Yang Sayang Aku

Monday, August 2, 2010

Aku Juga Mahu Bercinta, Tapi...

setiap manusia dilahirkan berpasangan.

tapi kadang-kadang,
tertanya-tanya juga siapalah pasangan aku.

baikkah dia?
berimankan dia?
sesuaikah dengan aku?

bila dengar cerita dari teman-teman
dan pengalaman aku sendiri,
aku takut untuk bercinta.

apakah dia benar-benar menyayangi aku?
apakah dia benar-benar tulus setia terhadap aku?

sakit rasanya untuk menerima kenyataan
sekiranya pasangan kita tu
curang ataupun
memiliki orang lain dalam hidupnya.

apakah kasih sayang kita selama ni tak pernah cukup?
apakah kasih sayang kita ni selama ni dihargai?

manis mulut menyatakan cinta dan sayang.
sehidup dan semati.
tapi jauh di sudut hati,
"aku masih ada yang lain jika kita berpisah."

aku sudah lama tidak merasa cinta
hadir dalam hidupku.
bukanlah terdesak!

tapi bila melihat kebahagiaan orang lain,
apakah aku tidak ditakdirkan untuk turut sama-sama bahagia?



bila aku letak status di Facebook
"aku sayang Nor Faezah sangat-sangat",
semua ingat aku dengan Fizah bercinta.

ya, kami memang bercinta.
cinta kami memang tulus.
cinta kami atas dasar persahabatan!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, August 1, 2010

Tak Sia-sia Aku Mengidam!

aku dah lama mengidam nak makan Carbonara.
pasta yang sekali nampak macam kuew tiaw!

yang aku tahu Carbonara paling sedap
di KLCC.

selama ni, hanya menumpang makan dari teman-temanku.
maklumla, zaman belajar di kolej dulu
mana mampu nak makan makanan mahal-mahal macam ni.

awal-awal pagi lagi,
aku call semua orang.
ajak keluar.
call budak kolej, sibuk nak prepare konvokesyen 3 Ogos ni.
(sedih mengenangkan pasal konvo ni...)
call budak ofis, tak angkat.
tidur gamaknya!

sedih betul.
tapi mujur la ada juga orang nak temankan aku.
siapa dia?
tunggu sampai hujung entri ni.

aku ingatkan Carbonara ni ada kat Cafe Milano.
puas aku cari kat menu,
tak jumpa pula nama Carbonara.

last-last,
call teman yang pernah makan.
rupa-rupanya,
ada di sebuah kedai western food dekat dengan kedai Subway.

apa lagi,
terus terjah ke sana!

puas hati aku bila makanan ni depan mata aku.
ini makanan aku.
bukan share dengan sesiapa lagi!

saja nak bagi kamu jeles!
zoom dekat-dekat.

nah, licinnnnnn!

tudung ni baru beli semalam di Times Square.
cotton shawl.
dah lama teringin nak pakai.
nampak unik sangat!


inilah peneman aku.
teman lama sejak darjah Enam.
makin cantik!

naik skuter dia membuatkan aku teringin nak pakai skuter.
walaupun selama ni aku tak suka skuter.

aku lebih suka motor bergear.
ah, tak mungkin aku nak pakai skuter!


terima kasih Sella sebab sudi teman aku jalan-jalan.
maaf menyusahkan kamu hanya disebabkan nak duplicate kunci rumah.

KLCC-Jusco Maluri-Leisure Mall.

aku sudah makan Grilled Chicken Burger McDonald's.
'G' for me?
Gampang!


memang sengaja aku ambil gambar candid.
aku suka ke'natural'an wajah seseorang.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.