Yang Sayang Aku

Sunday, September 2, 2012

Dia Dan Dia Adalah Teman Saya.

bagi yang selalu mengikuti perkembangan aku di Facebook,
(bajet artis!)
mesti korang perasan yang aku selalu update gambar dua mamat ni.
skandal ke?
boyfriend ke? eh, tapi mana satu??

 dari kiri : Hasan Adni dan Faizal (Tahir) Salleh.

dua-dua pun bukan.
mereka adalah teman se-ofis aku.

kami jadi rapat sebab semuanya kaki karaoke.
boleh dikatakan setiap minggu pergi karaoke di Bandar Sri Permaisuri
lepas habis kerja.

"tak ada kawan perempuan ke?"
eh, siapa kata tak ada?
cuma tak seakrab ini!
masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.

walaupun salah sorang cuti,
kami akan tetap jumpa dan lepak sama-sama.
kalau tak lepak, maknanya salah seorang balik kampung!

ini sedikit info tentang mereka.
(kalau nak tahu la..)

 Faizal (Tahir) Salleh .
24 tahun.
asal Perak.
setiap malam berangan nak jadi artis macam Faizal Tahir dan Anuar Zain.
trademark : "whateverrrr!"

Hasan Adni.
26 tahun.
asal Perak.
suka bercinta dengan ayam dan itik di kampung dia!




p/s : masih tahu batas-batas pergaulan dengan lelaki.

sebenarnya entri ni dah lama nak dipublishkan.
sebelum 'kes' hari tu.
anyways thanks for everything, guys!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, August 7, 2012

Sakit Hati Saya, Awak!


seronok juga layan lagu-lagu Indon ni.
ayat tu memang selalu nak buat aku tersentuh.

lagu ini memang tepat dan sesuai dengan aku.
rasanya tak perlulah nak buka pekung sendiri.
seeloknya semua kejadian yang berlaku ni aku jadikan iktibar.

tapi ingatlah,
hidup ini ada hukum karma.
what's goes around will comes around!


Judika - Aku Yang Tersakiti



Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku

Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Aku pergi untuk dia



Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, May 8, 2012

Tentang Rasa.



tiada apa pun yang mahu dicoretkan.
cuma mungkin semenjak kebelakangan ni,
mood aku asyik tak menentu.

aku lebih suka kehidupan aku yang dulu.
yang mana aku boleh hidup tanpa cinta lelaki.
tapi apabila rasa itu datang, ianya bukan membahagiakan.
tapi merimaskan!

kenapa rasa itu tak pernah berpanjangan?
adakah aku telah disumpah agar tidak mengecapi kebahagiaan?

sakitnya menanggung rasa itu.
sakitnya sang hati memendam rasa itu.
tak seorang pun tahu bagaimana aku menghadapi rasa itu.

aku lebih rela hidup sendiri.
dari hati disakiti. ='(






ASTRID - TENTANG RASA

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Thursday, March 1, 2012

Air Tangan Masakan Sendiri.

aku bukanlah seorang yang pandai masak.
sekadar hanya untuk mengenyangkan perut sendiri sudah memadai bagiku.

tapi aku amat bangga dengan pencapaian diri sendiri
bila berjaya memasak untuk orang lain makan.
ada yang sampai terindu-rindu.
malah ada yang sampai termimpi mimpi.
*serius ni!*

yang paling suka aku masak, adik-adik aku.
tak tahulah apa yang sedapnya.
aku rasa macam biasa saja.
tapi mereka memuji sampai ke langit.
agaknya membodek sebab aku memang jarang balik kampung.
sekali merasa air tangan aku, terus nak makan lagi.
bukannya masakan hebat mana pun, bubur nasi je pun.
itu pun hanya se-simple mungkin aku masak.
seperiuk aku masak, dalam sejam boleh habis!

sama ceritanya dengan teman-teman aku.
macam biasalah tabiat aku masak.
suka masak se-simple boleh!
tapi dipujinya sedap.
aku pun hairan.
tak ada pula aku letak minyak senyonyong atau minyak pengasih atau apa-apa saja la
untuk bagi orang rasa masakan aku sedap.


