Macam-macam benda bermain di dalam benak fikiran aku sekarang ni.
Apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup aku ni?
Rasa kosong.
Aku selalu mengejar sesuatu yang aku sendiri tak pasti pengakhiran ceritanya.
Bodoh.
Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
Sudah cukup puaskah aku mencari siapa diri aku sendiri?
Mana kebahagiaan yang aku cari-cari selama ini?
Kenapa sampai sekarang aku belum ketemui lagi?
Sebenarnya yang penting adalah diri aku sendiri.
Cari kebahagiaan hakiki dahulu.
Baru yang lain, akan datang dengan sendirinya.
Jodoh.
Di mana dia wahai si peneman masa tuaku?
Tipu lah kalau aku kata sikit pun tidak terasa mahu bercinta.
Aku ni hanya orang biasa.
Hawa pun ada Abang Adam yang menjaga dan mencintainya.
Aku pun sama.
Punya mahu rasa ingin mencintai dan dicintai.
Cuma peluang itu belum tiba.
Apa yang penting sekarang ni,
Cintai diri aku sendiri dahulu.
Baru orang lain akan mencintai aku.
Cari kepuasan yang aku inginkan.
Aku tak perlu fikirkan perasaan orang lain terhadap aku.
Aku boleh jadi seorang yang pentingkan diri sendiri.
Sebab aku memang tak ada orang lain untuk di'tolak-ansur'.
Apakah azam baru aku untuk tahun depan?
Apakah aku mahu tahun depan sama seperti tahun ini atau tahun-tahun sebelum ni?
Sudah berapakah senarai azam aku untuk tahun depan?
Mampukah aku menggapainya?
Atur perancangan hidup.
Yang lain, serahkan pada Allah untuk tentukan kesudahan cerita ini.
Kerana Dia Memang Lagi
MAHA MENGETAHUI JALAN CERITERA HIDUP AKU!