 nyum nyum.
sudah rangup digoreng.
boleh buka gerai jual petang-petang ni.

 adik aku, Safiirah pun tak nak kalah.
nak juga masak-masak.
nah, sekali dia buat Chocolate Cupcakes!
tapi sampai sekarang tak siap lagi sebab sibuk nak tambah aising kat atas,
tapi tak pandai.
kena tunggu Umi buat.
Umi juga.....!

 petang tadi,
Nisa bawa balik ayam BBQ yang belum dimasak.
entah dari mana dia dapat.
terus bakar on the spot!
nasib baik 8 ketul saja.
kalau tak, sampai maghrib pun belum tentu habis lagi bakar.

 dengan gigih aku kipas ayam-ayam.
dah la baru lepas mandi,
badan jadi busuk balik!

 Umi selaku penasihat.
masak ke tak ayam tu, dia yang tentukan.
maklum lah, aku mana reti!

 nak juga ambil gambar dengan ayam-ayam.
sama 'rentung' kan?

sempat lagi Putih berkasih sayang dengan Bubu.
Putih masih menjilat badan Bubu walaupun Bubu dah besar.
malah, lagi besar badan dari dia.
itulah kasih ibu!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, October 22, 2010

Setelah Banyak Kegagalan Dalam Hidup Aku, Mungkinkah Ada Sinar Kejayaan Menanti Di Hadapan?

waktu sekarang tepat 4:11 pagi.
langsung tiada tanda-tanda mengantuk.

banyak persoalan memenuhi minda aku.
aku sudah pun berusia 23 tahun.
di usia ini,
aku sepatutnya mempunyai degree ataupun mungkin sedang di peringkat master.
aku sepatutnya mempunyai kerjaya stabil.
aku sepatutnya mempunyai kewangan stabil.

tapi malangnya
satu pun tiada pada aku.

apa yang silapnya dalam hidup aku?

kesilapan ketara bagi aku,
gagal untuk cemerlang dalam SPM.
mungkin aku sudah bersama-sama teman di matriks.
kesilapan kedua aku ulangi lagi.
gagal untuk cemerlang dalam STPM.
mungkin aku sudah bersama-sama teman di peringkat degree.

tapi kesilapan itu aku tebus balik.
aku berjaya cemerlang di peringkat diploma.
malah melepasi jangkaan aku ketika mula-mula menapak sebagai pelajar kolej.
dan kini aku kembali menjadi orang yang gagal
kerana aku masih takut untuk mempunyai kerjaya dengan kelulusan aku.
masih banyak yang perlu aku belajar.
dan aku sendiri tidak yakin dengan diri aku!

aku sekarang cuba untuk 'membaikpulih' diri aku.
cuba untuk tidak terus menjadi orang yang gagal!


sayang Afiq Al-Fyrdhaus!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, October 21, 2010

Perancangan Aku Untuk Jangka Masa Pendek Ini.

klik untuk tumbesaran

aku ditanya oleh Mr BFF,
apa perancangan aku dalam jangka masa pendek ni.

boleh tak kalau aku jawab,
nak kahwin?
tapi kahwin bukan kerja mudah.
aku tak nak kahwin setahun dua.
kalau boleh kekal ke akhir hayat dan
bukan setakat ke anak cucu.

yang ini sebetulnya.
sekarang aku ada 2 pilihan.
sama ada teruskan pengajian aku di peringkat degree
ataupun cari peluang pekerjaan.


tak kisah la,
dalam sektor swasta ataupun kerajaan.

 pilihan kerjaya dalam SPA8i.

kalau tak dapat kerja juga,
tahun depan aku akan sambung belajar.

ada satu yang aku tengah risaukan.
aku masih sayangkan bidang IT.
tapi Abah macam beria sangat nak aku sambung degree dalam TeSL.
lari bidang tu!
*siap nak buat pulut kuning dengan rendang kambing lagi kalau dapat!!*

aku ni pandai ke tak, nak mengajar orang?
dah la cakap english pun broken.
budak-budak zaman sekarang bukan macam zaman kita dulu.
kadang-kadang lagi advance dari guru.


cuma, pinta aku dari kamu
yang sudi membaca blog aku ni secara sengaja ataupun tidak,
doakanlah aku ni dimurahkan rezeki.
dan cepat bertemu 'jodoh' pekerjaan yang sesuai.

amin....


p/s :
puas hati ke tak dengan jawapan aku?

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, October 18, 2010

Cukup Terasa!

pernah tak kalian rasa dihina oleh orang yang rapat dengan kalian?
terasa pedih hati ini!

aku tahu kau mampu memiliki segalanya.
semua yang kau miliki dengan hasil usaha kau sendiri.
apa yang kau ada tak guna satu sen pun duit aku.
malah, aku yang banyak terhutang budi pada kau!

tapi perlu ke kau hina aku?
aku tau,
aku masih tak mampu memiliki seperti kau.

aku tak ada lesen.
dulu pergi kerja dengan bas saja.
tapi aku langsung tak pernah menyusahkan orang.
aku pergi kerja dengan bas.
dan aku pulang kerja pun dengan bas.

bukan macam kau.
ada motor.
ke mana kau mahu pergi, kau boleh pergi.
malah, dah cukup arif dah jalan-jalan di sini.
dan sekarang, kau sudah mampu pandu kereta.

tapi aku?
masih begini.
useless kan aku ni!

kau mampu cari duit kau sendiri.
aku memang respect kau.
pandai buat bisnes.
lepas itu, kau support adik-adik.
belikan adik-adik itu dan ini.

tapi aku?
masih begini.
useless kan aku ni!

aku kecil hati.
aku terasa hati.

aku tak perlukan penghormatan dari kau.

tapi tolonglah,
jangan hina aku!

mungkin bila aku sudah mampu memiliki apa yang kau miliki sekarang,
masa tu aku takkan pandang kau lagi.
sebab sekarang kau cukup bongkak dengan aku!





