Yang Sayang Aku

Sunday, November 28, 2010

Sudah Ada Tumblr.



aku sudah memiliki Tumblr.
untuk post tentang gambar, lebih-lebih lagi yang aku snap.
(mungkin ada perubahan tapi belum pasti lagi.)
kenapa bukan Flickr?
belum terbuka hati lagi!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, November 27, 2010

Sekitar Majlis Cukur Jambul Tengku Adrian.

setelah dikritik di laman Facebook,
saya minta pendapat kamu semua untuk kritik gambar yang saya ambil
di majlis cukur jambul Tengku Adrian. (nama baby ni panjang lagi tapi aku lupa!)

 saya budak baru belajar.
kalau salah, tolong jolokkan!
gedik ye nak jolok-jolok.
maaf, tolong tunjukkan!!












untuk lebih gambar, sila ke page saya di Facebook.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, November 17, 2010

Nasi Bukhari Umi. Ya, Aku Jealous!


tahniah wahai adik-adik aku!
kalau kalian fikir kalian berjaya membuat aku jealous
bila kalian mengirim MMS Nasi Bukhari masakan Umi.

kalian ingat aku dekat sini tak makan sedap-sedap macam kalian?
aku makan Nasi Minyak tau.
Kak Fifie masak dengan enak dan lazat sekali.
tapi aku tak mahu mengirimkan gambar Nasi Minyak tu.
padan muka kalian!
*gelak setan!*


tapi memang aku jealous pun.
sebab aku rasa jealous pada kalian,
aku nak balik weekend ni sebelum aku start kerja minggu depan.




SELAMAT HARI RAYA EIDULADHA
KEPADA
ENCIK AZIZAN BIN MOHAMAD ZAIN SEKELUARGA!


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Siapa Dan Di Mana Aku Sekarang?

dah 2 minggu lebih rasanya aku biarkan tempat ini bersawang.
mungkin ada antara kamu yang tertanya-tanya
apa aku buat di Kuala Lumpur selama ni.

aku menjadi warga Astro selama 3 bulan (kontrak).
kerjanya senang tapi memerlukan communication skill.
skill ni yang aku paling lemah.
mula-mula aku join,
rasa nak quit.
tak sesuai kerja ni dengan aku.
tapi lama-lama,
i'm feeling better.
aku sogokkan diri aku dengan kata-kata positif.
lagipun, jumlah bayaran pun agak lumayan.
mana ada orang nak bagi aku wang sebegini besar.

dan sekarang,
aku pergi kerja dengan hati terbuka.
teman-teman yang seramai 19 orang cukup membuat aku terhibur.
macam-macam gelagat.
lucu tak ingat!

aku pun ada geng sendiri.
bukan geng mafia!
lebih kurang macam Geng Bas Sekolah tapi kami lebih matang.
Geng LRT.
sama macam GBS.
ahli tetap kami 5 orang.
mungkin bertambah atau berkurang mengikut keadaan.

kenapa Geng LRT?
sebab kami akan naik LRT sama-sama pergi dan pulang kerja.
kami akan berkumpul di KL Sentral untuk ke tempat kerja.
cuma bila pulang saja, destinasi aku berlainan.
aku turun di Pasar Seni dan naik bas pulang ke Cheras.

oh ya, aku masih di peringkat training.
tempat training aku di PKNS Petaling Jaya.
minggu depan aku mungkin dah start kerja.
tapi tak tahu lagi sama ada di All-Asian Broadcast Centre di Bukit Jalil ataupun
di Cap Square berhampiran Balai Polis Dang Wangi.

tapi harap-harap la dapat kerja di Cap Square.
senang naik bas.
jimat pun jimat!

di bawah aku selitkan beberapa gambar aku bersama
teman-teman Astro aku.

 kedua-dua teman aku yang paling rapat dengan aku.
tapi dua-dua dah quit.
get a better job.

 masa ni masih peringkat malu-malu lagi.

untuk sesi buddying,
inilah partner aku.
kami rasa cukup bertuah kerana dapat mentor yang very supportive.
every single thing mereka ajar.



harap-harap lepas 3 bulan,
mereka masih mahu aku!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.