Yang Sayang Aku

Saturday, April 24, 2010

Dia Memang Teman Terbaikku.


kenal siapa dia?


sanggup menemani aku ke mana-mana jua.
selalu ada untukku!


suka mendengar luahan hati aku.


suka bantu aku tak kira masa dan tempat.


kami bukan pasangan bercinta.
kami hanya teman baik.


terima kasih Kamarul Ariffin Mohd Rasidi.
kamu memang teman terbaik yang pernah aku ada!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, April 17, 2010

Akhirnya..

akhirnya,
aku berjaya mendapat kerja yang aku 'impikan' selama ni.
kerja biasa saja.
untuk menghabiskan masa-masa terbuang
sebelum sambung degree.


nilah nama company aku?
siapa berhutang dengan bank,
sila berani berhadapan dengan kami!


ini kak Sumathi.
dia ajar aku step-by-step.
aku tak pernah jumpa orang yang boleh ajar aku sebaik kak Sumathi.


semalam,
Kamarul, my-best-buddy datang lepak kat Times Square dengan
housematenya, Ajak.
aku dapat lihat style 'gigolo'nya bila
dia pakai baju yang agak fit.

oh Kam, kamu memang gorgeous dan 'gayous' dengan style macam tu!


ni gambar yang Ajak ambil.

memang 'terbaik' la!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, April 10, 2010

Nama Saya, Aiman.

dah lama tak senyum macam ni!

semalam ke kolej dengan Kamarul untuk minta sijil tamat belajar
sebab kami nak join kursus UNIX/LINUX Administration.

lepas tu, dia ajak lepak dengan teman-temannya
pergi karaoke.
tapi tak jadi sebab temannya yang belajar di UiTM Shah Alam
datang lewat dan bilik karaoke dah penuh.

tapi siapa sangka,
rupa-rupanya temannya adalah teman aku masa Lower Six.
kami sempat berkawan beberapa bulan
sebab dia melanjutkan pelajaran di UiTM.

patutlah rasa familiar sangat-sangat muka dia!
sekali pandang macam Cik Cumey.
dua kali pandang memang macam muka dia.

seronok sangat jumpa dengan mereka.
kami main boling di Times Square.
memang have fun habislah!

oh ya, nama baru aku ialah Aiman.
ni gara-gara Kamarul yang bagi nama tu bila kenalkan aku
pada teman-temannya.

bila main boling, mereka akan jerit.
"GO AIMAN GO!!
CHAIYOK CHAIYOK MAN!!"

nasib baik aku suka nama tu!
Aiman tak kisah pun.

yang tutup muka tu adalah Ajak.
dia serumah dengan Kamarul.
sebelum ni, aku tak pernah borak dengan Ajak.
tapi, tak sangka dia memang sempoi gila!

kita memang 'cun' kan, Ajak???


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, April 8, 2010

Apa Yang Tak Kena Dengan Aku?

banyak yang aku rasa tak kena dalam hidup aku sekarang.

aku menyesal ke belajar IT?
sampai sekarang, tiada yang nak ambil aku kerja.
pointer pun bukan teruk sangat pun!
betul juga kata Abang Yo semalam.
bahagian kesihatan la senang dapat kerja.

bukannya aku tak pernah memohon
mana-mana institusi pendidikan.
aku dah apply SPA.
tapi tiada feedback dari mereka.
aku dah pergi temuduga terbuka MAHSA.
tapi tempat untuk nursing dah penuh.
IPTA pun aku dah apply.
tapi, keputusan tetap sama.
hampa!

perlu ke aku ambil diploma dalam bidang kesihatan?
Abang Yo kata, ramai juga yang belajar nursing
sebab mereka tiada kerja
dalam bidang yang mereka ambil sebelum ni.

bingung aku memikirkannya!

bila aku tengok Facebook,
ada saja gambar teman-teman yang keluar hang out dengan teman mereka.
aku dah hampir sebulan di KL,
tapi baru semalam aku keluar jalan-jalan.
tu pun, aku paksa Abang Yo teman aku keluar.
kami tengok filem 'Clash Of Titans' di Leisure Mall.
sebenarnya, kesian juga dengan Abang Yo.
baru habis kerja malam.
tak sempat berehat.
kena layan kerenah aku.

tapi kesian tu tak lama.
bengang bila dia beli goggle
untuk mandi di kolam renang di apartment kami.
aku baru saja cakap nak beli muslimah-swimming-suit
sebab jealous dia selalu mandi di swimming pool.
tanpa swimming suit, kami tak boleh mandi.
nanti tak pasal-pasal guards tiup wisel suruh kami naik!

oh ya, aku selalu tertanya-tanya.
mana teman-temanku pergi?
yang selalu buat aku ceria dengan komen-komen kalian.

teman-teman yang lain juga.
teman-teman kolej.
teman-teman bloggers.
kalian merajuk dengan aku ke?
kalian marah dengan aku ke?

