Yang Sayang Aku

Tuesday, December 14, 2010

Sifat Tipikal Blogger Bila Dah Famous.

aku perasan benda ni akan terjadi pada blogger
yang dah terkenal namanya di kalangan blogger lain.
pendek kata, blogger hot la.

1. Tak Akan Balas Komen Orang.
memang susah nak tengok dia balas komen orang di blognya.
kalau dulu masa kurang famous,
orang komen dia balas saja.
walaupun tak panjang, tapi sekurang-kurangnya dia respons.

2. Kurang Blogwalking.
bukan sebab tak ada masa,
tapi maklumla dulu blogwalking sebab nak promosikan blog.
sekarang dah tak payah.
sekali update, ramai yang berpusu-pusu baca!

3. Mula Buang Blog-Blog.
mana-mana blog yang bagi dia membuang masa dan tak famous,
dia buang dari list.
kalau dulu pantang orang follow dia,
dia akan follow balik!
kononnya nak buang blog yang asyik cerita pasal kisah hidup.
nak yang lain dari yang lain.
padahal masa dia buat blog dulu pun asyik cerita pasal kisah hidup dia juga!

4. Memilih Untuk Berkawan Dengan Yang Famous Dan Cun.
kalau muka setakat Ugly Betty,
jangan haraplah nak berkawan dengan dia.
dia nak yang putih, halus mulus dan famous.
rugilah tak berkawan dengan yang famous.
boleh tumpang populariti!



ini pandangan kasar aku sahaja selama blogging dalam 2 tahun ni.
maaflah kalau tersinggung.
siapa makan cili dia yang terasa pedasnya!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sepetang Di JomHeboh Bukit Jalil.

geram tengok Abang Yo ke JomHeboh tak ajak aku,
aku pergi juga ke sana ditemani teman lama aku.

 saat menunggu dia di Stesyen Chan Sow Lin.
maklumla aku naik dari Maluri.
dia naik dekat Masjid Jamek.

*ada insiden memalukan di Stesyen Maluri.
akan ingat sampai bila-bila.
semuanya gara-gara kasut wedges aku!

 seperti yang dijangka.
ramai yang berpusu-pusu ke Bukit Jalil.

 setibanya di Bukit Jalil.
ramainya umat!

 macam anak ayam keluar dari reban!

 sanggup isi borang questionnaire yang entah-apa-apa-entah
semata-mata nak bergambar dengan Iqram Dinzly.

dari dulu teringin nak masuk rumah hantu ni.
nasib baik bayar RM2 saja.
kalau bayar RM5, aku minta balik duit aku.
tak berbaloi!
*ceh, padahal masuk pegang lengan teman aku sambil tutup mata!*

 sebab Abang Yo suka minum ni, aku beli.
dalam peti ais penuh dengan Nutrigen!

dekat booth ni tak ramai orang.
tu yang sempat bergambar tu.
aku pun tak kenal siapa nama pembaca berita ni.

Ana Raffali!!
nak tengok dekat tapi penuh kot booth ni.

wah, macam aku punya je!
tuit!! tuit!!
*bunyi nak masuk kereta*

pekena Char Kuew Tiaw dulu.
jimat duit beli air Bliss tadi.
"baik untuk penghadaman!"


 yang ni teman aku geleng kepala.
macam budak-budak.
memang aku pantang tengok belon.
mesti nak!
tu la orang kata, dalam banyak-banyak perangai orang dewasa,
mungkin dalam 10% ada sifat kebudak-budakan dalam diri.
ini mungkin 2% daripadanya kot!

 nak balik pun bersesak macam anak itik pulang petang.

 tak habis-habis dengan belon!

yang ni benda paling best aku beli!
teringin nak pakai jenama Adidas.
maklumla, bukannya berduit sangat pun nak pakai mahal-mahal.
Rexona pun kalau boleh beli yang 2 pack terus. jimat!
dekat JomHeboh, 2 RM10!!
aku terus grab.

ni la teman lama aku, Hisham.
jadi tukang snap gambar aku dengan artis.
nasib baik tak bawa DSLR!
mesti banyak artis yang aku paksa bergambar sekali.

Hisham teman masa aku kerja part-time di McDonald's Ampang Park.
sekarang kerja dengan abang iparnya di Kuantan.
gaji besar tu!
dan sekarang dah punya kereta sendiri.

Toyota RM100k tuuuuuu!!!






****perasan tak aku selalu keluar dengan teman aku yang berjantina lelaki?
apa aku ni tak ada teman perempuan ke?
playgirl ke??
actually, aku dah ajak beberapa orang teman perempuan aku
tapi semuanya tak ada respons.
last-last, Hisham yang ajak aku!


****mana silent reader aku yang bernama Star?
senyap je!






Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, December 12, 2010

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-2 Kepada Abang Yo Dan Kak Fifie.


SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE-2
KEPADA
ABANG MOHD AZRUL AL-FHAIRUOZ DAN KAK FAIRUS.

semoga ikatan perhubungan yang suci dan murni ini
akan berkekalan hingga ke akhir hayat kalian.

saya tumpang bahagia melihat kebahagiaan kalian berdua.
malah, jealous dan tak sabar rasanya nak kahwin cepat-cepat!

 dengan adanya Muhammad Afiq Al-Fyrdhaus b Mohd Azrul Al-Fhairuos,
moga ikatan ini lebih erat.

bila nak ada adik Afiq??

hai Afiq, ni Cik Ani ni!!!




teman sekolah aku dah pun melangsungkan perkahwinan pada 10 Disember 2010.
tahniah ye, Dalila!
bila la aku nak merasa duduk berdua di pelamin nan indah tu?
baru nak berangan, pelamin pula musnah!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, December 11, 2010

Aku Sayang Afiq.


seronok aku tengok Afiq dah pandai mengengsot.
selama ni asyik jadi Superman saja.
(meniarap sambil tangan dan kakinya terangkat)

Afiq suka tengok newspaper.
pantang ada newspaper dekat dengan dia, berebut la nak pegang.
bakal journalist ke ni?

kalau bagi pilihan antara barang mainan dan handphone,
Afiq akan pilih handphone.
aish, kecil-kecil dah tahu demand ye?
siap la nanti dah besar,
barang-barang dia semua gajet mahal.

aku sayang sangat Afiq.
kalau tak jumpa Afiq dalam sehari, mesti rindu sangat-sangat.
kadang-kadang aku balik kerja malam.
kadang-kadang ibu Afiq pulang kerja malam dan terus tidurkan Afiq.
masa tu, rindu sangat dengan badan tembam dia.



Ahad ni cuti.
ada sesiapa nak pergi JomHeboh dengan saya tak?

sekarang kerja, banyak shift pagi.
balik pukul 6 petang bersesak-sesak dengan orang.
kan best kalau balik tengah malam, jimat sikit.
balik dengan teksi, company bayar!

sekarang ni system migration.
harap-harap tak ada lagi la customer merungut.
harap sangat bersabar.





Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, December 7, 2010

Seronok Seharian Bersiar-siar. Dah Lama Tak Merasai Detik-detik Seperti Ini!

pagi semalam,
aku menemani Mr BFF pergi temuduga kerja di Jalan P Ramlee
yang berada berdekatan dengan KLCC.
ramai sangat orang yang datang temuduga.
tapi harap-haraplah Mr BFF berjaya mendapat kerja ni.
boleh duduk satu bumbung dengan Mr BFF.
itu impian kami sejak di kolej lagi!

kami sempat makan KFC.
dah lama tak makan sedap-sedap.
Mr BFF belanja pula tu!
tu yang makin sedap.
tapi yang tak sedap bila perut aku dah mula belajar terima makanan dalam kadar sedikit.
sejak tak berduit ni, perut aku diasuh untuk
tidak menjamah makanan dalam kuantiti dan kekerapan yang banyak.


kalau dulu, setakat dinner plate yang 3 ketul ayam tu aku boleh habiskan sekejap saja.
sekarang, beli snack plate tapi seketul saja makan.
seketul lagi Mr BFF makan.
 Mr BFF tak habis-habis dengan ayat dia,

"wah, nanti aku boleh nampak Wanie yang kurus!"


percubaan memakai shawl yang baru dibeli pada hari Jumaat di Jalan TAR.


petang tu juga,
aku keluar dengan teman aku.
dia bukan teman lelaki aku.
tapi dia dah hadir dalam hidup aku lebih dari 3 tahun.
memang istimewa!
cukuplah kalau aku gelarkannya, Mr J.

kami ke Midvalley.
first time naik motor ke sana.
selama ni selalu ke sana dengan kereta bersama Along dan Abang Yo.
3 kali berpusing cari parking motor!

sampai sana,
terpegun tengok banyak teddy bear.
besar-besar pula tu!
geram saja nak peluk!!
tapi malu untuk mengajak Mr J ke sana.

terus ke GSC.
ingat nak buat cinema marathon.
tapi takut terkejar-kejar, so kami decide pilih filem 'Ngangkung'.
mestilah sebab utama adalah Angah Raja Lawak.
walaupun scene dia tak banyak tapi puas hati!
aku minat dia sangat-sangat!!

 
paling suka scene hantu perempuan tu kena tarik telinga dengan bomoh Lan Pet Pet.
lawak tak hengat!!

inilah Mr J.
masa ni tengah gaduh-gaduh manja.
aku tak tahu kenapa,
aku tak boleh marah dia lama-lama.
mesti nak tergelak!
tengok muka dia pun tiba-tiba nak tergelak.
lagipun, dia memang pandai jaga hati aku.

habis tonton wayang,
kami balik ke Cheras untuk ke pusat karaoke di Bandar Sri Permaisuri.
karaoke sampai habis suara!
aku suka dengar dia nyanyi.
suara serak-serak.
jiwa rockers la katakan!
kalau dia menyanyi lagu Ramli Sarip memang sama.
sebijik!

lepas karaoke,
kami jalan-jalan di downtown Cheras pula.
katanya tak pernah jejakkan kami ke sana.
aku bawa dia makan steamboat.
aku paling suka makan steamboat atas lori.
bermacam-macam jenis steamboat ada.
penuh satu lori tu!
pilih saja yang mana suka.
RM1 secucuk.

aku balik dengan mata dah separuh buka.
tunggu masa nak disorongkan bantal saja!








nota untuk Encik R***l :
terima kasih atas segala kenangan bersama 3 bulan.
saya makin bahagia dengan hidup!
ye, walaupun tanpa kamu.
kamu boleh teruskan hidup dengan dia yang kamu sayang sangat!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.