Yang Sayang Aku

Wednesday, February 29, 2012

Entri Pertama Tahun 2012.

Assalamualaikum. =)

akhirnya aku kembali berblog.
sebenarnya kalau diikutkan banyak benar yang aku mahu coretkan,
tapi aku lebih suka update blog dengan meletakkan gambar.
bak kata orang Barat, 'a picture can tells a thousand stories' ataupun
bak kata Yuna, 'di setiap gambar, ada lagu!'.
sayangnya handphone Sony Ericsson K810i aku mengalami kerosakan bateri dan
aku kini hanya memiliki handphone Samsung yang sekadar fungsinya call dan SMS.
(terima kasih pada Abang Yo kerana meminjamkannya.)


Alhamdulillah.
rezeki aku semakin melimpah ruah.
rezeki kerjaya.
rezeki kewangan.
rezeki kasih sayang keluarga.
rezeki bersahabat.
Alhamdulillah, benar-benar bersyukur dengan rezeki dan nikmat kurniaan-Nya.


tahun baru 2012 ini bermula dengan permulaan sangat baik.
kewangan yang semakin kukuh.
kesihatan yang elok.
malah, ada beberapa teman mengesahkan aku semakin kurus!
(inilah yang sangat menggembirakan.)
  

tahun ni aku tak mahu fikir tentang teman hidup.
aku serahkan saja pada Dia
kerana aku tahu Dia sudah aturkan teman hidup yang sesuai dengan aku.


tahun ni aku mahu gembirakan insan-insan sekeliling aku.
Umi dan Abah.
adik beradikku.
anak buahku, Afiq dan bakal menjelang lagi DUA orang anak buah pada bulan puasa dan raya ni.
(Insyallah!)
teman-temanku.
aku menghargai setiap seorang dari kalian.
mahu lebih, tidak kurang!
tanpa kalian, aku tak mungkin di tahap ini.
walaupun aku bukanlah di tahap teratas, tapi di tahap membanggakan!


"Ya Allah,
berkatilah hidup insan-insan yang pernah menggembirakan hatiku
secara langsung ataupun tidak langsung."



inilah Umiku bagi yang masih tidak mengenali beliau.
insan yang sentiasa beri sokongan dan dorongan pada aku tanpa jemu.
dan aku amat-amat yakin,
rezeki yang datang kepadaku hari ni semuanya adalah kerana DOA beliau.
terima kasih Umi!
walaupun Wanie 'nakal' dan adakalanya tidak mendengar kata,
tapi Umi masih tanpa jemu mendoakan anakmu ini.

kalian pun jangan lupa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan aku di dunia dan akhirat.
tanpa kalian, siapalah aku!







I'm fine!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

No comments: