Yang Sayang Aku

Saturday, April 18, 2009

baca bukan pada tajuknye...

first skali, thanx to tqa *lena dalam dark purple blanket* sebab bagi pinjam laptop untuk aku update blog aku yang dah sebulan lebih terbiar tanpa entri untuk tatapan 'peminat'. *malu i..*

hahaha...
sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita dalam ruangan pinky ni.tapi disebabkan along aku hantar laptop aku a.k.a ex-laptop dia gi setting pape ntah dalam laptop aku,so aku terpaksa sunyi dari ruangan maya ni..

tadi dah kena kutuk dengan tqa.dulu selalu update blog,tapi sekarang senyap je.dulu ada je cerita baru,tapi sekarang hanya view blog orang lain.nak pinjam laptop orang,takut rosakkan plak.*dah serik rosakkan laptop mahal sanah.sori teman!*

cuti semester dah start.aku dah ada perancangan untuk cuti kali ni.harap-harap sangat menjadi!antara wish list aku:

1.aktiviti yang paling aku tunggu selama 22 tahun, camping!tapi agak sedikit takut dan cuak sebab aku seorang yang agak penakut.pelbagai cerita seram,pahit dan manis yang aku dengar dari orang yang berpengalaman.insya-Allah aku akan gunakan senjata keimananku sebagai pendinding.apa guna ada surah Yassin dan ayat-ayat Quran dalam hati kalau tak aplikasi...

2.aku nak keje kat mcDonald's ampang park seminggu sebelum balik kampung.dah lama agaknya tak keje sejak aku tak berapa sihat hari tu.tadi dah sms kat manager aku,abang shahrel untuk masukkan nama aku dalam jadual keje.

3.balik kampung!!!tu yang aku nak sangat-sangat-sangat!!!persetankan benda lain.aku nak balik!!aku nak celebrate besday adik aku,amie yang ke-10..dah lama tak gigit pipi tembam dia.geram wei!!rindu sangat-sangat!!!

4.balik kampung ni gak aku nak try amik lesen motor.setakat jadi jaguh rempit kampung tak menarik la..dan kalau aku pandai bodek-bodek abah,mungkin aku nak bawa motor lagenda baru abah.best woo merempit!!tak pun,koman-koman pun dapat honda wave pun takpe la..nak sangat ada motor sendiri.senang untuk gi keje,tak pun kalau kena keluar gi mana-mana...

wish list no3 dan no4 paling harap sangat ditunaikan.korang tunggu la nanti perkhabaran baik dari aku bulan mei nanti.

selamat bercuti semua!!jangan lupa update blog ye....

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

3 comments:

emilia sarah said...

yeay wany da kembali!! :D

Syuhada said...

Welcome to the club encik pinky.

enuLwanie said...

hahaha....
hepi ye korang ble aku dh update blog!!

p/s syu:
encik pinky?
sedangkan aril af7 pun naik skuter pink..
nape tidak wanie yg agak pinky ni..
kuikuikui....