pagi tadi,k810i kesayanganku berbunyi..dengan mamai sekali dan tak tengok pun sape caller,aku angkat phone...ah,dia letak plak!!
tapi sempat aku tengok,rupanya caller tu wat video call..aku sempat tengok muka dia..SYUKRI!!! tula boyfriend aku yang aku tinggalkan dia kerana sikapnya yang endah tak endah terhadap aku selama 7 bulan bersama...
entah kenapa aku pun terasa nak call balik dia..dia bagitau rindunya terhadap aku dan dia minta maaf kerana perangai dia selama ni..dia kata dia masih sayangkan aku..
dia kata dia pernah cari aku kat rumah sewa kat pangsapuri bukit baru tapi takde orang sebab masa tu aku memang dah keluar duk hostel kolej..pastu dia cuba cari dekat mcDonald's ampang park tempat aku wat partime tapi masa tu pun aku jarang kena panggil kerja..so,dia pun tak tahu nak cari kat mana..
masa dia tengah belek-belek handphone dia yang juga k810i,dia nampak nombor handphone aku kat list video call.so,dia try call aku..
mula-mula,dia ingat aku masih marah dengan dia..tapi,kalau aku masih marah,itu bukanlah diriku yang sebenar kerana aku seorang pemaaf..aku pun sebenarnya masih sayangkan dia..entah la,tapi kalau nak diikutkan dengan perangai dia yang lebih pentingkan kawan-kawan dia dan tiada masa untuk diluangkan dengan aku,dah lama aku tak pedulikan dia..
yang paling aku rindukan ialah senyuman dia..dah la bibir pink je..comel sangat!! kalau dia gelak,1 KL akan dengar..kuat betul!! kadang-kadang malu aku dibuatnya..
kalau aku teruskan hubungan ni,maka genap la setahun hubungan kami bulan ni...
bingung gak aku sekarang ni...
No comments:
Post a Comment