Yang Sayang Aku

Tuesday, June 14, 2011

Final FA 2011 Dari Sudut Mata Aku.

tak sangka akhirnya,
aku dapat menonton peringkat akhir bola sepak
Piala FA 2011 di Stadium Bukit Jalil pada 11 Jun lalu.

dah 3 tahun aku tunggu peluang ini.
sebelum ni, ada saja kekangan yang menghalang aku ke stadium.

aku tak mahu bercerita tentang siapa yang jadi juara atau
salah siapa untuk kekalahan malam tu
sebab dah banyak media yang uar-uarkan berita ini.


cuma aku mahu ceritakan betapa seronoknya aku ke stadium.
ini kali ketiga aku ke stadium
tapi kali pertama aku menjejakkan kaki menonton final bola sepak.


 aku ke sana bersama abang, adik perempuan aku, Nisa dan 'bakal suami'nya.
perjalanan Nisa lah yang paling jauh.
pukul 4 pagi dia bertolak dari rumah di Kota Bharu ke Kuala Krai.
Abang Yo menunggu di Kuala Krai sebab
Abang Yo bekerja di sana.

selepas itu, barulah mereka bertiga bertolak ke Kuala Lumpur.
kalau Abang Yo memandu,
minimum kelajuan yang dipandu adalah 120km/j.

sebelum pukul 2 petang, mereka sampai di Kuala Lumpur.
setelah 2 jam berehat, baru kami berempat ke Stadium Bukit Jalil.
keluar saja dari Tesco Extra Taman Midah,
jalan sudah mulai sesak dan banyak kereta berpusu ke stadium.

kami parking di tepi highway.
tu pun ada DBKL nak tunda kereta dan
polis nak saman kereta yang parking di situ.
pasrah saja sebab memang dah tak ada parking kosong.


sambil baca perjalanan aku di stadium,
mari kita layan gambar-gambar yang sempat ditangkap.

Nisa dan Faris, 'bakal suami'nya.

 terpaksa berjalan jauh untuk ke stadium.
 perkarangan stadium sudah mulai sesak dengan lautan merah putih.

sempat bergambar dengan Abang Yo.

 
selepas Maghrib, tempat duduk mulai penuh.
sampai ada yang tak ada seat.

terpaksa lah berkongsi tempat duduk dengan Abang Yo.



 sikap pentingkan diri sendiri macam ni lah yang buat orang belakang bengang.
kalau rasa nak tengok dekat-dekat, turun saja dekat tingkat bawah sekali.
aku terpaksa tengok di skrin besar bila perlawanan bermula.
aku hanya dapat bangun bila bola menghampiri gawang.
lepas tu, orang belakang minta kami duduk balik.
tapi yang duduk kat depan sekali ni macam tak ada telinga.
terlalu pentingkan diri sendiri!

 makcik ni nampak biasa saja.
aku sangkakan dia hanya mengikut suami dan anak-anak dia ke stadium.
dengan kipas tangan tak lekang di tangan,
asyik mengibas-ngibas badan yang berpeluh.

tapi bila perlawanan bermula, dia yang bagi sokongan lebih.
yang paling aku nak tergelak, bila bola ke kiri padang, dia pun bergerak ke kiri.
bila bola ke kanan padang, badan dia pun sama ke kanan.
bila Kelantan terlepas peluang menjaringkan gol,
dia yang bersungguh-sungguh bagi semangat.
comel sungguh makcik ni!

ini masa Kelantan menjaringkan gol di minit ke-79.
masa ni aku rasa aku boleh bersorak sepuas-puas hati,
menjerit sakan dan terlompat-lompat kegirangan.
tak ada orang nak marah!
kalau kat rumah, jangan harap nak buat macam ni.

lebar saja senyuman tu bila dah 1-0.

bila Terengganu menyamakan kedudukan, semua jadi terdiam.
tapi dalam hati, aku tetap berdoa semoga rezeki berada di pihak Kelantan.

tapi yang nyata, rezeki berpihak di tangan Terengganu.
mungkin ada hikmah di sebalik kekalahan ini.
mungkin Dia tak mahu kita terlalu over-confident untuk meraih kemenangan ini.