sekadar gambar hiasan

yang ini lain sikit ceritanya.
dia adalah teman istimewa tapi bukanlah teman lelakiku.
aku pernah masakkan untuk dia nasi goreng sardin.
itu kali pertama aku masak masakan ni dan pertama kali juga masakkan untuk dia.
tu pun dia yang request nasi goreng tu.
siap ajar la bagaimana nak masak nasi goreng sardin ni.
aku pun pasrah la.
hentam saja masak asalkan rasa sedap di lidah.
orang dah request kena penuhi jua permintaan tu.
yang bestnya, dia makan sampai berpinggan-pinggan menambah.
(tak tahu la tambah pinggan ke tambah nasi.)

dalam sebulan selepas tu,
dia beritahu aku yang dia bermimpi makan nasi goreng sardin yang aku masak.
tu dia, hebat betul penangan air tangan aku!


kadang-kadang itu yang menjadi pendorong aku untuk terus belajar masak.
tapi bila tiba keinginan untuk masak,
punyalah malas nak pergi beli bahan.
lepas tu terus terbantut hasrat untuk memasak. =)




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, February 29, 2012

Live Streaming : Perlawanan Persahabatan Filipina vs Malaysia

sambil update blog ni,
sambil curi-curi tengok live streaming.
berdebar-debar pula aku tengok!

sekarang masih 0-0.
Filipina buat sepakan percuma tapi Faizal Marlias menggagalkan cubaan mereka.


tengok sini untuk tonton live streaming.
selamat menonton!



p/s : untung ada Unifi

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Girls Generation Parody

aku nak tergelak pun ada tengok video ni.
geli geleman pun ada.
sanggup betul pakcik-pakcik ni menari macam Girls Generation.
tak sakit pinggang ke lepas habis menari tu ye?


layankan saja!

*tak habis gelak sorang-sorang lagi ni!*




p/s : aku bukan minah K-Pop!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Entri Pertama Tahun 2012.

Assalamualaikum. =)

akhirnya aku kembali berblog.
sebenarnya kalau diikutkan banyak benar yang aku mahu coretkan,
tapi aku lebih suka update blog dengan meletakkan gambar.
bak kata orang Barat, 'a picture can tells a thousand stories' ataupun
bak kata Yuna, 'di setiap gambar, ada lagu!'.
sayangnya handphone Sony Ericsson K810i aku mengalami kerosakan bateri dan
aku kini hanya memiliki handphone Samsung yang sekadar fungsinya call dan SMS.
(terima kasih pada Abang Yo kerana meminjamkannya.)


Alhamdulillah.
rezeki aku semakin melimpah ruah.
rezeki kerjaya.
rezeki kewangan.
rezeki kasih sayang keluarga.
rezeki bersahabat.
Alhamdulillah, benar-benar bersyukur dengan rezeki dan nikmat kurniaan-Nya.


tahun baru 2012 ini bermula dengan permulaan sangat baik.
kewangan yang semakin kukuh.
kesihatan yang elok.
malah, ada beberapa teman mengesahkan aku semakin kurus!
(inilah yang sangat menggembirakan.)
  

tahun ni aku tak mahu fikir tentang teman hidup.
aku serahkan saja pada Dia
kerana aku tahu Dia sudah aturkan teman hidup yang sesuai dengan aku.


tahun ni aku mahu gembirakan insan-insan sekeliling aku.
Umi dan Abah.
adik beradikku.
anak buahku, Afiq dan bakal menjelang lagi DUA orang anak buah pada bulan puasa dan raya ni.
(Insyallah!)
teman-temanku.
aku menghargai setiap seorang dari kalian.
mahu lebih, tidak kurang!
tanpa kalian, aku tak mungkin di tahap ini.
walaupun aku bukanlah di tahap teratas, tapi di tahap membanggakan!


"Ya Allah,
berkatilah hidup insan-insan yang pernah menggembirakan hatiku
secara langsung ataupun tidak langsung."



inilah Umiku bagi yang masih tidak mengenali beliau.
insan yang sentiasa beri sokongan dan dorongan pada aku tanpa jemu.
dan aku amat-amat yakin,
rezeki yang datang kepadaku hari ni semuanya adalah kerana DOA beliau.
terima kasih Umi!
walaupun Wanie 'nakal' dan adakalanya tidak mendengar kata,
tapi Umi masih tanpa jemu mendoakan anakmu ini.

kalian pun jangan lupa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan aku di dunia dan akhirat.
tanpa kalian, siapalah aku!







I'm fine!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.