maaf.
aku bukan teman yang terbaik untuk kalian.

maaf.
banyak-banyak.




p/s : malas nak tukar colour font.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, April 6, 2010

Nak Merajuk La Camni!

kamu tahu ini beg apa?

ye, beg itu berisi DSLR.
Canon EOS500D.
Abang Yo baru beli semalam.
kamu tahu apa rasa hatiku?

ini pula handphone barunya.
Sony Ericsson Cyber-shot.
kamu tahu apa aku rasa?


sumpah,
aku jealous!

dia beli serentak.
ini yang buat aku nak kerja cepat-cepat ni!
dia beli DSLR dulu dari aku.

rasa nak curi saja DSLR tu!


dah la tengok wayang Alice In Wonderland 3D tak ajak aku!


ni rasa nak merajuk ni!!!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, April 5, 2010

Facebook VS Mukabuku.

facebook yang aku sering guna istilah 'MukaBuku' di blog ini.

laman web mukabuku.net


terima kasih pada Acap Rahman
sebab alertkan aku.

selama ni aku selalu guna istilah 'MukaBuku'
bagi menggantikan 'Facebook' di blog aku.
tapi, rupa-rupanya betul-betul wujud laman web mukabuku.net.
tapi sejauh mana kepopularitian mukabuku.net di kalangan kita,
aku pun tak tahu.

tak pernah lagi aku dengar artis atau sesiapa yang
menggunakan mukabuku.net
sebagai penghubung antara mereka dengan orang luar.

pernah nampak Dato Siti Nurhaliza ada fan page di mukabuku.net?
pernah terlihat Faizal Tahir beri alamat www.mukabuku.net/faizaltahir
kepada peminat-peminatnya?

kenapa harus ada klon?
kononnya untuk 1Malaysia.
tapi kenapa tidak diuar-uarkan di media massa?

tapi sebenarnya tak pelik pun.
sedangkan MySpace pun ada klon.
MyRakan namanya.
adik aku pernah guna social networking ni.
interfacenya langsung tak menarik.
tapi aku rasa agak ramai orang yang menggunakannya.

mungkin inilah kesannya bila ramai sudah celik IT
dan pandai mencipta laman web sendiri.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, April 4, 2010

Apa Motif Kelab Anti Kelantan Di MukaBuku?


ada juga kelab macam ni di MukaBuku.
kalian nampak tak?
Kelab Anti Kelantan.
siap pangkah bendera Kelantan lagi.

hari tu ada Kelab Kami Benci Budak Kelantan,
tapi dah didelete.

ini sudah pasti mendatangkan kemarahan di kalangan orang Kelantan.

apa motif sebenar admin page ni?
kononnya nak berkongsi pendapat tentang masalah budak Kelantan.
tapi sebenarnya, bagi aku admin ni
nak menghasut orang ramai supaya lebih membenci orang Kelantan.

aku tahu Kelantan ni sinonim dengan
sifat 'perkauman' dan culture shock.

kalau cakap "saya dari Kelantan",
ada yang akan mencebik mulut.
kononnya masak dengan perangai orang Kelantan ni.
kalau dah jumpa gu (geng),
kawan dari negeri lain akan ditinggalkan.

tentu kalian ada pengalaman pahit dengan orang Kelantan.
putus cinta dan dipermainkan oleh gadis/pemuda Kelantan
atau bertumbuk tentang isu kenegerian.
tapi tidak relevan jika kalian mahu menubuhkan kelab seperti itu di MukaBuku.

takkan la rosak habis susu sebelanga gara-gara nila yang setitik itu?
kalau kalian bijak memilih teman,
anda takkan berjumpa dengan golongan 'nila' ini.

aku pun punya teman yang kononnya membenci orang Kelantan.
bila tengok bola, kutuk kaw-kaw!
dan ada sejarah berkawan dengan perempuan Kelantan.
tapi yang aku nak tergelak,
dalam laptop dia penuh dengan lagu dikir barat!
lagu yang aku tak pernah dengar pun dia tahu!
macam mana tu?

apa-apa pun, tak perlu membenci sesuatu
hanya kerana pengalaman yang pernah dilalui.
kalau begitu, aku boleh mengatakan aku boleh buat Kelab Anti Perak
kerana aku dah beberapa kali dikecewakan oleh orang Perak.
bukan seorang dua.
tapi lebih dari 5 kali.



p/s : pernah baca kat satu website,
professor sebuah universiti tempatan memuji
satu-satunya negeri yang mempunyai semangat kenegerian yang utuh
adalah KELANTAN.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Bila Nak Dapat Kerja Ni?

bosan.
terlalu bosan.
badan pun dah makin gemuk.
mana tidaknya, makan, tidur, tengok tv.
itu saja yang termampu.

games kat MukaBuku yang aku tak pernah main pun
dah jadi kegilaan aku sekarang ni.
persaingan sengit aku sekarang, Syuhada
yang pastinya kerjanya makan tidur di rumahnya di Johor.

tapi, kalau tak dapat pinjam broadband Abang Yo,
main saja games di laptop.

games Tumblebugs ni aku dah main sampai level 9.
lepas tu, mati!
main sampai tukar-tukar nama player pun
tapi tetap mati di level 9.