TAHNIAH TERENGGANU!











p/s : dalam adik beradik aku,
hanya Abang Yo, Nisa dan adik bongsu, Amie yang dilahirkan di Kelantan.
yang lain, Terengganu!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, June 10, 2011

Pengalaman Ber'chat' mIRC.


idea untuk update entri ni sebab Joegrimjow ada buat entri pasal ini juga.




aku start belajar main chatting mIRC masa aku tingkatan 2.
masa tu, Abah baru beli komputer baru untuk kami sekeluarga.
kebetulan aku seorang saja yang sekolah waktu petang.
jadi masa pagi tu aku main komputer dan godek-godek website yang ada.




kalau main mIRC, aku suka guna channel #kampung.
kira channel tu famous la!
lepas tu, ada satu lagi website chatting kalau tak silap aku,
www.kampungchat.com.


banyak yang aku belajar tentang mIRC.
aku belajar 'bahasa-bahasa' chatting.

contohnya : a/s/l - age/sex/location.
ic - I see.

yang kelakar masa aku berjinak-jinak dengan dunia chatting ni,
aku tak tahu singkatan perkataan yang digunakan.
jadi aku faham-faham sendiri saja.
tapi ada satu chat ni yang buat aku tergelak sakan.

mamat : hi.
aku : hye..
mamat : asl?
aku : 18,f,KL (aku suka tipu status aku)
mamat : owh..ic.
aku : eh, kenapa nak tanya IC?


mamat : saya bukan tanya IC. saya cuma cakap, 'I see'.
aku : hehehe..

malu gila masa tu!
nasib baik tak bagi IC penuh.
tergelak seorang-seorang aku masa tu!



daripada mIRCjuga,
aku kenal seorang jejaka.
dia orang Sekinchan, Selangor.
nama dan rupa dia pun aku ingat lagi.
masa tu tak ada nak fikir soal bercinta sangat.
hanya berdasarkan soal pelajaran.
(baik tak aku ni..)
tapi perkenalan kami makin rapat.
aku minta untuk buat pertukaran kertas soalan peperiksaan akhir tahun.
maklumla kena buat persediaan PMR masa awal tahun lagi.

bila dia poskan kertas soalan dia,
dia selitkan satu kertas.
rupa-rupanya, dia propose aku jadi teman wanita dia.
bertahan 4 tahun juga la percintaan kami.
masa tu mana ada handphone lagi.
selepas saling utus gambar, baru declare couple.
selalu berbalas surat dan sekali sekala dia akan call aku guna public phone.
aku suka cara percintaan kami masa tu!



tapi kalau kita tak pandai nak cari teman chat,
akan dapat banyak chat yang lucah.
nickname tu pun kalau nama dah gersang,
jangan la mula dilayan sangat!

perempuan lelaki sama saja.
'abang_gersang'
'adik_manja'
mula-mula tanya saiz bra.
lepas tu ajak buat phone sex!
ngeri ngeri ngeri!!!




korang yang sebaya aku mesti ada pengalaman chatting mIRC kan?
kongsi la sikit.








gambar ihsan dari pakcik Google.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, June 9, 2011

Sekarang Awak Fahamkan?

minggu lepas, aku jumpa dia.
dia minta aku onkan bluetooth handphone aku.
dia mahu transfer satu file pada aku.

rupanya satu video.
tapi aku sungguh tersentuh bila membacanya.




"awak kena faham..
kenapa saya cemburu tengok awak bahagia bila dengan orang lain,
sebab saya sayangkan awak,
orang kata cemburu itu tandanya sayang kan..?"

"awak kena faham..
kenapa kadang-kadang saya merajuk,
sebab saya nakkan perhatian dari awak."

"awak kena faham..
kenapa saya selalu call dan SMS awak ,
sebab masa tu saya terlalu rindukan awk."

"awak kena faham..
kenapa saya kadang-kadang marahkan awak,
sebab saya nak yang terbaik untuk awak."