"Ya Allah,
Permudahkanlah jalan rezeki kepada hamba-Mu!"



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, October 16, 2010

Buta Hati

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka".
 [Aal Imraan 3:190-1]

Buta Hati.
Orang yang telah tertutup hati ataupun telah mati hatinya untuk menerima ilmu.

Assalamu'alaikumAhlan wa sahlan...
Begitu ramai melihat tapi masih buta lagi hatinya untuk menerima.
Segala kebesaran yang berlaku didepan mata, segala isi pati dunia yang berputaran dikaca TV.
Hal-hal agama kini makin menipis dan semakin diperlekehkan.
Ini kerana "buta hati"nya yang terlalu jauh bersimpung dengan janji-janjinya di dunia.

Dari apa yang dilihat, penyakit "buta hati" bukanlah suatu penyakit baru, penyakit yang boleh dirawat dihospital-hospital atau klinik.
Mahupun dengan rawatan pakar sekalipun.

Dalam konteks "buta hati" ini adalah apabila seseorang itu telah tertutup pacainderanya untuk menerima ilmu agamanya sendiri.
Sangat jelik apabila ingin memperkatakan hal-hal sebegini di dalam pergaulan. Begitu banyak tanggapan ataupun sindiran
yang akan dilemparkan.


Bukankah manusia perlu sentiasa beringat-ingat antara satu sama lain, agar kita tidak terus lalai dan alpa..?


“Dia berkata, ‘Ya Tuhan mengapa Engkau mengumpulkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dulu melihat?’
(Thaahaa: 125)

Jadi orang tersebut tahu bahwa ketika di dunia ia buta dari kebenaran bukannya buta matanya, sehingga ia mengatakan,
“Dan sungguh dulu aku melihat.”

Lalu bagaimana ketika kata-katanya itu dijawab dengan firman-Nya,
“Demikianlah, karena kamu telah didatangi ayat-ayat kami, lalu kamu melupakannya.Maka, demikian pula hari ini kamu dilupakan.” (Thaahaa: 126)

Manusia yang mati hati hanya memikirkan kepentingan diri sendiri dan sanggup membiarkan orang lain menderita.
Manusia yang hatinya mati tidak takut atau malu melakukan jenayah dan dosa. 
Bahkan, ada berbangga mereka bercerita perbuatan maksiat yang mereka lakukan seperti rogol-bunuh-bakar,
berzina, menipu, rasuah dan berbuat zalim kepada orang lain. 

Hati yang mati itu sama seperti jasad yang tidak bernyawa. Jika dipukul, ditepuk dan dicubit berkali-kali pun, ia tidak akan mendatangkan kesan. 

Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:
Ingatlah! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah.
Jika baik, baiklah seluruh jasadnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati. 

Rasulullah bersabda;
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibnu Majah). 

Abdullah bin Abbas berkata: "Kebaikan itu mendatangkan sinar pada wajah, cahaya di hati, kelapangan dalam rezeki, kekuatan badan dan perasaan cinta di hati. "

"Sedangkan dosa itu mendatangkan kesuraman pada wajah, kegelapan di hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan kebencian di hati manusia". 

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati."
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi). 

Jangan menjadikan ketawa keterlaluan sebagai cara menzahirkan perasaan gembira kerana boleh membawa kepada beku dan matinya hati. 

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak gunakan untuk mendengar (ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. "
(Surah al-Araaf ayat 179). 

"Rezeki haram menyumbang 'kematian' hati. Ia juga melahirkan individu yang berpenyakit,"

Allah berfirman yang bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22). 

Kini tiba pula, pada diri sendiri agar dapat memahami apa ertinya "hati" itu sendiri.
Begitu banyak kesan kerana butanya hati. 

Janganlah mudah untuk terpedaya dengan segala bisikan syaitan dan nafsu dunia lalu hanyut dan lalai dengan detikan masa.
Sehinggakan alpa, walhal, begitu banyak hidayah dan petunjuk yang diberikan didepan mata, malah begitu jelas lagi kebesaranNYA.
Masih buta lagi hati untuk menerimanya. Adakah sangat dunggu akhirnya?
Di penghujung bibit-bibit usia, hanya yang tinggal adalah kekesalan yang mengunung dan barulah mahu mencari erti hidup yang sebenar.

Hati yang gelap bagaikan menghidupkan pokok yang telah mati.
Walaubagaimana ia disiram, dibaja, ia tetap mati hingga keakhirnya.

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa
Bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

(Lirik lagu Raihan : Antara Dua Cinta.)



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.