Jumaat lepas,
aku hadiri interview Network Enginner
di Megan Salak Park, Taman Desa Petaling.
aku datang lewat beberapa minit
sebab beberapa kali tersesat jalan.
sepanjang interview tu sempoi saja.
tak tahu lah aku yang main-main ke
ataupun dia yang memang sempoi.

tapi, aku tak berharap sangat kerja ni.
kalau ada rezeki, dapatlah merasa duit banyak hujung bulan ni.
kalau tak, main Tumblebugs lagi lah jawabnya!


teman-teman lama aku ajak pergi ABP-BH malam ni.
tapi aku tak dapat join.
nak cekau duit kat mana?


terima kasih kepada Abang Shazruls dan Kamarul
sebab concern kat saya.
maaf sebab tak dapat balas SMS hari tu.
kredit takde.


p/s : kalau ada kerja kosong kat tempat kerja kalian,
inform la aku!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, April 1, 2010

Dia Abahku.

ini adalah ibu bapaku.
aku bangga menjadi sebahagian dari mereka.

Abah seorang yang amat tegas.
terutama dalam perihal agama dan pendidikan.

kalau putih katanya,
tiada orang boleh menukarnya jadi kelabu atau hitam.

dulu Abah seorang yang sangat garang.
asyik muka ketat je!
nak tengok dia senyum,
sebulan sekali pun belum tentu dapat.

nak cakap apa-apa dengan Abah,
tak berani!
cuak tengok muka Abah.
padahal nak minta izin keluar je.

yang paling penting,
rotan adalah trademark Abah.
siapa buat salah,
kena rotan!

ingat lagi Umi cerita.
Abah ajar Along mengaji Al-Quran.
biasanya Umi yang ajar.
tapi kali ni, Abah yang offer diri nak ajar.
macam biasa lah rotan tak lepas di tangan.
Along punyalah cuak.
tetiba Abah angkat rotan tu.
Along terus menangis teresak-esak.
padahal Abah nak garu belakang dia je.

Along dan Abang Yo selalu kena rotan masa kecil-kecil
sebab nakal.
aku pun pernah kena rotan.
last aku kena rotan,
masa aku form 3 sebab aku balik lewat.
kami tak boleh pulang lewat dari 5 petang.
kalau tak, rotanmu di pehaku.

tapi sekarang,
dah tak segarang dulu.
tengok, adik aku siap bergurau senda lagi!
nak kutuk-kutuk Abah pun tak kisah.

paling cair tengok Abah senyum.
handsome!

Abah dan Umi suka bercucuk tanam.
waktu petang mereka banyak dihabiskan
untuk tanah.
segala jenis pokok yang aku tak pernah dengar
pun mereka tanam.


yang paling aku suka,
makin lama keromantikan Abah aku terserlah!
sekarang, nak jalan-jalan dengan Umi aku je.
dah tak bawa adik-adik aku.
dating berdua je katanya!

kalau jalan-jalan,
nak pegang tangan Umi.
tak lepas!

kadang-kadang, Abah tolong Umi kat dapur.
kalau tak tolong masak pun,
tolong berborak dengan Umi.

gurau senda pun tak kira masa dan tempat.
ada je teletah manjanya dengan Umi.
romantik kan?
sampai aku rasa nak cepat-cepat kahwin!



entri ni khas untuk Abahku,
Encik Azizan bin Mohamad Zain
kerana hari ini genap umurnya 53 tahun.

Abah,
selamat hari lahir ke-53.
moga kesihatan Abah berpanjangan.
moga rezeki Abah sentiasa melimpah ruah.
moga senyuman itu Wanie sentiasa dapat lihat.

maafkan Wanie selama 23 tahun hidup Wanie
langsung tidak membanggakan Abah dan Umi
seperti mana Abah bangga dengan Along dan Abang Yo.

tapi, Wanie telah buktikan sesuatu pada Abah.
walaupun Wanie tak berjaya dalam STPM,
tapi Wanie berjaya berikan Abah Diploma
dengan CGPA 3.57.
tapi tetap tak sebanyak CGPA Abang Yo kan?

terima kasih atas segala didikan Abah.
Wanie bersyukur punya ayah macam Abah.
kalau tak,
Wanie takkan berjaya genggam Diploma ni.
Wanie takkan pandai mengaji Al-Quran
apatah lagi khatam.

terima kasih Abah!!!


bila la agaknya dapat merasa naik City kesayangan Abah lagi?


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.