"awak kena faham..
kenapa saya buat banyak pengorbanan untuk awak,
sebab saya nak hidup selamanya dengan awak."

"awak kena faham..
kenapa saya selalu minta nasihat dan pertolongan awak,
sebab awak kan tulang belakang saya?"

"awak kena faham..
kenapa saya selalu ucap terima kasih pada awak,
sebab saya nak awak tahu betapa saya menghargai awak."

"awak kena faham..
kenapa selalu lambat bersiap,
sebab saya mahu menambat hati awak, bukan org lain,
dan mahu menjadi terbaik untuk awak."

"awak kena faham..
kenapa saya selalu mengadu dengan awak,
sebab awak segalanya untuk saya."

"awak kena faham..
kenapa saya rahsiakan sesuatu dari awak,
sebab saya tak nak awak risau."

"awak kena faham..
kenapa saya pergi tanpa beritahu awak,
sebab itu mungkin bukan jodoh kita."


sekarang awak faham kan...







titisan air mata di pipi turun dengan lebatnya tanpa aku sedari.
ye, aku tahu dia takkan jadi milikku.
tapi dia tahu aku terlalu sayangkan dia.

moga dia terus bahagia dengan pilihan hatinya.
terima kasih sayang sebab bahagiakan saya selama bertahun-tahun ni.
saya tak mungkin akan temui insan seperti sayang lagi.





Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, June 7, 2011

Hari Terakhir Dengan Mak Ayam.

ada dua berita nak aku sampaikan.
yang ni berita buruk.
semalam hari terakhir teman sekerja aku, Ainie bekerja di Menara ICON.
hari ini dia memulakan kerja di Caps Square atas arahan orang atasan.
dia melapor diri di sana bersama 3 orang teman lain.

aku panggil dia, Mak Ayam.
sebab dia suka bergaya sakan.

dia ni suka gelak.
walaupun lawak aku tak adalah lawak macam Jozan.
tu yang best!
rasa dihargai sangat-sangat.



layan je la momen-momen kami bekerja bersama di hari terakhir.




 tengah-tengah tu, nama dia pun Wanie.
pun mek Kelate juga.

diorang bezakan nama kami dengan saiz.
aku, Wanie Besar. (hampeh!)
dia, Wanie Kecil.


muka Mak Ayam penuh cahaya keimanan.


yang ni pula berita baik.
teman satu batch aku pun dah naik pangkat.
dulu teman sekerja, sekarang jadi team manager aku.
Nad, jangan kerek dengan aku ye?
senang aku nak kautim cuti dengan kau.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, June 3, 2011

Jika Surga Dan Neraka Tak Pernah Ada.








Apakah kita semua
Benar-benar tulus
Menyembah pada-Nya
Atau mungkin kita hanya
Takut pada neraka
Dan inginkan surga

Reff:
Jika surga dan neraka tak pernah ada
Masihkan kau bersujud kepada-Nya
Jika surga dan neraka tak pernah ada
Masihkah kau menyebut nama-Nya

(**)
Bisakah kita semua
Benar-benar sujud sepenuh hati
Kar`na sungguh memang Dia
Memang pantas disembah
Memang pantas dipuja



lagu ni buat aku tersentap.
adakah kita ni benar-benar ikhlas beribadah kepada Allah
atau sebenarnya kita takut dihumban ke dalam lautan neraka?

kalau syurga dan neraka ni Allah tak pernah wujudkan,
ikhlas ke kita buat amal ibadah kepada Dia?
ikhlas ke kita buat perkara wajib?
apatah lagi perkara yang sunat?
ikhlas ke kita tinggalkan perkara yang Allah murka?

renung-renungkan dan selamat beramal.


"sesungguhnya aku masih jauh dari-Mu.
Ya Allah, berikan aku kekuatan beramal ibadah kepada-Mu.
dan berikan aku juga kekuatan untuk menjauhi perkara yang Engkau murkai.
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."






*bangun tidur tiba-tiba teringat lagu ni.*









Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.