dah 2 minggu lebih rasanya aku biarkan tempat ini bersawang.
mungkin ada antara kamu yang tertanya-tanya
apa aku buat di Kuala Lumpur selama ni.
aku menjadi warga Astro selama 3 bulan (kontrak).
kerjanya senang tapi memerlukan communication skill.
skill ni yang aku paling lemah.
mula-mula aku join,
rasa nak quit.
tak sesuai kerja ni dengan aku.
tapi lama-lama,
i'm feeling better.
aku sogokkan diri aku dengan kata-kata positif.
lagipun, jumlah bayaran pun agak lumayan.
mana ada orang nak bagi aku wang sebegini besar.
dan sekarang,
aku pergi kerja dengan hati terbuka.
teman-teman yang seramai 19 orang cukup membuat aku terhibur.
macam-macam gelagat.
lucu tak ingat!
aku pun ada geng sendiri.
bukan geng mafia!
lebih kurang macam Geng Bas Sekolah tapi kami lebih matang.
Geng LRT.
sama macam GBS.
ahli tetap kami 5 orang.
mungkin bertambah atau berkurang mengikut keadaan.
kenapa Geng LRT?
sebab kami akan naik LRT sama-sama pergi dan pulang kerja.
kami akan berkumpul di KL Sentral untuk ke tempat kerja.
cuma bila pulang saja, destinasi aku berlainan.
aku turun di Pasar Seni dan naik bas pulang ke Cheras.
oh ya, aku masih di peringkat training.
tempat training aku di PKNS Petaling Jaya.
minggu depan aku mungkin dah start kerja.
tapi tak tahu lagi sama ada di All-Asian Broadcast Centre di Bukit Jalil ataupun
di Cap Square berhampiran Balai Polis Dang Wangi.
tapi harap-harap la dapat kerja di Cap Square.
senang naik bas.
jimat pun jimat!
di bawah aku selitkan beberapa gambar aku bersama
teman-teman Astro aku.
kedua-dua teman aku yang paling rapat dengan aku.
tapi dua-dua dah quit.
get a better job.
masa ni masih peringkat malu-malu lagi.
untuk sesi buddying,
inilah partner aku.
kami rasa cukup bertuah kerana dapat mentor yang very supportive.
every single thing mereka ajar.
harap-harap lepas 3 bulan,
mereka masih mahu aku!
6 comments:
all the best yaaa
salam aidiladha (:
salam eiduladha juga buat anisa..
rindu kamu la cayang..
hai budak astro:)
kalau ada kemusykilan,sila hubungi saya ye..
Saya klu call hanya nk kacau kamu bole...? nk num extension kamu... ?
budak comel.
aik, belum pape dh ada peminat?
hahhaha..
maaf ye budak comel.
perbualan kita akan dirakam untuk tujuan pemantauan.
dan saya tak ada no extension.
Post a Comment