Yang Sayang Aku

Thursday, March 1, 2012

Air Tangan Masakan Sendiri.

aku bukanlah seorang yang pandai masak.
sekadar hanya untuk mengenyangkan perut sendiri sudah memadai bagiku.

tapi aku amat bangga dengan pencapaian diri sendiri
bila berjaya memasak untuk orang lain makan.
ada yang sampai terindu-rindu.
malah ada yang sampai termimpi mimpi.
*serius ni!*

yang paling suka aku masak, adik-adik aku.
tak tahulah apa yang sedapnya.
aku rasa macam biasa saja.
tapi mereka memuji sampai ke langit.
agaknya membodek sebab aku memang jarang balik kampung.
sekali merasa air tangan aku, terus nak makan lagi.
bukannya masakan hebat mana pun, bubur nasi je pun.
itu pun hanya se-simple mungkin aku masak.
seperiuk aku masak, dalam sejam boleh habis!

sama ceritanya dengan teman-teman aku.
macam biasalah tabiat aku masak.
suka masak se-simple boleh!
tapi dipujinya sedap.
aku pun hairan.
tak ada pula aku letak minyak senyonyong atau minyak pengasih atau apa-apa saja la
untuk bagi orang rasa masakan aku sedap.


sekadar gambar hiasan

yang ini lain sikit ceritanya.
dia adalah teman istimewa tapi bukanlah teman lelakiku.
aku pernah masakkan untuk dia nasi goreng sardin.
itu kali pertama aku masak masakan ni dan pertama kali juga masakkan untuk dia.
tu pun dia yang request nasi goreng tu.
siap ajar la bagaimana nak masak nasi goreng sardin ni.
aku pun pasrah la.
hentam saja masak asalkan rasa sedap di lidah.
orang dah request kena penuhi jua permintaan tu.
yang bestnya, dia makan sampai berpinggan-pinggan menambah.
(tak tahu la tambah pinggan ke tambah nasi.)

dalam sebulan selepas tu,
dia beritahu aku yang dia bermimpi makan nasi goreng sardin yang aku masak.
tu dia, hebat betul penangan air tangan aku!


kadang-kadang itu yang menjadi pendorong aku untuk terus belajar masak.
tapi bila tiba keinginan untuk masak,
punyalah malas nak pergi beli bahan.
lepas tu terus terbantut hasrat untuk memasak. =)




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

1 comment:

Dua Qurun said...

igt nk tekan butang 'like' tapi,butang baju lebih hampir...bhaha